25 August 2010

Segalanya tentang kangkung

Kangkung....
Jangan tahu makan je
kerana selain sedap digoreng,dibuat ulam,
gado2 atau dicampur dlm yong tau fu



Terdapat 2 jenis kangkung iaitu kangkung kampung tumbuh liar di sawah padi
atau kawasan lembab yang berair
dan sejenis lagi kangkung di tanam menggunakan benih

Petua orang tua-tua, kangkung digunakan sebagai tumbuhan penawar racun,
disamping pelbagai khasiat perubatan yang lain. Antaranya:

1.Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj.

Caranya, masukkan sayur kangkung kedalam masakan bubur, kemudian dimakan. Amalkan selalu, insya-Allah afiat.

2. Penawar batuk.

Rebus airnya kemudian diminum.

3. Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala .

Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah.

4. Rawatan diabetes.

Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes.

5. Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak.

Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran.

6. Rawatan buasir.

Rebus akarnya dan amalkan selalu, insya-Allah afiat.

7.Kangkung dapat untuk meneutralkan racun yang diakibatkan oleh makanan seperti kes-kes makanan yang basi. Caranya kangkung dibersihkan dan
dipotong kecil untuk dikisar.
Minum air kisaran kangkung tadi dengan perlahan-lahan sebanyak segelas ataupun dua gelas mengikut keperluan.

post signature

23 August 2010

Berbuka puasa dirumah SIL

Sabtu,21 hb...
my SIL ajak berbuka puasa dirumahnya
adik ipar saya dan suaminya
dua2 cikgu
suaminya,kamal Bahrain merangkap warden asrama


Tasha sempat berposing

anak2 buah serta ipar duai


ha...motor besar ni kepunyaan tuan rumah
kami tak pernah naik motor besar
sekadar berposing ajalah yg mampu hehe



saya sukakan kuarters ni sbb ada padang menghijau depannya

yg dibelakang tu surau


aksi sementara menunggu waktu berbuka

ikan goreng celup tepung


agar2 yg sedap oleh tuan rumah


kuih ketayap
ayam utk dimakan bersama nasi briyani


hai..awal lg hangpa dok tunggu noooo

Alhamdulillah...lepas makan dan lepas solat..
terimakasih la ya...
nanti ajak la kami bertandang lg..:)

post signature

22 August 2010

Daging Mas Merah




Bahan2:
-1/2 kg daging
-1 paket rempah daging
-5 ulas bawang putih
-7 ulas bawang merah
-1/2 inci halia
-beberapa helai daun kari
(blend semuanya kecuali rempah daging)
kemudian perapkan daging dgn bahan2 yg telah diblend tadi

-10 biji cili kering
-3 ulas bawang putih
-5 ulas bawang merah
-1 labu bawang besar
(blend semuanya)

tumis cili yg telah diblend bersama bahan2 lain tadi
bila naik baunya
masukkan daging yg telah diperap tadi
masukkan air,agak2 cukup utk membuatkan daging empuk
boleh juga dimasukkan tomato bila daging hampir masak

sedap dimakan bersama roti,nasi,ketupat atau lemang
post signature

20 August 2010

Oven Baru


Salam untuk semua
Dekat2 nak raya ni....
oven yg berhabuk kembali dilap,dibersihkan

Tapi terkejut dan kecewa bila cuba digunakan
tak berfungsi...rosak...
merajuk kut en Sharp ni
sbb gunakan ia sesekali ja
mungkin jugak sbb usianya dah melebihi 10 tahun
ya..oven pertama yg dibeli
hubby..
banyak jasanya kepada keluarga saya

dan hubby dgn murah hatinya
membelikan yg baru utk saya
emmm..pasni belikan bread maker pulak ya...:)


bingka roti dlm proses pembakaran...

post signature

19 August 2010

Agar agar Lumut / Gula Melaka




Puding dan agar2
desert yang paling senang dibuat
dan boleh disimpan lama dlm peti ais..

Bahan2:
15g agar2 tali
3 cawan air
2 cawan santan
1 biji telur
2 keping gula melaka
2 camb gula pasir
sedikit garam
daun pandan


-masak agar2 hingga hancur
-masukkan gula melaka dan gula pasir(manis ikut suka)
-kemudian tapis
-telur dipukul bersama santan
-masukkan kedalam agar2 tadi
-kacau hingga santan menjadi berketul2
(menandakan ianya telah masak)
-sejukkan



 

02 August 2010

Apabila Anakandaku Berzapin....

Dari 25-28 Julai lepas
my son yg berada di KMTK
(kolej matrikulasi teknikal kedah)
telah berzapin sakan di Johor
(Kolej Matrikulasi Tangkak)
sempena KAKOM (karnival ko-kurikulum matrikulasi)



hensem pulak bila tak pakai spek
berzapin tak boleh berspek mata
kena pakai contact lens
(berdiri ,dari kanan)








Pengadil didatangkan dari ASWARA
dapat tempat ke berapa...??
hhmmm...dia kata tgk syok2 berzapin,
muzik off...maybe disabotaj..
haha mcm dlm drama/novel pulak
tp anak2 saya klata perkara mcm tu biasa
dlm sesebuah pertandingan

post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.