Telur Dadar Gebu
Memang gebu dan sedap seperti yg dimakan
kat kedai tomyam
tak perlu masukkan bawang besar,
cili atau mayonis atau daun bawang
(spt kat kedai tomyam tu,plain ja kan..)
pecahkan telur,masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis
pukul seketika
pastikan minyak telah betul2 panas
tuang telur dari jarak yg agak tinggi sedikit
ala2 buat teh tarik gitu
kecilkan api dan tunggu hingga telur masak
sebelum diterbalikkan
seeloknya supaya telur dadar benar2 garing dan cantik
cuma masak 1 atau 2 biji ja sekali masak
jika beberapa biji telur digunakan
ia akan menjadi tebal dan bahagian dalamnya tak garing
Peria Goreng
Sebiji peria
potong dan rendam dalam air garam sekejap
kemudian celur hingga layu dan toskan
Panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang besar yg dimayang hingga layu
masukkan udang atau ikan bilis
kemudian masukkan peria tadi bersama cili
masukkan sedikit garam dan angkat
Bendi Goreng
sebelum dipotong
basuh dan toskan dahulu bendi
kemudian baru dipotong
bendi yg telah dipotong tak boleh terkena air
kerana ia akan menambahkan lendirnya
-tumis bawang putih dan bawang besar
(dimayang terlebih dulu)
-boleh dimasukkan udang atau ikan bilis
kemudian masukkan bendi dan cili merah
jika suka,boleh pecahkan sibiji telur
jangan goreng terlalu lama
sekadar 2,3 minit ja
petua org cina utk mengubat diabetis
mengunakan kacang bendi
ambil 2 biji bendi
dan potong3,4
rendam dalam cawan berisi air panas...tutup cawan tersebut..
minum air rendaman bendi ketika air menjadi suam..
Ikan Pindang
bahan2:
600ml air
2 ketul isi ikan merah
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih*
kunyit hidup*
sedikit hali*
bahan bertanda bintang-ditumbuk
beberapa biji cili padi
2 btg serai
(cili padi dan serai dititik)
2 biji tomato
2 helai daun kunyit (terpulang)
jus limau nipis
Cara:
1-tumis bahan tumbuk hingga naik bau
2-masukkan cili padi dan serai
3-masukkan air,jus limau nipis,kunyit hidup yg ditumbuk dan ikan
biarkan mendidih
4-masukkan tomato dan daun kunyit
-jgn lupa letak garam
Gulai Ikan Masin Cara Kelantan
Gulai ikan masin/kering ni
biasa dimakan di Kelantan sbg lauk Nasi Berlauk
Bahan2nya:
Ikan masin -terpulang ikan jenis apa
santan 2 cawan
2,3 biji cili kering
2,3 ulas bawang merah
bawang putih 1 ulas
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas
asam keping(asam gelugur)
atau boleh gunakan belimbing buluh
cili hijau
garam
gula
jika suka tambahkan timun dan terung yang dipotong kecil2
Cara membuatnya:
Ikan masin dibasuh bersih dan direbus sekejap.
Bila menggelegak terus tutup api dan toskan
Cili kering direndam dan dibersihkan.
Kupas bawang, kunyit dan lengkuas.
Sementara itu masak santan yang ditambah air sesuai dengan kuantiti ikan
. Biarkan masak dengan api yang kecil.
Blend cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas.
Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk santan yang sedang dimasak.
Masak hingga kuahnya sebati dengan api yang kecil.
Masukkan ikan masin dan timun dan asam keping.
Tambahkan sedikit garam
Ikan Pari Air Asam
Ikan pari selain sedap dibuat kari,asam pedas
sedap jugak dicicah dgn air asam
(samada dibakar atau rebus)
Kadang2 ikan pari ni berbau sikit
kata org,ia berbau ketika bulan penuh
(saya pun tak tau betul atau tidak)
petua utk menghilangkan bau ikan pari
-selepas dipotong,rendam dalam bancuhan air kapur
ia akan menjadi berbuih2..
