07 November 2019

Berbuat Baik Sesama Manusia

Ketika dalam perjalanan pulang
ke kelantan dulu
cuma saya,Alia sbg driver dan Tasha ja
melalui jalan Simpang Pulai utk ke Gua Musang

Disatu persimpangan lampu isyarat
seorang apek yg kelihatan kurang siuman
berjalan melintasi jalan yg sibuk
pemandu2 ramai yg membunyikan hon
apek tu mengosok2 perutnya isyarat lapar kut
pakaiannya lusuh serta berkaki ayam

"Baby...bagi la karipap yg kita bwk bekal
ni sikit kat dia..."

"Isshhh mak ni..takut la..."

"Nak takut apanya?
org ramai ni kalau dia cuba buat apa2..
kesian tgk dia.,"

Alia lantas menurunkan cermin kereta
dan menghulurkan karipap padanya
walaupun tanpa ucapan terimakasih
saya tau dari matanya dia begitu gembira
saya juga gembira kerqna melakukan kebaikan
walau hanya sebesar zarah

Ibnu Kathir menjelaskan, “Allah tidak melarang kalian berbuat baik kepada bukan Islam yang tidak memerangi kalian seperti berbuat baik kepada wanita dan orang yang lemah di antara mereka. Hendaklah berbuat baik dan adil kerana Allah menyukai orang yang berbuat adil.”

9 comments:

  1. walhal binatang haram yang kesempitan pun kita kena tolong
    inikan sesama manusia

    ReplyDelete
  2. Asalam betul tu ..sedang mesyuarat sambil lihat blog ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. Betul tu kak..SA kalau makan kat mamak pun kalau ada pengemis datang, suruh dia duduk kat meja dan orderkan makanan untuk dia..setiap rezeki kita terselit rezeki orang lain juga kan...

    ReplyDelete
  4. biar pun hanya karipap kak, mungkin besar kegembiraan yang di rasainya kak

    ReplyDelete
  5. ALhamdulillah. rasa gembira dan bahagia bila dapat bantu orang kan

    ReplyDelete
  6. buat baik semestinya dibalas baik juga..
    tak rugi pun sentiasa cakap yang baik sentiasa buat yg baik.. Allah akan balas kadang2 dalam bentuk kita tak sangka =)

    ReplyDelete
  7. Walau hanya seketul karipap, namun sangat menggembirakan hati yang memerlukan..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.