10 March 2008

Aneka Kerabu

Kerabu Taugeh

Bahan
-Semangkuk taugeh-celur dan toskan
-Sebiji bawang besar-potong dadu-
-Sedikit kerisik
-Limau nipis/kasturi-amik jusnya
-Sebiji tomato masak-didadu
-Cili merah,cili padi,garam dan gula serta sedikit belacan

cara:
-Blend/ tumbuk cili padi,cili merah dan belacan bersama sedikit air
-Gaulkan bersama taugeh yg telah dicelur tadi
masukkan bawang besar yg dipotong dadu,tomato garam dan gula serta jus limau


Kerabu Suhun/Soohon

Salah satu resepi yg digemari-kerabu
tak kiralah kerabu sotong,mangga,taugeh dll
semuanya saya rembat
cuma satu ja
yg belum pernah dimasak
dan tak terasa nak makan
~~kerabu bronok~~a.k.a timun laut hehe



hari ni cuba kerabu suhun/soo hoon
atau apa2 ja la nama panggilannya

bahan:
suhun-rendam & celur sekejap,toskan
sotong-bersihkan,buang selaput kulitnya
dan celur sekejap
udang-buang kulitnya ,celur sekejap
limau nipis
cili merah/cili padi
bawang besar
tomato
garam/gula
daun ketumbar/daun bawang sbg hiasan



ni le hasilnya
sedap dimakan begitu saja


Kerabu Sotong




1/2 kg sotong – seeloknya pilih sotong putih
yg segar dan masih pejal
cuci bersih dan potong bulat
1 ulas bawang besar – dihiris nipis
2 biji tomato – dipotong kecil
2 batang serai – dihiris halus
2 biji cili merah – dicincang kasar
5 biji cili api – dihiris nipis
3 sudu besar sos ikan
1 ½ biji limau nipis
1 kuntum bunga kantan
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara

Sotong direbus dahulu hingga masak.
(jgn terlalu lama,lbh kurang 5 minit)
Toskan.
Kemudian campurkan semua bahan2 tadi
Senang,kan...

Kerabu Mempelam

Bahan-bahan
 1 biji mangga muda
 1 biji tomato
Sedikit ikan bilis-dibersihkan - digoreng
1 biji bawang besar - dimayang
5 tangkai cili padi - dipotong halus
1 1/2 sudu sos ikan
1 biji limau nipis
Gula secukupnya

 Cara-cara menyediakannya

 1. Satukan mangga muda dengan tomato yang dihiris halus.
 2. Masukkan sos ikan, bawang yang telah dipotong halus,
 selepas itu masukkan pula cili padi dan perahkan limau nipis
3.Masukkan ikan bilis yang telah digoreng - gaul hingga rata.
4. Akhir sekali, masukkan gula...




Solok Lada

Lada utk buat solok ni
dibawa oleh my sis dari kelantan
haha..dia siap bawak kelapa 2 biji
utk buat solok lada

dah hampir 2 minggu terperap dlm peti ais
hari ni baru ada mood nak buat

saya tak tau apa nama spesis lada ni
tp amat senang didapati di kelantan
selain dibuat solok
lada ni jugak sedap dibuat jeruk
makan bersama bihun atau mee

membuat solok lada mengunakan lada spesis lain
kurang sesuai a.k.a tak sedap..!!


mula2 belah lada ditengah2
mengunakan hujung mata pisau
kemudian buang biji/empulurnya
basuh dan toskan

bahan utk isinya:
-10 ekor ikan kembung/selayang
-sebiji kelapa-parut
(seeloknya kelapa yg masih muda)
-10 ulas bawang merah
-sedikit halia dan serai
-garam dan gula
-sebiji telur

cara2nya:
-rebus ikan,toskan kemudian asingkan isi dan tulangnya
-tumbuk bawang merah,kelapa dan isi ikan tersebut
-tambahkan sedikit garam dan gula (boleh juga gunakan gula melaka)
-masukkan sebiji telur

gaulkan hingga sebati
masukkan kedalam lada yg telah dibelah tadi
 ini rupa sebelum dikukus
utk memasaknya boleh direbus atau kukus

jika merebus
masukkan sedikit santan

ni rupa selepas dikukus
(kalau ada nasi kerabu..best ni..)



2 comments:

  1. Assalamu'alaikum..

    Aduh sedapnya kerabu sotong tu..
    Singgah sini & salam perkenalan.
    Jemput join GA saya (8-30 Disember 2014) di sini

    http://providenetwork.com/giveaway-mudah-di-providenetwork-com_tonton-video-menang-wang-tunai/

    - Zaleha Awaluddin -

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.