lbh kurang setengah jam...basuh dan toskan
ikan tu akan kelihatan putih seolah2 telah masak
-cara lain adalah rendam bersama beberapa biji limau nipis atau lemon
yg dibelah dua
Bahan2:
utk buat air asam
permintaan teman blog Aisy Nasiha
ni utk sekeping ikan pari
yg dipotong2 menjadi 4 ketul
-setengah cawan air asam jawa
-belacan (dibakar lg sedap)
-2 biji tomato yg telah masak
-sebiji bawang besar (di potong dadu atau dimayang nipis)
-cili merah dan segengam cili padi (mayang nipis)
-1 camca sos cili
-garam dan gula
-beberapa biji limau kasturi
-1 camca kerisik
-utk menambah aroma,boleh taburkan daun ketumbar yg dihiris
Gaul kesemuanya
dan masukkan ikan yg telah direbus
biarkan beberapa seketika sblm dimakan
supaya ikan tu menyerap rasa air asam tu
-semasa merebus ikan
masukkan sekeping asam gelugur
Gulai Ikan Talang
Bahan2:
300g tulang/isi ikan talang
1 paket serbuk kari ikan
bawang merah & bwg putih
semangkuk santan
beberapa helai daun kari
sedikit minyak utk mengoreng
2 biji terung bulat
1/2 biji nenas setengah masak
Cara masak
:
1)Tulang ikan/isi ikan direndam beberapa jam
utk mengurangkan rasa masin
2)Kemudian rebus ikan tersebut
bersama 1 paket serbuk kari
masukkan air hingga tenggelam ikan tersebut
rebus sehingga empuk isinya
3)Bila telah kering/hampir kering airnya
masukkan santan
4)Biarkan mendidih beberapa ketika
kemudian masukkan terung yg dibelah 4
dan nenas yg dipotong nipis2
(celurkan nenas terlebih dulu
jika tak mau kuah gulai terasa manis)
bwg merah,bwg putih dimayang nipis
rendam seketika bersama daun kari
dan sedikit halba campur
bila terung hampir empuk
goreng bwg yg direndam tadi
hingga layu dan wangi
kemudian cepat2 tuangkan
kedalam periuk berisi ikan tadi
(tuang bersama minyaknya sekali)
tutup cepat2
supaya aromanya terperangkap dlm periuk tu..
Udang Masak Lemak Belimbing Buluh
bahan2:
1/2kg udang sederhana besar
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
bawang putih 2 ulas
bawang merah 2 ulas
segenggam cili padi
2 btg serai
beberapa biji belimbing buluh
sedikit serbuk kunyit
caranya senang sgt
sesuai utk yg tak berapa rajin
berlama2an kat dapur
bawang putih,bwg merah
dan cili padi ditumbuk
masukkan kedalam santan
(satukan yg cair dan pekat)
serai diketuk2
masukkan sikit serbuk
kunyit dalam santan tu
bila dah mendidih
masukkan udang
bila udang telah masak
masukkan belimbing buluh
dan terus padamkan api
belimbing buluh ni
cepat layu
Udang Masak Masam Manis
Menu makan tghari ari ni
(sebetulnya kat rumah saya
cuma masak nasi 2,3 kali seminggu ja)
biasanya selang seli dgn pasta
spt spageti atau pizza
mee atau bihun
uadang masak masam manis ni
ala2 siakap/bawal masam manis
bahan:
-1kg udang sederhana besar
(saya kupas semua kulitnya
kerana Tasha tak pandai kupas kulit udang)
-2 camb cili kering yg dikisar
-sos cili
-sedikit sos tiram
-3 ulas bawang putih-diketuk
-2 labu bawang besar-dibaji
-sedikit halia
-cili merah dan cili padi
cara:
-tumis bawang putih
-masukkan cili kering yg dikisar
-masukkan sos cili dan sos tiram
-masukkan udang yg ditoskan
-masukkan sedikit garam
-akhir sekali masukkan bawang besar dan cili merah &cili padi
Udang Goreng Bersalut Tepung
-1/2 kg udang sederhana besar
-1 cawan tepung gandum
-1 camca tepung jagung
-sedikit garam
-sedikit serbuk penaik
-sedikit serbuk jintan manis & jintan putih
-sebiji telur
-2 ulas bwg putih
dan sebiji bwg besar-blend
gaulkan kesemuanya menjadi adunan
yg tidak terlalu pekat
atau terlalu cair
-toskan udang yg telah dibersihkan
(buang kepala,tinggalkan ekornya)
tos hingga benar2 kering
-pegang bahagian ekor udang
celupkan kedalam minyak yg telah panas
nyum nyum...
