03 June 2020

Resepi Apam Beras


Apam beras ni sesuai utk sarapan atau minum petang


Bahan-bahan 

 2 cwn nasi 
 2 cwn tepung gandum
 2 cwn tepung beras
 1/2 cwn gula pasir
 2 1/2 cwn air 
2 sudu kecil yis (mauripan)
 kelapa parut dgn sedikit garam

 Cara Penyediaan 

 1. Blend nasi dan air sehingga hancur 

 2. Setelah hancur,gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati

 3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.

 4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. 
Boleh dimasukkan beberapa titik pewarna

 5. Perap selama 3 jam.

 6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.

 7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.

 8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..

 9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.


kukus sebentar kelapa parut ni
supaya lambat basi

Tips: Kalau nak kan permukaan apam cantik dan tak merekah
 sila guna api kecil semasa mengukus…. 
Kalau suka permukaan apam tu merekah dan tersenyum mekar
 boleh gunakan api besar semasa mengukus…. 
terpulanglah pada citarasa masing2.




01 June 2020

Trypophobia


Sapa pernah tgk image tapak tgn berlubang2
Saya hampir membaling hp
bila anak send gambar tu
Ya..saya adalah seorang pengidap Trypophobia
Malah saya tak boleh tgk
kek gula hangus yg berlubang2
Tak boleh tgk insang ikan keli
Tak boleh tgk susu ikan patin
Tak boleh tgk teritip yg melekat dibatu

Apa itu Trypophobia....??
TRYPOPHOBIA adalah rasa takut yang berlebih-lebih terhadap lubang-lubang rapat di sebuah permukaan, sama ada pada benda hidup atau bukan hidup seperti kulit tangan, lidah atau sarang lebah.
Dalam dunia ilmu psikologi, fobia bermaksud rasa takut yang berlebihan dan tidak wajar terhadap sesuatu atau fenomena tertentu. Apa yang harus anda tahu, fobia sebenarnya mempunyai banyak jenis!
Perkataan trypophobia yang merupakan sejenis penyakit, berasal dari bahasa Yunani, ‘trýpa’ yang bermaksud lubang dan ‘phobos’ yang bererti rasa takut.

Justeru mereka yang berdepan masalah ini akan berasa takut, gelisah, malah di tahap yang lebih teruk, akan timbul gejala fizik seperti loya atau gatal-gatal apabila melihat objek berlubang yang sangat banyak seperti biji bunga teratai, span dan sebagainya.
Istilah trypophobia dikatakan pertama kali dicipta oleh peserta di sebuah forum online pada tahun 2005.
Masalah ini digolongkan sebagai ‘baharu’ dan para ahli psikologi dunia masih berdebat apakah penyakit trypophobia dapat didiagnosis sebagai satu penyakit yang dapat berdiri sendiri.
Gejala dan penyebab trypophobia
Memetik idntimes, kumpulan pakar psikologi dari University of Kent di UK yang percaya bahawa mereka telah menemui punca keadaan ini berkata ia disebabkan 'satu perasaan tak selesa terhadap parasit dan penyakit tertentu'.
Berdasarkan kaji selidik mereka yang baru-baru ini diterbitkan di jurnal Cognition and Emotion mendapati bahawa keadaan ini mempunyai hubung kait dengan respon evolusioner dalam mencegah penyakit menular atau jangkitan parasit.
Misalnya, banyak jangkitan menjijikkan itu menunjukkan pola atau lubang hampir sama seperti tics, botflies, cacar, campak, rubela, tifus dan banyak lagi.
Menurut honestdocs, penyakit ini timbul akibat pengaruh faktor luaran dan dalaman tertentu, atau mungkin beberapa peristiwa trauma masa lalu.
Seseorang yang menderita typophobia umumnya gelisah dan rasa meremang di seluruh tubuh setelah melihat banyak lubang, walaupun gambar rekaan atau disunting seperti yang banyak terdapat di internet.
Mereka yang mempunyai trpophobia biasanya memiliki dua reaksi berbeza apabila melihat objek berlubang.
Pertama, dia mungkin tiada masalah melihatnya pada masa sekarang tetapi kemudian mula berfikir tentangnya dan timbul rasa takut.
Kemungkinan kedua, ketika melihat banyak lubang individu itu terus akan pening, mual, malah rasa meremang atau gatal-gatal seluruh badan.
Tip menghindari trypophobia
1 - Fahamkan dulu apa itu trypophobia. Dengan ini anda akan yakin bahawa ia sebenarnya tak wajar untuk ditakuti. Kenapa perlu takut dengan lubang-lubang rekaan apatah lagi ia langsung tak membahayakan?
2 - Cubalah cari punca ketakutan. Takut sebab ada pengalaman buruk atau kerana rasa jijik semata-mata. Anda mungkin dapat mengawal diri apabila mengetahui puncanya.
3 - Cuba hadap. Reaksi pertama apabila melihatnya, anda mungkin lari jauh-jauh atau terus pejam mata dan cuba memikirkan sesuatu yang lain. Padahal cara itu hanya akan buat anda lebih takut. Sebaliknya, paksa diri berdepan ketakutan itu dan ia akan membuatkan anda lebih berani.
4 - Bantuan psikologi. Jika trypophibia sampai mengganggu kehidupan anda, segeralah bertemu terapi kesihatan mental. Beberapa metod terapi mungkin diterapkan untuk anda seperti Cognitive Behavioral Therapy dan Exposure Therapy.
Jika ketakutan itu sehingga menyebabkan anda cemas atau panik teruk, ahli terapis dapat merujuk anda kepada doktor jiwa yang dapat menentukan ubat untuk membantu meringankan penderitaan anda.
Entri ni tiada gambar sbb trypophobia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.