31 October 2021

Sup Rangka Ayam

Kata P Ramlee..

"Tu...tengok org sebelah tu
Makan tulang ja..
Buat sup..."



Rangka ayam atau chicken carcass
Selain dimasak sbg sup
Sedap jugak digoreng 
Dibuat dalca pun sedap..

Saya tambahkan serbuk lada hitam dlm sup ni..pedas berdesing

 

Yg ni digoreng salut tepung bestari


30 October 2021

Sarapan Melayu VS Mat Saleh

Ni sarapan pagi semalam
Request dari anak
Nak sarapan ala2 mat saleh

So mak nya bersilat didapur
Seawal jam 6 pagi

Scramble egg

Sosej

Baked bean


Utk en suami yg punya selera melayu tulen
Saya grg kan bihun singapore
Yg ada dlm freeze cuma sayur sawi ja
Tak mengapa la

Buatkan jugak sambal kicap
Campur cili padi potong



29 October 2021

Kembali Ke Negeri Abadi

Bismillahirahmanirahim
Semalam saya menerima perkhabaran duka
Abg ipar saya yg berada di Kelantan
Telah dijemput Allah Sang Pencipta

Pemergiannya menyusul arwah kakak saya yg meninggal pada 
10 nov 2020

Selepas arwah kakak meninggal
Kesihatan abg ipar makin drop..drop..

Arwah meninggalkan 2 org cahayamata
Yg sulung dah kawen
Yg kedua dh bekerja






Bersemadilah dgn tenang Abg Yie
Semoga kita semua dipertemukan semula disana kelak..



Ikan Kitang

Ikan Kitang atau nama saintifiknya 
Scatophagus argus 
merupakan ikan air masin. 
Ia merupakan sejenis ikan dalam keluarga Scatophagidae 
dan genus Scatophagus. 
Ia memiliki ekor berbentuk terpotong

Ikan kitang ni diberi oleh kakak ipar
Awas durinya tajam
Jika terkena mau sakit,pedih dan kebas berjam2

Saya campak2 ja memasaknya
Go0reng garing
Curahkan bwg putih,halia,bwg holland
(Dipotong dadu)
Dan cili merah serta cili padi
Sedikit sos ikan dan gula




Pelengkap hidangan
Sambal sotong dan taugeh grg


28 October 2021

Membakar Biji Gajus

Buah Gajus juga dikenali dengan nama lain seperti Buah Janggus, 
Buah Ketereh 
Cashew Nut, 
Apple Cashew, Cajuana (English),
 Caju (Portugis) 


Kalau di kampung saya 
Pada musim pokok ni berbuah
Kami kanak2 sibuk mengumpul biji gajus ni
Tak kisah la dipetik kt pokok siapa
Janji dpt bijinya
Buahnya...jarang2 sekali dimakan..

Kalau kt pokok buah gajus bergayutan
Tanpa bijinya...
Haa tu kerja kami la


Dah dapat biji gajus tu
Kena sorok elok2
Kang dicuri oleh kawan2

Lepas dah berjaya kumpul 
Kita org berpakat ramai2 
utk upacara membakarnya
Selalunya ni acara kanak2 perempuan

Mula2 cari zink ke,
Ataupun rembat tudung periuk mak ke
Utk dibuat lapik/alas

Lepas tu tabur biji gajus kat atas tu
Kemudian susun pelepah nyior
yg kering..
Api marak dan time tu 
kita kena alih2kan biji gajus tu
Mengunakan kayu 



Dah padam apinya
Mula la menguis2,mencari2 biji gajus
Yg dah bertukar kaler tu
Ya...nampak kehitaman tp isinya kekal putih
Jari2 ni jd warna hitam dah

Ia perlu diketuk2 utk memecahkan kulitnya
Wanginya...semerbak satu kampung
Makan panas2..isinya ranggup...
Itulah nikmat hidup sbg anak2 kampung dulu2..



27 October 2021

Duit Free Dari MAE Maybank

Ni bukan SCAMMER ya...
Sesekali bkn tp real punya

Dah viral kt FB pasal duit free oleh MAE ni




💰 *FREE RM10 DARI MAYBANK MAE 💯% Percuma🤩* 

💠YANG TIADA AKAUN MAYBANK pun boleh JOIN just buka APP dan TEKAN "Apply for a MAE account now dan 𝖽𝖺𝖿𝗍𝖺𝗋 𝗀𝗎𝗇𝖺 𝖨𝖢 Pengesahan✅.