Kari Ikan Mamak
Beberapa hari lepas
saya mencuba kari ayam mamak punya style
hari ni cuba pulak kari ikan style mamak
mmg best...
yg penting,ianya 'sihat'
sbb tak menggunakan santan
bahan:
2 ketul isi ikan
atau kepala ikan lagi best
1 paket serbuk kari ikan
(gunakan lebih jika mahu kuahnya pekat)
5 biji bwg merah dan 3 ulas bwg putih - blend
3 biji bwg besar - hiris
air asam jawa mencukupi untuk kuah
3 biji tomato - belah 2,
beberapa biji bendi,
4 biji cili hijau dibelah dua
sedikit daun bawang
dan daun sup dipotong-potong 1 inch panjang
garam dan perisa secukup rasa
1 sudu kecil halba campur
dan 2 tangkai daun kari
5 sudu besar minyak masak
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bwg yg diblend
bersama-sama halba campur dan daun kari sehingga kekuningan.
2. Rempah kari dicampur dengan bawang yang
telah ditumbuk serta ditambah air dan sedikit air asam jawa.
Masukkan 3 biji bwg besar yang telah dihiris.
Tumis hingga pecah minyak
3.Masukkan secawan air
4. Setelah mendidih masukkan tomato yg telah dipotong
5. Lepas tu masukkan bendi dan cili hijau
6. Masukkan ikan
Perlahan kan api dan biar ikan masak perlahan-lahan.
Tujuannya supaya isi ikan tidak pecah.
7. Apabila ikan sudah masak, masukkan daun sup dan daun bawang
Singgang Ikan Tongkol
bahan2nya...sangat simple
-asam keping
-lengkuas
-bawang putih
-garam
-ajinomoto atau sedikit gula melaka
-cili hijau
masukkan semuanya kedalam periuk dan biarkan mendidih dgn api yg perlahan
Gulai Udang Campur Kacang Panjang
Bahan2:
-Udang -lagi besar saiznya lagi mahal lagi sedap..:)
-Bawang putih dan bawang merah-mayang halus
-Serbuk kari ikan
-Kacang panjang atau kacang buncis
-tomato (ikut suka)
-Daun kari
1)Tumis bawang besar &bawang merah hingga garing
2)Masukkan serbuk kari ikan yg dibancuh dgn air
3)Masukkan daun kari
4)Masukkan sebiji tomato yg dibelah 4..jika suka
5)Bila tomato telah hancur,masukkan air
(agak2 2 cawan)
6)Bila kuah telah pekat,masukkan sedikit santan..lbh kurang ssenduk
atau gantikannya dgn sedikit susu cair
7)masukkan udang dan kacang
8)Rasakan garamnya dan tutup api..
Dalca
Pokok remunggai berasal dari utara India dan Pakistan
Buah yang masih muda dimasak kari.
Isi dan bijinya dimakan manakala kulitnya yang berserabut dibuang.
Daun muda adalah sayuran tradisional dan dimasak mengikut resipi digemari.
Selain itu, sayuran ini menjadi penyedap rasa
atau untuk ramuan sup dan telur dadar.
sebelum dimasak
kikis dulu kulit luarnya yg berhabuk tu
kemudian potong2
sedap dijadikan salah satu sayuran dalam dalca
boleh jugak dimasak bersama daging
tanpa memasukkan sayuran lain
my dalca...
Daging Mas Merah
Bahan2:
-1/2 kg daging
-1 paket rempah daging
-5 ulas bawang putih
-7 ulas bawang merah
-1/2 inci halia
-beberapa helai daun kari
(blend semuanya kecuali rempah daging)
kemudian perapkan daging dgn bahan2 yg telah diblend tadi
-10 biji cili kering
-3 ulas bawang putih
-5 ulas bawang merah
-1 labu bawang besar
(blend semuanya)
tumis cili yg telah diblend bersama bahan2 lain tadi
bila naik baunya
masukkan daging yg telah diperap tadi
masukkan air,agak2 cukup utk membuatkan daging empuk
boleh juga dimasukkan tomato bila daging hampir masak
sedap dimakan bersama roti,nasi,ketupat atau lemang
Gulai Buah Remunggai/ Kacang Kelor bersama Udang
Biasanya buah remunggai
saya 'dalcakan' saja
tp kali ni hanya remunggai semata2 dicampur dgn udang
Buah remunggai
Udang sederhana besar
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serbuk kari daging
Serbuk kari ikan
Kunyit
Santan
Air secukupnya
Garam
Buah remunggai dikikis buang kulit hijaunya,
Cili padi, halia, dan bawang ditumbuk, gaul dengan sebuk kari daging dan ikan,
serta kunyit, masuk air sedikit.
