05 October 2017

Laksa Tempurung @ Mad Arif Char Kueteow


Petang tadi semasa balik dari ambil Eleena
yg bercuti semester pertamanya
kami singgah makan kat sini
anehnya walau dah bertahun2 bertapak
tak tergerak hati utk makan kat sini sebelum ni

 laksa dihidang dalam tempurung
rm5 satu
yg ni Alia punya

close up sikit
ada udang,jejari ketam dan telur rebus
secukup rasa

ni yong taufu


dan yg ni char kueteow udang galah
kata waiter tu hari ni ada promosi
udang galah  atau lobster berharga rm7
harga biasa rm10

kedai makan ni terletak di

03 October 2017

Berbriyani Di Nasmir


Pertama kali datang ke Nasmir ni
masa mula2 ia dibuka dulu
dah berpuluh tahun dah...
masa tu masih igt lagi saya makan ABC durian...fuuhh...

Sekarang kembali kesini dgn 2 org anak dara tu-Alia dan Tasha
telah banyak pembaharuan yg dibuat


tengok harganya tak la mahal sangat


mangga lassi dan oren lassi
dihidang dalam bekas tembaga ni
nampak ja kecik tp mengah jugak la nak habiskan

roti nan cheese bersama ayam tandori

 
 ni dia briyani dah sampai
dihidang dalam periuk kecik
 walaupun kecik tp banyak nasinya
saya cuma mampu makan separuh saja
selebihnya Alia yg habiskan

13 September 2017

Mee Tarik Warisan Asli



baru membuka cawangannya di Kulim Landmark 
atau lebih dikenali sebagai Giant

pertama kali datang sini
diawal pagi..
pelanggan cuma ada beberapa orang ja

saya dan Alia order teh o ais limau RM3.20 satu

pertama kali datang
mencuba rice with mushroom & meat
nasinya sangat lembut
harganya RM12.80

yg ni Alia punya order
Egg fried rice
RM 9.80

setiap hidangan disediakan cili padi yg dipotong bersama kicap
bg yg sukakan kepedasan bolehlah menambahnya
 
 lain kali datang boleh la cuba pelbagai jenis mee pulak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.