29 August 2017

Bekas Comel

Saya dah mula rasa 'pening kepala'
bila pikirkan majlis kenduri anak sulung bulan 4 nanti....Insya Allah..

dalam pada tu sempat belek2 gambar2 dalam folder
cantik2 belaka bekas2 ni
utk diisi bunga telur ataupun gula2 utk kanak2..

 kotak dari kertas ni pun cantik
raga kecil  jni pun memikat kalbu
kotak  berupa songket



semuanya indah pada pandangan mata ni..:)

17 August 2017

Shell Out Di Rumah


Ni semua Alia punya kerja
dari membeli bahan2 mentah
hinggalah siap terhidang diatas meja
Dia yg buat sorang2

Si Emaknya kepenatan melipat kain yg  tak kering 2 hari
mengosok uniform sekolah Tsaha
akhirnya tertidur kepenatan

Akhirnya terbangun bila tercium bau harum sos shell out ni

Sikit ja  sebab nak makan 3 org ja kat rumah ni

jagung tu mmg super sweet
ketam tu pulak 2,3 tempat mencarinya
akhirnya ditemui di market Kulim

 yg makan nasi ni Alia dan Tasha

sedap..tapi tak boleh selalu dimakan
selain meningkatkan paras kolestrol
ia jugak mengempiskan poket..

16 August 2017

Manggo Float


Alangkah nikmatnya menyedut manggo float ni
dgn rm5 sebekas
terasa puas mengunyah mangga yg dipotong dadu

13 August 2017

Spageti Bolognese


Melayan tekak yg mengada2 ni
Alia yg jadi 'mangsa'

biasa yg saya order dari beliau
dan paling kerap diorder adalah spageti bolognese

tp chef pun kena bayar jugak ya..

12 August 2017

Chicken Grilled With Honey Lemon


Bila tekak dah tak boelh menerima nasi
ayam jugak yg jadi pilihan

saya sukakan brokoli tu
dimasak sekejap dgn butter

ayam pulak makin lama diperap makin sedap jadinya


10 August 2017

Char Kueteow Tok Hery


Semalam pulang dari Tesco bersama Alia dan Tasha
dah jam 10 lbh
Tesco dah nak tutup pintu dah
Ingatkan bila pergi hari Rabu
malam pulak u
tak ramai la org
rupanya parking sampai melimpah ruah kat luar
(memula pergi Giant,terpaksa keluar bila tiada parking)

bila penat tawaf kat Tesco tu
perut terasa lapar
so kami singgah pekena char kueteow Tok Hery

ada berbagai pilihan char kueteow kat sini
char kueteow seafood
ikan,special dan lain2



yg kami pakat order ni char kueteow special
ada telur mata kerbau sebiji,udang 5 ekor


 carrot susu,bandung cincau dan jagung cincau

oklah pada sapa2 yg berhajat nak kesana ni alamatnya

 Tok Hery Char Kuay Tiaw,Lot 926 Jalan Perdagangan,Kampung Keladi,0900 Kulim,Kedah; 09000 Kulim.


08 August 2017

Memperkenalkan....Bakal Menantu..


Alhamdulillah..
syukur pada ALLAH
anak sulung saya Insya Allah bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi

Memperkenalkan Miss Raihana Baharum
gadis yg berjaya mencuri hati
anak saya sejak di UMP lagi
ooo patutlah bila mak2 sedara,sepupu sepapat cuba kenen2kan dgn org lain
pantas ja anak saya menolaknya




Akhirnya si anak membuka mulut
dan berhasrat utk mebawa si gadis pulang ke rumah
utk diperkenalkan pada mak ayah dan adik2

Tanggal  29 julai lepas
pertama kali bertentang mata dgn bakal menantu
alhamdulillah..cukup sempurna dimata  kami
teramat peramah dan merendah diri
mesra dgn bakal adik ipar



Insya Allah raya haji yg kedua nanti
rombongan kami akan ke Tapah utk merisik dan bertunang 
(rumah kampung neneknya)
majlis dipihak perempuan pada 9/12 nanti
manakala dipihak kami insya Allah bln 4 th depan


07 August 2017

Masak 2 Dalam 1

Saya terima gambar ni
dari anak ,Eleena
yg sedang menuntut di Koleh Universiti Insaniah

"mak pernah masak mcm ni tak?
ni first time adik tgk depa masak mcm ni.."

budak2 kolej biasalah
panjang akalnya nak save bajet
masak nasi sendiri ,lauk beli

ni kira ok lagi ni nak oiii

sbb dulu arwah mak saya pernah cerita
yg arwah tokwan
pernah letak belut dalam periuk nasi mcm ni
bila arwah emak membuka penutup periuk nasi tu
apalagi menjerit bagaikan histeria
haha last2 dia masak nasi lain sebab tak lalu nak makan..

05 August 2017

Sugar Glider


Memperkenalkan Tony Stak
'Ahli' keluarga saya hehe

sebenarnya ni binatang peliharaan Alia
ketika  mula2 membelinya,umurnya baru 2 bulan 
sekarang dah berumur 5 bulan lbh
dan saiznya sebesar jari ja
harganya RM240
huhu mengucap si emak

  mula2 membelanya dulu
Si Tony ni hanya mau kat Alia ja
pantang org lain dekat
mula la buat bunyi 'marah'
 kalau dulu saya amat2 geli nak membelainya
sekarang dah ok
Tony Stak ni dah boleh panjat2 atas kepala
merayap2 kat tangan 

 paling seronok bila Tony Stak ni terbang
dan hinggap  pada sesiapa yg berada berdekatan
haha masa tu la terdengar jerit pekik Eleena dan Tasha yg ketakutan

Binatang ni lambat membesar
makannya hanya buah2an,yogurt,sayur2an
dan najisnya lbh kecik dari taik cicak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.