17 June 2011

Koleksi Header

Saya pasti setiap blogger
paling kurang,sekali atau dua kali
menukar header blog
boring asyik2 tgk yg sama ja,kannnn..

ni antara koleksi header saya
yg diingati
entah berapa kali bertukar header
saya dah tak ingat

apa yg penting
seisi keluarga 'mesti enterframe' kat header
biasanya amik pic raya la



sangat suka dgn header ni





we are hepi family....:)


Athilia Natasha semasa berumur 2 tahun

banyak lagi sebenarnya
tp saya tak tau 'tersimpan' kat mana..

15 June 2011

Masam2 Si Belimbing Buluh


Belimbing buluh bersaiz kecil,
kekuningan serta sebagai melengkapi hidangan,
biasanya di masukkan ke dalam gulai atau masak lemak
.Buat basuh ikan untuk hilangkan hanyir ikan pun boleh


BELIMBING BULUH.... DARAH TINGGI




Fakta ringkas tentang buah belimbing

•Di katakan berasal dari India dan Sri Lanka.

•Juga terdapat di semua negara di Asia Tenggara.

•Terdapat juga belimbing di Australia dan Amerika Syarikat,
kepulauan Caribean dan Afrika.




sedap dimasak lemak bersama udang


Khasiat Belimbing.

Buah belimbing mengandungi sumber mineral dan khasiat yang menakjubkan.
Di samping protein,kabohidrat,
ia turut mengandungi kalium,serat,vitamin A,B dan C ,
Niacin,zat besi dan air.
Dikatakan dapat menurunkan kandungan
kolestrol,mencegah hepatitis,
mencegah sel kanser,meningkatkan daya
tahan tubuh badan.

Bahan seperti pektin dalam
belimbing mampu untuk mengikat kolestro
l dan mengeluarakannya melalui sistem perkumuhan.
Tambahan kandungan serat yang tinggi
membolehkan pencernaan berjalan lancar.

Jadi sesuai juga bagi sesiapa yang ingin diet atau
mengubah tabiat pemakanan untuk
lebih stabil berat badan.
Nak makan begitu sahaja pun boleh,
tetapi ramai juga yang suka buat jus malahan ada yang buat ulam.

Belimbing yang sudah matang,
bukannya terlalu masak ye..
sesuai untuk meredakan pelbagai penyakit ,
antaranya diabetes,kolestrol,batuk
,radang kerongkong,demam dan kanser.

Buah belimbing boleh juga mengubati malaria,
malahan daunnya bergunakan untuk mengatasi
tekanan dara tinggi serta bisul.
Akarnya pula boleh mengubati buasir

Bagi yang mempunyai darah tinggi
eloklah makan buah belimbing buluh,
cari yang hijau kekuningan,kisarkan,
tambahla gula sikit dan boleh diminum mengikut kesesuaian waktu.

Bagi yang demam panas pula,
ambil beberapa daun yang segar,
ramas dengan air letakkan di atas kain,
kain tu boleh la letakkan di atas badan atau dahi,
sehingga panasnya berkurangan.




13 June 2011

Apam Tepung Beras




 Bahan2 :
 1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
 1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno





Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula,
tepung dan yis.

Blend lagi hingga sebati.

Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat.

Perap lebih dari 3 atau 4 jam


2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno,
kacau sebati perlahan-lahan
(warnakan mengikut kesukaan) dan biar sebentar.

3. Panaskan pengukus.
Masukan ke dalam acuan-acuan kecil
dan kukus selama 15 hingga 20minit

4. Boleh di makan dengan kelapa parut
yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.





12 June 2011

Sambal Terung Pipit


Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang,
atau terung manggul
adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan Malaysia.
Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum.

Sewaktu kecil dulu
arwah emak biasanya menjadikan
terung pipit ni sbg ulam
dicelur dan dimakan bersama budu
saya hanya melihat...
bkn menu kesukaan saya..!!

Sekarang....
pokok ni tumbuh sendiri..
(samada biji benihnya dibawa burung atau angin)
didepan rumah saya
pokoknya besar dan melentur hingga ke tanah
lebat buahnya
walaupun saya tak pernah 'menjagainya'

jiran2 kata,sedap dibuat ulam atau sambal








pertama kali saya mengambil buah terung pipit tu
masak sambal bersama ikan bilis
dan pertama kali memakannya...

Orang tua2 kata
Buah ini mengandungi banyak khasiat.
Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini
dapat meredakan kesakitan akibat
sakit perut yang berterusan.
Selain itu akarnya pula dapat
mengubati retak kulit pada kaki.

09 June 2011

Sesi menconteng muka...

