02 February 2010

Pantai Merdeka

Ni singgah kat Pantai Merdeka
lepas balik dari kenduri kawen
hubby punya kawan
haha sbb tu la berbaju kurung ke pantai...
pukul 1 tghari...panasnya..

pantai ni takde pasir
tembok dibina utk menghalang ombak
dari menghakis pantai...



ada jugak yg nak enterframe..

huhu jangan tak tau
ada lagu Cinta Kita Dipantai Merdeka...

post signature

20 January 2010

Cream Puff

sedap utk minum petang..



Cream Puff
65 g tepung gandum
secubit garam
50 g mentega
150 ml air
2 biji telur, dipukul sedikit

Cara membuatnya
1. Ayak tepung dan garam
2. Jerang mentega dan air sambil dikacau hingga mentega cair.
3. Padamkan api, masukkan semua tepung ke dalam periuk, kacau pantas.
4. Bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan hingga suam.
5. Masukkan telur, kacau rata. Isikan ke dalam beg aising.

Picit adunan ke atas tin pembakar beralas kertas timah.
6. Bakar pada 220 C selama 20-25 minit atau hingga kembang dan keperangan.
7. Buka ketuhar, cucuk setiap paf dengan hujung pisau. Bakar semula selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk atas redai.

Inti Kastard
450 ml susu segar/UHT
150 ml krim putar
70 gm gula kastor
50 gm tepung kastard

Cara membuatnya
1. Jerang susu dan krim hingga panas tapi jangan sampai mendidih.
2. Campurkan gula dan tepung kastard ke dalam mangkuk.
3. Kacau adunan dengan pemutar belon (egg whisk) sambil menuangkan susu panas.
4. Jerang di atas api sederhana sambil dikacau hingga pekat. Bila sejuk barulah digunakan.

post signature

28 December 2009

Selamat Pengantin Baru..Doktor...

Alhamdulillah...sorg lagi kawan saya mendirikan masjid...
kawan yg pada mulanya dikenali di alam cyber
bertukar2 no hp..kemudian berjumpa..
saya mengenalinya ketika dia masih bergelar pelajar perubatan
sekarang dah graduate..dah bergelar doktor
Doktor Nor Sarina Ismail



saya tak berkesempatan utk menghadiri
kenduri dipihak perempuan
yg diadakan 26 dec lalu(besday saya..:)

ni kenduri di pihak lelaki
terimaksih kerana sudi datang menyerahkan sendiri kad jemputan
pada saya..byhand..

rumah pengantin lelaki di Felda Gunung Bongsu

Tasha...kat mana2 kenduri pun
cuma makan nasi je tanpa lauk pauk..
huhu tak tahan pedas.


makan bersuap...

gambar blurr sikit..
apapun iena tetap comei...

Tasha buat muka moody bila disuruh
posing kat pelamin..



Selamat pengantin baru
untuk iena dan ezan...
semoga berbahagia kehujung usia

post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.