14 December 2018

Petua Menghilangkan Bau Ikan Patin

Ada orang yg menolak hidangan ikan patin
dek kerana kadang2 ia berbau
seperti ikan pari,cara utk menghilangkan baunya adalah
dengan merendamnya dalam air kapur lebih kurang 30 minit

petua utk menghilangkan bau pada ikan patin pulak


1. RENDAM DALAM SUSU
 Masukkan ikan yang sudah dibersihkan dalam susu dan biarkan seketika kemudian bilas dengan bersih. Susu mengandungi casein yang bertindak menghilangkan trimethylamine oxide yang menjadi penyebab kepada bau hanyir ikan. 

2. SAPU DENGAN PES CAMPURAN SERBUK KUNYIT,
 GARAM DAN TEPUNG JAGUNG 
Campurkan ketiga-tiga bahan di atas dan sapu pada ikan. Perap sehingga 30 minit atau lebih. Terpulang pada anda jika ingin membilas ikan sehingga bersih atau guna sahaja pes tersebut untuk menggoreng ikan. 






 3. GUNA CUKA
 Campurkan cuka dalam air dan rendam ikan di dalamnya untuk seketika. Cuka dapat mengurangkan sehingga 50 peratus bau hanyir ikan. Selepas rendam, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan bau cuka. 


4. PASTIKAN IKAN DIBERSIHKAN DENGAN BETUL
 Buang segala organ dalaman, insang dan membran putih yang terdapat dalam bahagian dalaman ikan. Apabila dibersihkan dengan betul, ia dapat mengurangkan bau hanyir.


 5. DAUN JAMBU BATU
 Ambil beberapa helai daun jambu batu, bersihkannya, kemudian ramaskan daun dalam bekas yang berisi air. Lepas itu, masukkan ikan ke dalam bekas berisi air daun jambu batu tadi atau tuangkan air tersebut dalam bekas yang berisi ikan. Daun jambu batu mungkin susah sedikit untuk didapati bagi yang tinggal di bandar. Tapi, bagi yang ada, manfaatkanlah ia kerana ia memiliki pelbagai khasiat juga! 

6. TITISKAN JUS LEMON 
Titiskan sedikit jus lemon pada ikan. Biarkan ia meresap baru dibilas dengan bersih. Kalau tiada, boleh juga gunakan limau purut.

 7. RENDAM DALAM AIR GARAM 
Selepas dibersihkan, rendam ikan dalam air garam selama 15 minit. Semua bau hanyir akan hilang. 

8. GUNA HALIA 
Halia bukan sahaja menghilangkan bau hanyir malah membuang toksin yang ada pada ikan. Caranya, cincang halia halus-halus dan sapu pada ikan. Biarkan selama 30 minit.

 9. SAPU MINYAK BIJAN 
Sapu minyak bijan pada ikan dan biarkan seketika. Minyak bijan menghilangkan bau hanyir dengan cepat.

patin masak tempoyak
lagi pekat kuahnya 
lagi sedap dihirup
dgn rasa pedasnya,masamnya..


sedap meratah kepalanya
asam pedas ikan patin


9 comments:

  1. saya sekeluarga peminat patin kak, selalunya saya cuci bersih kemudian bilas dengan air basuh beras, ataupun perahan limau nipis , tengok pada ikannya juga kan..

    ReplyDelete
  2. Mrs. A pun suka patin masak tempoyak selalu tunjuk jer...
    Itulah kadang-kadang ada yang hanyir dan ada bau lumpur gak terus terbantut selera

    ReplyDelete
  3. Saya selalu basuh ikan atau ayam dengan cuka dan tepung. Kalau ikan darat atau sungai boleh dikisar dengan garam dan daun serai terlebih dahulu untuk menghilangkan hanyirnya. Lepas tu baru rendam dgn air asam jawa atau cuka.

    ReplyDelete
  4. Wah ada petua, banyak petua diberi. Ni mesti nak bagitau mama ni..baru tak langsi ikan tu.
    pernah tak makan ayam masak kari tapi ayam tu langsi, hampir nak mutah Etuza..ya Allah tak lalu makan..di sebuah restoran tu. Maaf sekali tak boleh sebut nama restoran tu..

    ReplyDelete
  5. Ayam langsi tu agaknya kurang masak ke?.tapi ni sedap nampak kari pekat ..sepatut kari tu dah meresep aroma dalam ketulan daging ayam tu langsi dah hilang.ini Allah hu akbar..tak habis saya makan.biar kan ja atas pinggan, nasi licin lah Etuza makan..hehehe

    ReplyDelete
  6. Mama sini guna asam jawa atau limau katanya..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya ikan patin.. saya suka kalau masak tempoyak dan asam pedas.. Terima kasih share tips menghilangkan bau ikan nie.. Bolehlah cuba nanti..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.