Sejujurnya saya tak pandai bermake up
malah tidak mempunyai alat make up
sekadar keperluan asas
seperti compact powder,lipstik,lip gloss
dan 2,3 benda lagi

dan kali pertama bermake up
semasa saya kawen dulu
dah 20 tahun daaaaaa....



ni sesi anak2 saya
sedang di conteng wajahnya oleh
anak sedara sebelah hubby

budak2...mmg teruja bila dimake up kan..
sanggup dok diam ja




cewaaahhh...glam jadinya..





anak my biras

my biras

cik mek ni kecik2 dulu tomboy
dah masuk form 1
dah mula nampak ciri2 feminin...





08 June 2011

Rombongan Cik Kiah (Part 3)

Meronda pekan Tangkak kejap
alang2 dah sampai tempat org




ramai yg malas utk tukar baju
so merayau la kami dgn baju vouge lepas kenduri


nak balik daaaaa...
kempunan nak makan laksa johor dan telur pindang


hari minggu
ditambah pula dgn cuti sekolah
highway jem


melepaskan rasa bosan
sesi berkaraoke
atau lbh tepat sesi katak memanggil hujan

adik ipar saya
pitching lari la....


oooo..kakak kembarku dah kawen
dah tak cukup korum utk bergosip

lagu duet ke..

memilih lagu2 kegemaran


bln nov ni
giliran dia ni pulak naik pelamin


selamat sampai dirumah jam 3 pagi

07 June 2011

Rombongan Cik Kiah (Part 2)

Kenapa saya letak tajuk post ni
Rombongan Cik Kiah?

Kerana kakak ipar saya
yg baru menerima menantu ni bernama Rokiah

Dek macam2 hal berlaku
sesuai sgt la dinamakan rombongan Cik Kiah
mcm drama tv tu


Kampung Banjar,Tangkak

bas tak boleh masuk sampai
kerumah pengantin
apa lagi...berjalan kaki la kami
ada setengah org tua,anak2 kecil
diangkut dgn kereta
budak2 kecik yg nakal2 ni
mengusik lembu ditepi jalan
apa lagi..kami bertempiaran lari bila lembu
tu hampir2 naik minyak..


nasib baik cuaca mendung
tp berpeluh jugaklah

maskara dah cair

kumpulan kompang menunggu kehadiran kami


diiringi paluan kompang
bersemangat kami berjalan


beberapa org pemuda menunjukkan bakat sbg pesilat




terimakasih la org2 Johor
lauk pauk mmg sedap

terpaksa meninggalkan pengantin
pada pukul 4 ptg
utk bertolak pulang ke Kedah

06 June 2011

Rombongan Cik Kiah (Part 1)

Kenduri dipihak lelaki pada 5/5
so rombongan pihak perempuan bertolak kesan apada 4/6

pada mulanya saya teramat malas utk kesana
walaupun dah bayar tambang bas
sewa sebuah bas RM2400
tp anak2 merenggek2 nak kesana

Malam sebelum bertolak
saya dan 3 org anak perempuan balik
tido di rumah mak mertua
sbb bas akan bertolak seawal 7 pagi

jam 7 pagi
semua dah berkumpul ditempat yg dijanjikan
masing2 bersemangat memulakan perjalanan jauh
ramai yg tak sempat bersarapan

10 minit menunggu
20 minit berlalu
30 minit bas masih belum tiba

bila call...Ya Tuhan...
bas masih berada di Alor Setar
lbh kurang 2 jam lbh perjalanan
utk tiba di tempat kami menunggu

rupanya terdapat misscomunication
pemandu bas diberitahu oleh org tgh
rombongan bertolak jam 10 pagi

sabarrrr...sabarrrr...
makeup dah mencair
berpeluh sampai ke buku lali dah



ipar saya minta kebenaran dari pak guard sekolah ni
utk lepak dan berehat di kantin sekolah


bekalan yg dibawa utk makan diatas bas
habis dimakan kat sini



depa sempat menempek inai...


budak2 dah boring menunggu



anak2 dara pulak tetap control ayu
walau hati dah mendidih



kalau berposing..tak mau kalah

macam2 dialog yg keluar:

"sat lg bas sampai..kita bg sebiji sorg
penumbuk kat drever bas.."

"lain kali jgn amik bas ni lagi"

"kita dah kena kencing kuttt..."

akhirnya bas sampai..tepat jam 10 pagi

pemandu bas keluar...minta maaf atas kelewatannya

alamakkkk...hensemnya..
dgn muka yg suci bersih
ala2 peserta iman muda gitu

terkedu dan hilang marah
anak2 dara yg beriya2 marah tadi
hahaha
masing2 mula berlagak baik





Setelah 10 jam berada dalam bas
akhirnya samapi jugak kami ke bumi Johor

hujan lebat menyambut kedatangan kami ke Tangkak


homestay yg luas dan selesa...


dah boring la tu
sbb takde tv


ni bkn mat bangla
(walaupun sering dianggap mat bangla)
anak sedara hubby( adik pengantin)

kakak sedang menurut si adiknya
lbh tepat...mendera...!!

buah jambu berguguran
takda sapa nak makan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.