Kemudian tumis sampai masak dan sedikit garing.
Masukkan sedikit air, didihkan dengan kacang yang telah dipotong
Kemudian masukkan udang
. Masak sampai lembut, sudah lembut, masukkan santan.
Renihkan
Resepi Ayam Ungkep
BAHAN-BAHANNYA :-)
Seekor ayam, potong saiz sederhana
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 biji cili hijau
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
sedikit kunyit hidup
Jika ikut rsepi asal
dimasukkan sekali kedalam blender tu
beberapa biji cili api merah
tp disebabkan saya tak mahu anak kecik kepedasan
saya skipkan cili padi tu
CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali,
tumis bahan kisar hingga naik baunya,
masukkan serai dan daun salam
kacau rata dan masukkan ayam.
Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam).
Biar mendidih.
Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam.
Masak dengan api sederhana hingga kering.
Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.Angkat..
Rendang Ayam Istimewa
Bahan A:-
1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
3 helai daun kunyit (disiat)
2 keping asam gelugor
Gula
Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
kunyit hidup
15 tangkai cili kering
(jika mahu lbh pedas,tambahkan cili padi
masukkan sebiji2 kedalam rendang)
Cara Memasak:-
Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisik, daun kunyit, garam dan gula)
ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati.
Masukkan santan,garam, gula dan kerisik, daun kunyit
(saya tambahkan daun limau purut)
Sesuaikan rasa.
Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang pada kegemaran masing masing.
sedap dimakan dgn ketupat,lemang atau roti
saya letak lbh kunyit hidup
utk lbh kuning kalernya
dan lbh wangi aromanya
Singgang Daging
Orang Kelantan memang tersohor dengan masak singgang2 ni.
Singgang ikan, singgang daging, singgang kacang bendi dan macam2 singgang lagi la
Selain daripada mudah disediakan,
singgang daging ini tidak menyebabkan orang jemu/muak
memakannya tidak seperti masakan sup atau kari.
ni antara bahan2nya
1/2 kilo Daging(dihiris nipis), sedikit tulang, sedikit daging berlemak.
8 ulas bawang merah~dimayang
5 ulas bawang putih~dimayang
2 inci halia~dimayang
1 1/2 inci lengkuas~dimayang
segengam ketumbar biji~ditumbuk separuh lumat
6 biji cili kering~dipotong,dibersihkan dan direndam dengan air panas.
sedikit gula manisan/gula melaka( lebih kurang 1/2 keping)
1 keping asam keping gelugur.
garam secukup rasa
air untuk kuah.
Cara membuatnya.
1. Air anggaran cukup untuk daging 1/2 kilo di atas api.
2. Masukkan bahan2 yang dimayang, ketumbar, asam keping, daging, tulang dan daging berlemak.
3. Biarkan kuah mendidih sehingga daging dan tulang empuk.
4. Masukkan cili yang telah direndam, garam dan gula melaka. Biarkan semua bahan mesra.
5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat.
Ayam Goreng Halia
Bahan:
2 keping dada ayam
halia dipotong nipis
(saya suka letak halia dgn banyak)
bawang merah + bawang putih blend (utk tumis)
2 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 biji cili padi
1 sudu kecil tepung jagung
sedikit lada hitam
2 sudu sos tiram
CARA-CARA
perap ayam yang dipotong kecil dengan sos tiram,
sedikit serbuk lada hitam
dan sedikit garam..
(lagi lama perap lagi sedap)
panaskan minyak dan goreng..
ada juga orang tak goreng..
saya goreng hingga ayam sedikit kekuningan
angkat..
dan tumis bawang putih + bawang merah dan halia hingga kekuningan. .
