31 May 2011

Majlis Akad Nikah

Acara akad nikah berlangsung sebelah malam
sayangnya saya pada mulanya beriya2 utk hadir
kerana masjid tempat berlangsung acara akad nikah tu
berhampiran dgn rumah saya
tidak dapat hadir

Tasha tidur seawal jam 8 malam
kakaknya Eleena tidur beberapa minit selepas tu
dek keletihan pada siang harinya
membuat majlis persiapan kawen

so si kakak..Alia hadir sbg wakil
merangkap juru kamera
My son pulak terpaksa menjemput
hubby yg pulang dari berkursus


bulan nov nanti...
si baju oren tu pulak yg akan naik pelamin
ni sepupu kpd pengantin

senyum cover utk menutup gabra






upacara menyarung cincin



teringat lagu sedih S Jibeng pulak
bila tgk inai dijari

Engkau ketawa gembira di malam itu,
Dikelilingi hai ramai sanak saudara,
Sedangkan aku berduka kerna janjimu,
Yang manis bermadu tetapi bagai hempedu,

Alangkah indah temasya di malam itu,
Jejarimu diinai satu persatu,
memberitahu dirimu sudah berpunya,
Tinggallah aku sendiri jiwa merana,


Alhamdulillah...
terbina sudah sebuah masjid

30 May 2011

Persiapan Majlis Perkahwinan

berapa ekor lembu yg tumbang..??



banyak yg perlu dibuat
kupas bawang,nenas,kentang dsb...
ketika inilah terasa kemeriahan majlis kawen

my son -membersihkan tebu utk dimesin

umbut bayas
pertama kali saya tgk dan makan
lbh sedap dari umbut kelapa


majlis bacaan yassin

sesi membuat bunga telur sambil pot pet pot pet


me & my biras

bertemakan hijau putih

Utk para jemputan



bunga telur
elemen wajib dalam majlis
perkahwinan masyarakat melayu




sebahagian drpd hantaran utk pihak lelaki

bilik pengantin yg simple tp cantik...

27 May 2011

Tapai Pulut


Esok my SIL akan mengadakan kenduri
terima menantu yg ke 3
dia pun mintak saya membuat tapai pulut
sbg desert pada hari kenduri esok
dan sbg ipar yg mithali hehe
dgn penuh rela saya melunaskan permintaannya

raginya di beli di Kelantan dulu
sbb saya tak pandai pilih ragi yg manis atau tidak

utk hasil yg baik
gunakan pulut susu
harganya mahal beberapa ringgit berbanding
beras pulut biasa



lidi pengcungkil gigi digunakan mengantikan stapler
stapler berbahaya pd org2 tua
yg mata tak berapa nampak..:)
nak cari lidi kelapa..
mana ada pokok kelapa kat taman ni

kalau nak cepat
gunakan bekas plastik
tak perlu bungkus dgn daun pisang

tp my SIL nak gunakan daun pisang..tradisional..


hasilnya....perlu diperam 48 jam




24 May 2011

Pulut Mempelam Harum Manis


Salam
dah beberapa hari blog tak berupdate
thanks pada yg sudi singgah dan bertanya kabar
seperti Amy
bertanya mengapa lama menyepi...


Pulut menmpelam harum manis ni
dibeli di TESCO Kulim
rm5 satu bungkus
mahal ke?

pulutnya mmg mebeles
takde rasa 'berbiji2' bila makan
cukup lemak dan manis
mempelamnya pulak
lbh dari separuh biji
sebiji digunakan utk 2 bungkus


(ni belum dituang santan lg)


sebenarnya ni kali pertama
saya makan pulut mempelam ni
biasa dok tgk kat tv,akhbar,majalah
atau dok dgr org bercerita ja

kebetulan disatu sudut di TESCO
ada menjual pulut mempelam ni
budak2 penjual tu berbahasa Siam hehe

saya 'berazam' utk nmencuba berbagai kerabu
yg ori dari siam pulak lepas ni kat situ

16 May 2011

Detik-Detik Sakaratul Maut-Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni

Bagi kaum salaf, sakaratul maut (saat-saat menjelang mati ) adalah bagaikan hari-hari mendatang dalam pandangan kebanyakan orang waktu ini;
Demi Allah! semua kita-tanpa terkecuali-pasti sedang melangkah menuju kematian,akan sampai kepadanya,dan akan merasakan sakit berpisahnya roh dari badan. Para pendahulu kita benar-benar telah merasakannya,baik itu penguasa mahupun rakyat jelata,dan baik orang-orang kaya mahupun orang miskin dan tidak punya harta,
Allah s.w.t berfirman :
"Dan berapa banyak telah kami binasakan umat-umat sebelum mereka.Adakah kamu melihat seorang pun dari mereka atau kamu dengar suara mereka yang samar-samar?" (Maryam:98)


Saya sedang menghabiskan buku ini



Buku ni pulak telah habis dibaca
saya cuba mencari bagaimana
Bob Lokman mendapat hidayah ALLAH


Anak remaja ini seolah-olah melepaskan rasa dendam
semasa kecilnya yang dipasung oleh bapa yang sangat prihatin
dengan akhlak anaknya.

