04 March 2009

Singgang Daging


Orang Kelantan memang tersohor dengan masak singgang2 ni. Singgang ikan, singgang daging, singgang kacang bendi dan macam2 singgang lagi la
Selain daripada mudah disediakan, singgang daging ini tidak menyebabkan orang jemu/muak memakannya tidak seperti masakan sup atau kari.





ni antara bahan2nya



1/2 kilo Daging(dihiris nipis), sedikit tulang, sedikit daging berlemak.
8 ulas bawang merah~dimayang
5 ulas bawang putih~dimayang
2 inci halia~dimayang
1 1/2 inci lengkuas~dimayang
segengam ketumbar biji~ditumbuk separuh lumat
6 biji cili kering~dipotong,dibersihkan dan direndam dengan air panas.
sedikit gula manisan/gula melaka( lebih kurang 1/2 keping)
1 keping asam keping gelugur.
garam secukup rasa
air untuk kuah.

Cara membuatnya.

1. Air anggaran cukup untuk daging 1/2 kilo di atas api.
2. Masukkan bahan2 yang dimayang, ketumbar, asam keping, daging, tulang dan daging berlemak.
3. Biarkan kuah mendidih sehingga daging dan tulang empuk.
4. Masukkan cili yang telah direndam, garam dan gula melaka. Biarkan semua bahan mesra.
5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.