23 February 2020

Penumpang Misteri

Pada suatu malam
balik dari Malam Sejuta Selawat di Jitra
dah pukul 3 lbh dh
anak saya,Eleena yg memandu kereta kawannya
5 orang semuanya
Sebaik masuk dalam kereta,
semua kawan2nya tertidur keletihan

Ketika berhenti di simpang 4
sensor kereta 'mengesan' pergerakan
pintu kereta dibuka kemudian ditutup

Anak saya dh mula rasa takut
tp ketakutan tu sedikit hilang
bila 'kawannya' tersenyum padanya

"Tak apalah...kita bincang esok ja.." kata Eleena

"Ok.." jawab 'kawannya' tu sepatah

Sepanjang perjalanan sampai kerumah
'Kawannya' asyik merenung Si Eleena ja
dgn renungan yg meremangkan bulu roma

Keesokkan paginya..

"Ehh semalam tu..."

Belum sempat Eleena menghabiskan ayatnya

" sori la wehh...aku ngantuk sgt semalam..
tak sedar apa..
tau2 sampai rumah..."

"Hahhh..bkn hang ke yg sembang dgn aku semalam
senyum2 lg.."

"Mana ada..aku tido la..."

"Habis tu sapa yg menyerupai hang..."



Ni pulak kisah jiran saya
yg bekerja bawak lori ayam
biasanya dia memulakan perjalanan waktu malam
mungkin tak nak ayam2 kepanasan kut
jika bergerak waktu siang

Satu hari dia kena hantar ayam ke Kelantan
ditemani seorang kawan sbg co-pilot hehe

Sampai di Kelantan pukul 2 pg
tp tempat dituju masih jauh lagi

Dia pun berhenti utk buang air kecil
kawannya sedang enak melayan mimpi

Bila dh selesai
dia pun meneruskan perjalanan
kwn sebelahnya masih tidur..

Tetiba hp nya berbunyi..

"Wehh..hang tinggal aku pasai apa"

"Hah..tinggal hang..."

"Yalah alu turun nk kencing tadi..
tgk2 hang dh takda..."

Serentak dgn itu jugak
dia menoleh 'kawannya' yg sedang enak tidur
tp kosong...takda orang...!!




21 February 2020

Siapa Yang Memasak..???




Peristiwa ni terjadi 2,3 tahun lepas
saya dah lupa tarikh yg sebetulnya

Ketika itu suami masih
lagi bekerja di Johor
yg tinggal kat rumah cuma saya 3 beranak
Tasha tido dengan saya
bilik tido saya dan Alia masing2 mengadap dapur
buka pintu bilik ja
boleh makan terus hehe

satu malam lebih kurang 3.30 pagi
saya masih gagal melelapkan mata
diluar hujan renyai2
panas...walaupun dah on aircond...,on kipas lagi
tetap terasa bahang panasnya

tiba2 saya terdengar bunyi dapur dibuka..tap..tap..tap..
dalam hati..Alia yg bangun masak ni
lapar kut

seketika kemudian tercium bau masakan yg amat sedap,wangi

saya terus wasap Alia

"baby masak apa tu.."

senyap....tiada balasan
malah tak dibaca pun wasap saya tu

ohh..dok mkn kut sbb saya 
terdengar bunyi sudu dan garfu berlaga


Keesokkan paginya

?mak ni menakutkan baby ja la..." kata Alia
"Mana ada baby bagun mask..
baby ingatkan mak yg bangun masak
sbb baby dengar ada org buka dapur.."

haaaahhh sudah...sapa pulak yg masak
nasib baiklah Tuhan tak gerakkan hati saya
utk bangun dan 'makan' sekali dgn Alia kononnya tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.