25 November 2018

Khasiat Kacang botor

Disebelah utara ni
kacang botor dipanggil kacang Kelisa
 sedap dibuat ulam
dicicah sambal belacan

digoreng pun sedap


dibuat kerabu tak kurang enaknya

ataupun digoreng pedas mcm ni

Antara KHASIAT dan Kebaikan Kacang Botol @ botor ialah:-

 1. Kacang botol mengandungi protein, kaya dengan zat galian, zat besi, kalsium, vitamin C, vitamin A dan pelbagai kandungan nutrien lain. 
 Dikatakan kandungan khasiat dan nutrien berbeza antara kacang botol muda dan kacang botol yang sedikit matang atau tua.

 2. Kacang botol muda untuk 100 gram hanya mengandungi 49 kalori berbanding kacang botol tua yang mengandungi 409 kalori. 

 3. Kandungan kacang botol yang lebih tua lebih tinggi protein dan zat galian lain berbanding kacang botol muda.

 4. Kacang botol tua mengandungi thiamin, B1, riboflavin, B6, B3, folate, B9 dan asid pantothenic serta vitamin B kompleks penting. 

 5. Wanita hamil amat bagus menikmati kacang botol kerana kacang botol mengandungi sumber folate atau B9. 100 gram kacang botol mengandungi 11% dari kadar saranan harian keperluan folate. 

 6. Kajian juga menunjukkan kacang botol mentah atau segar mengandungi vitamin C yang mencukupi di mana 100 gram mengandungi 18.3 mg iaitu 31% vitamin C untuk kadar keperluan harian. 

 7. Kacang botol juga mengandungi magnesium, manganese, fosforus, zink dan potasium. 8. Dikatakan juga kandungan protein dalam kacang botol lebih tinggi berbanding kacang tropika yang lain sekaligus amat bagus untuk anda yang mengamalkan diet tinggi protein untuk pembentukan tubuh, tanpa perlu kerap mengambil protein shake. 

 9. Jika anda berpantang kacang soya kerana bimbang tentang kandungan estrogen dan pelbagai isu mengenai kacang soya, anda boleh menggantikan kacang soya dengan kacang botol kerana kacang botol dikatakan mempunyai kandungan asid amino yang sama dengan kacang soya. 

 10. Kacang botol dikatakan boleh meredakan demam campak dengan cara merebus kacang botol ke dalam air dan jadikan air rebusan kacang botol sebagai sapuan ke atas kulit yang terkena demam campak.

4 comments:

  1. Sedap ni. Tapi kalau badan berangin, hati-hati nak makan tu 😃

    ReplyDelete
  2. Kacang botor nama sayur ni..sedap nampaknya ..Blogger Kamsiah memang pakar memasak..Subahanallah..

    ReplyDelete
  3. teringat zaman tinggal di asrama, kami makan dengan budu, zaman tu, semua pun sedap...masing masing lapar...

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.