Peyakit kuning pada bayi atau jaundis adalah penyakit yang biasa melanda bayi baru lahir berusia antara 2-3 hari selepas kelahiran.
Walaupun ia adalah penyakit yang biasa berlaku, rawatan intensif dari pegawai perubatan masih diperlukan. Ada tak sebarang petua hilangkan kuning bayi?
Menurut pakar kesihatan, penyakit kuning pada bayi ini lebih kerap terjadi kepada bayi yang diberi susu ibu, dan ia mengambil masa yang lebih lama untuk pulih semula.
Sebelum kita membincangkan petua hilangkan kuning bayi, mari baca panduan ini dulu untuk lebih memahami tentang penyakit kuning pada bayi.
Apakah penyakit kuning pada bayi?
Penyakit kuning adalah keadaan di mana kulit bayi menjadi kekuningan dan matanya kelihatan putih.
Ia disebabkan oleh paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah, dan penimbunan bilirubin pada tisu yang berkenaan.
Bilirubin pula ialah pigmen hempedu berwarna kuning kemerahan yang terhasil akibat pemecahan sel darah merah.
Ketika bayi masih dalam kandungan, tali pusat akan menyingkirkan bilirubin dari badan janin.
Selepas dilahirkan, hati bayi akan mengambil alih tugas ini.
Kalau hati bayi belum berkembang sepenuhnya, ia tidak akan dapat melakukan proses ini dengan berkesan.
 |
| Arash kena tahan di HKL |
Bacaan normal jaundice bayi:
Tahap bilirubin yang mencapai lebih dari 85 umol/l (5 mg/dL).
Tahap bilirubin yang terlebihi sedikit masih boleh dianggap jaundice bayi yang dapat dikawal.
Bacaan kuning bayi yang memerlukan rawatan fototerapi: Tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21 mg/dL).
Rawatan fototerapi akan membantu bilirubin untuk bertukar menjadi biliverdin yang lebih mesra tubuh dan senang dibuang melalui najis.
Pemberian susu yang secukupnya masih penting untuk menggalakkan penyingkiran biliverdin.
Bacaan jaundice bayi yang tidak normal:
Tahap bilirubin yang melebihi 428 umol/l (25 mg/dL) dan apabila tahan bilirubin gagal dikawal dengan rawatan fototerapi