Kemudian, masukkan 2 sudu sos tiram..
kacau rata dan masukkan sedikit air..
masukkan ayam tadi kacau rata
dan masukkan cili merah, bawang besar dan cili padi...
kemudian masukkan tepung jagung
yg telah dibancuh dgn sedikit air
Gulai Daging Tanpa Santan
Dah lama jugak saya
tak mengunakan santan dalam masakan
samada mengantikannya dgn susu cair atau yogurt
Ada yg kata ianya mahal
setin susu cair bkn digunakan sekaligus
petuanya..masukkan ia di akhir sekali
(beberapa minit sebelum api ditutup)
Supaya kuah menjadi pekat
blend bawang besar/ merah
bawang putih dan halia
tumis hingga naik bau
jika ianya dihiris nipis kemudian ditumis
kuah tidak menjadi pekat
juga masukkan tomato selepas bahan yg ditumis naik bau
biarkan tomato hancur
baru dimasukkan ayam/ daging/ ikan
roti ni dicicah gulai sangatlah mebeles..
ataupun dimakan dgn pulut kuning
jgn pulak guna susu cair utk buat pulut kuning
gunakan santan dlm kotak
Gulai Ayam Campur Rebung
Bahan:
-500g rebung
(jika rebung fresh
rebus terlebih dahulu)
-ayam-ikut suka nak letak sebanyak mana
Panaskan minyak dan kemudian tumiskan bahan-bahan dibawah
8 biji bawang merah-dihiris
4 ulas bawang putih-dihiris
daun kari
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci halia
4 sudu makan serbuk kari-dibancuh sedikit dengan air hingga jadi pes.
2 cawan santan
-kemudian masukkan ayam
-bila hampir empuk dan hampir kering airnya
masukkan santan
diikuti dgn rebung
jika suka,masukkan sedikit kerisik
rasakan garamnya..bolehlah diangkat..
Saya bukan org Melaka
malah kaki ni belum pernah jejak Melaka lagi..:(
tapi menu mereka mengoda citarasa
seperti asam pedas
dan sambal yg authentic ni
sambal ni boleh dibuat dalam kuantiti yg banyak
dan simpan dalam peti sejuk
boleh digunakan sbg perencah nasi goreng
atau dicicah dgn ikan/ ayam bakar
sedap jugak dimakan dgn ulam2an.
Bahan2:
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 biji cili merah
5 biji cili padi (saya tambahkan)
5 biji buah keras
udang kering-rendam dan toskan
sedikit belacan
garam dan sedikit gula
pes asam jawa
Cara2:
samada nak tumbuk atau blend
-blend belacan,bawang putih dan buah keras bersama sedikit air
-masukkan bawang merah dan udang kering
-masukkan cili merah dan cili padi (jgn terlalu hancur)
-panaskan minyak dan goreng
bahan yg diblend tadi
-tambahkan pes asam jawa,gula dan garam
-goreng hingga pecah minyak
tadaaaa...
(sepatutnya sambal ni merah menyala
tp dek saya tambahkan cili padi kaler hijau
warnanya sikit keperangan)
Kari Ayam Mamak
anak mkn bersama nasi putih
saya makan bersama roti putih
Pada yg nak cuba
boleh ikut resepi ni
bau dan rasanya mmg umpphhh...
* 1 ekor ayam - dipotong ikut suka
* bahan A:
10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.
* bahan B:
1 biji bwg bsar, dihiris2.
4 tangkai daun kari,
1 batang kayu manis,
3 kuntum bunga lawang
* bahan C:
2 biji tomato,
2 btg serai diketuk
2 helai daun pandan
* bahan D:
8 sb serbuk kari ayam
1/2 sk srbuk kunyit
sedikit serbuk cili kering (yg tak suka pedas,tak payah masukkan)
dan gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat
* beberapa biji ubi kentang
* 3 cwn santan atau susu cair
* bahan E:
serbuk lada hitam,
serbuk lada sulah,
serbuk ketumbar,
serbuk jintan manis.
kuantiti, ikut yg anda suka)
* garam secukup rasa
CARA2:
1) tumis bahan A
sehingga naik bau kemudian masukkan bahan B
dan bahan C
Tumis hingga daun kari agak garing.
2- masukkan ayam dan ubi kentang.
Tutup periuk.
masa menumis ayam ni mesti anda akan
mula terbau aroma wangian masakan ni.
bau harum daun pandan dan serai
3- masukkan sedikit air,
dan tutup periuk semula
biarkan lebih kurang 5 minit atau
sehingga air aroma ayam tu keluar.
4- bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan D
dan bahan E
masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati.
selalu tutup periuk dan masak dgn api pelahan.
5-bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk,
barulah masukkan santan/susu cair dan garam.