Ini kerana mereka adalah legasi Tok Kenali,
ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga.
Dia menggelinjang keseronokan berada di wilayah
baru tanpa ayah garang yang melotot pandangan mata yang tajam.

Dia berlari sesuka hati dan menjadi tarikan pesona
kepada bajingan tengik di asrama yang ditakluknya sebagai ‘wilayah jajahan’.
Hukum karma akhirnya menerkam dan
menikam ubun-ubunnya yang hijau di dataran
kehidupan yang berupa pentas opera.

Bob Lokman terkucil dengan keonaran yang diciptanya sendiri.
Dia terhukum kejam dengan dibuang asrama.
Bagaimana akhirnya anak muda kail panjang sejengkal
ini mengharungi hidup selepas SPM dan tanpa
kertas maruah yang bernama ijazah,
beliau menempuh carut-marut kehidupan di tengah bandaraya Kuala Lumpur
yang tidak bersahabat dengan manusia malas.

Dia menjadi pemandu bas dengan menyanyi riang
di tengah hiruk-pikuk anak sekolah yang melemaskan,
berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan,
dan menjadi kuli kasar di gedung studio.

Bob Lokman akhirnya terselit di tengah-tengah fenomena
rock pada dekad 1980-an. Dia menjadi pencipta lirik yang
akhirnya di tengah keriuhan anak seniman,
dia terus membina nama di persada seni tanah air.
Bob Lokman tersungkur dengan kegemerlapan namanya.
Dia tersadung dengan kesakitan.

Keperitan dan kejerihan hidup bertindan-tindih menerpa,
meluluh lantak jiwa seorang bapa dan suami.
Ujian demi ujian yang akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.
Dia akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang,
dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian.

Dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana,
membuang pakaian kesombongan yang dipakainya
dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau.

Dia telah merasai dunia ketawa,
dan kini tibalah masanya untuk dunia menangis,
bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain
bagi bersama-sama merengkuh kasih-sayang Tuhan,
Sang Pencipta yang penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
“Aku akan mati berjuang bersama dakwah
dengan panduan alim ulama.

Doakan aku teman…
ujar Bob Lokman dengan lirih, juga memanggil
seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini.


Opppss..nama bapa saudara saya juga
disebut dalam buku ini
arwah Ust Bunyamin Yaakob

10 May 2011

Semuanya Nescafe


Saya pengemar Nescafe
especially nescafe segera
walaupun saya ada terbaca di beberapa buah blog
yg di C&P dari fowarding emel
tentang bahaya nescafe segera

Bagi saya selagi tiada 'larangan'
serta pengesahan
oleh kementerian kesihatan
saya akan tetap menikmati keenakan nescafe


Saya biasa jumpa org
yg alah dgn nescafe
pening la,kembung perut la
sakit kepala la...

sedikit tips:
pilih biji kopi jenis Arabica
ianya kurang kandungan kafien
berbanding kopi Robusta
rajin2 baca label sebelum beli


Bermula dgn sebatang sudu nescafe percuma
saya memasang keinginan utk kumpul
barangan nescafe

Terimakasih pada seseorang yg
tolong merealisasikan impian saya



jag..

dulang..

mug berpenutup




4 batang sudu
satu bekas susu

semuanya merah...
I love it...

08 May 2011

Chowrasta Bazaar

Masih di Penang...
usai memenatkan diri kat PC Fair
menjelajah pulak kat Chowrasta Bazaar
dgn matahari terpacak atas kepala
dgn kesibukan lalulintas
bikin kepala berpusing,mata berpinar..





macam2 ada...




Tasha pun dah buka tudung..penin kepala..

saya mencari kain kaler grey silver
utk kenduri anak sedara hujung bln ni
susahnya nak dapat kaler tu
satu bazar tak ada
yg ada 2,3 helai tp tak berkenan pulak..




dan jeng..jeng.jeng...
sewaktu kami berjalan ke kereta
melintas seseorang yg agak familiar


saya tak kenal dan tak perasan
tp hubby kenal

saya tak tau namanya
tp mukanya biasa muncul dlm drama
sempoi ja berjalan2 dn anaknya

ohh...yg ni satu lagi
dah namanya nasi kandar beratur
terpaksa beratur hingga ke gigi jalan
nasib baik saya bkn pengemar nasi kandar



pemandangan dari atas feri otw balik





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.