💠𝖪𝖺𝗅𝖺𝗎 𝖺𝖽𝖺 A𝖼𝖼 𝖬𝖺𝗒𝖻𝖺𝗇𝗄, 𝖻𝗈𝗅𝖾𝗁 Tekan "Existing MAE/M2U User" di sebelah kiri.

🔹Kalau mahu lagi banyak RM10💵, boleh promot Referral Code kamu juga suruh ramai² install.

STEP TERAKHIR. Anda akan nampak paparan tertulis "Referred By A Friend" . 

⚠️‼️JANGAN TEKAN BUTTON SKIP KALAU TEKAN TAK DAPAT RM10‼️⚠️

WAJIB COPY CODE DIATAS DAN PASTE MASA NAK DAFTAR UNTUK DAPAT BONUS RM10🔝💵✅

📱Boleh Install "Maybank MAE" di PlayStore/ AppStore sekarang‼️😃👍






Ni no code saya...amik la
Sapa yg guna code ni dapat rm10
Saya pun dapat rm10
Promosi oleh Maybank ni berakhir Januari dpn


Org kata berkongsi rezeki
KBY12261

Banjir

Musim banjir kian menghampiri kan...
Kita dah berada dihujung tahun
Musim tengkujuh

Kalau kat Kelantan
Bila musim tengkujuh
Hujan turun tanpa henti
Jangan mimpi la nak tengok matahari

Tp kat utara ni
Hujannya sekejap2 ...
Dalam 2,3,4 jam...berhenti
Tp turunnya agak lebat


Ni kejadian petang kelmarin
Dalam pukul 6 ptg
Suami ajak keluar tgk air katanya
Tp isterinya yg enak berselimut atas katil
Agak keberatan nk turun dari katil
Dek hujan 2,3 jam sblm tu
Cuaca jadi sejuk

Last2 dia pi meronda dgn motor sorg2


Ni kebun sawit depan rumah 

Ni sapa punya rumah
Dalam pembinaan..
Dah naik air

26 October 2021

Rezeki Contest

Sekadar mengisi masa terluang
Kadang2 tersangkut nama
Kadang2 melepas

Ni menang  contest oleh Snow Whip
Ni hadiahnya
Eleena dok berkira2 nk buat kek dh




Yg ni hadiahnya belum sampai lagi


Nescafe...pun belum sampai lagi..



Yg ni terkilan rasa dihati
Sbb tak baca msg kt IG
Tengok2 dah terlepas tarikh








25 October 2021

Resepi Dan Cara Buat Pulut Dakap



Suami belikan sesikat pisang abu
Kalau digoreng tak habis
3,4 biji ja makan

So saya terpikir utk buat kuih pulut dakap
Kuih ni popular di sebelah kelantan sana
Sesikat pisang abu yg telah ranum
Lain2 pisang yg sesuai seperti pisang raja,pisang awak


Santan dari sebiji kelapa
Masukkan garam sesudu
Gula dan daun pandan




Pulut terlebih dulu direndam beberapa jam
Bila santan dah mendidih
Masukkan pulut dan kacau 
Hingga kering santannya

Pisang dibelah dua
Kalau pisang agak besar boleh dibelah 3


Ambil pulut yg telah sejuk
Leperkan diatas daun pisang


Letak sebelah pisang diatasnya


'Balut' pisang tersebut dgn pulut
sampai jadi mcm ni
Kalau nak tahu pulut tu cukup lemak atau tidak
Tgk ianya melekat atau tidak pada daun
Kalau melekat2 maknanya tak cukup santan

Ni dah siap dibungkus



Ambil 2 biji
Cantumkan dan ikat
Mengikatnya jgn terlalu ketat
nanti daun pisang akan pecah bila dikukus nanti

Ni rupa yg dah siap dikukus

Jom kita buka balutannya


Sedia utk dinikmati

Nak membuatnya agak sedikit renyah
Tp puas hati bila memakannya















24 October 2021

Solok Lada Anak Dara

Ini kali kedua bln ni
Oder lada utk buat solok ni kt Shoppee
Solok lada ni pembuka selera bg saya

Haha tgk pesanan seller ni
Alhamdulillah lada yg diterima 
masih segar,dlm keadaan baik
Dipek 3,4 biji setiap bungkusan yg diwrap

Kali ni saya langsung tak sentuh 
Proses membuatnya dibuat oleh 2 org anak dara saya tu-
Eleena dan Tasha




Dah boleh diharap dah


Saya cuma pack masukkan dlm plastik
4,5 biji setiap pek
Utk sekali masak



Si ayahnya memuji anak2 daranya
" tapai dah terer buat
Solok lada pun dah terer
Esok lusa mak ajar buat pulut dakap pulak.."

 


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.