Gulai Telur Itik
bahan-bahan
10 biji telur itik
3 cawan santan
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
sedikit halia *
sedikit kunyit hidup *
beberapa biji cili padi *
(bahan bertanda * diblend)
3 batang serai-diketuk
2 keping asam gelugur
boleh digantikan dgn belimbing buluh..lagi sedap
(tp saya takde la pulak)
2 helai daun kunyit
1-masukkan bahan2 yg diblend kedalam santan
2-masukkan asam keping/belimbing buluh
3-bila telah mendidih,masukkan telur sebiji demi sebiji
(telur dipecahkan terlebih dulu kedalam mangkuk
dan tuang dgn perlahan kedalam santan yg sedang mendidih)
4-masukkan garam dan daun kunyit
5-kacau dgn perlahan2,sekali sekala supaya telur tidak pecah
-6-matikan api bila telur telah masak
-
Masak Lemak Pucuk Ubi Kayu
kalau di pasar di tempat saya...Kulim..
seikat berharga rm1...
itupun dicampur dgn pucuk2 yg telah tua
selain dicelur utk dibuat ulam
pucuk ubi kayu sedap dimasak lemak cili api
-celurkan terlebih dahulu pucuk ubi
-toskan,kemudian dihiris2
-tumbuk bawang merah,cili api,kunyit hidup
-masukkan kedalam santan
-boleh dicampur udang,ikan bilis atau ikan pekasam
Resepi Sambal Hitam
BAHAN-BAHANNYA
10 biji belimbing buluh rebus
20 biji cili padi
segenggam ikan bilis
(rendam sekejap dan toskan)
6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
kicap manis secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak utk menumis
CARA MEMBUATNYA
Cuci belimbing buluh
Masukkan ke dalam periuk,
, JANGAN letak air.
Masak dengan api perlahan hingga belimbing
mengeluarkan jusnya sendiri, nak cepat, masa masak tu,
tutup periuk sekejap, nanti ia akan berwap dan cepat berair.
Kemudian kacau dan kecilkan api pada tahap minimum,
masak hingga belimbing kecut dan jusnya kering.
Pastikan anda kacau setiap 1 - 2 minit sekali
hingga ia bertukar menjadi gelap.
Matikan api dan sejukkan.
UNTUK BAHAN SAMBAL :-
Tumbuk cili padi hingga lumat,
tumbuk 3 ulas bawang merah dan ikan bilis hingga lumat,
tapi jangan halus sangat.
Tumbuk juga 1/2 cawan belimbing buluh rebus tadi,
UNTUK SAMBAL HITAM PAHANG :-
Panaskan minyak dalam kuali,
tumis bawang hiris hingga harum,
masukkan semua bahan2 tumbuk sekali gus
(cili padi, bawang merah, ikan bilis dan belimbing rebus),
kacau rata dan tumis hingga bahan2 tadi nampak garing,
masak dengan api sederhana.
Tambah kicap manis, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa,
kacau rata dan masak dengan api kecil hingga sambal menjadi kering
secukup rasa-masam,manis,masin,pedas
boleh dimakan dgn ulam2an atau apa saja
Resepi Asam Pedas Keladi
-300g keladi
-2 ekor ikan(ikut suka ikan apa-kembung,termenung dll)
-beberapa keping asam keping
-10 biji cili kering
-3 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-sedikit belacan
-sedikit daun kesum
-garam
Cara2:
-rebus/celur keladi sekejap,masukkan beberapa keping asam gelugur
utk menghilangkan gatalnya (miang keladi)
-kemudian toskan
-blend cili kering,bawang dan belacan
-masukkan kedalam periuk,masukkan air
-masukkan keladi yg ditoskan tadi
dan masukkan ikan
versi rajin:
ikan direbus terlebih dulu,asingkan isi dan tulangnya
masukkan kedalam kuah
versi malas:
ikan terus dimasukkan kedalam kuah
bila telah hancur isinya,keluarkan tulang ikan tersebut
-masukkan daun kesum,garam dan sedikit gula/serbuk perasa
Kerabu Sotong Ala Thai
Bahan2:
10 ekor sotong
bersihkan..buang kulitnya
potong dan celur sekejap kemudian toskan
-cili padi dan cili merah-potong nipis
-seulas bawang besar-potong
-sebiji tomato-potong dadu
-sos ikan
-sebiji limau kasturi
-sebatang serai-potong nipis
-gula perang
Hiasan-daun sup dan daun bawang
Cara2nya:
gaul kesemua bahan
rasakan masam,manis dan masinnya
sedapnya menu kat sini kak..boleh share
ReplyDelete