10 June 2010

Pulut Dakap


pulut dakap...
tak pasti pulak saya apa namanya kat tempat lain
tp kat tempat kelahiran saya,kelantan...
kuih ni dipanggil pulut dakap..
huhu sikit punya romantis apa...

nak buatnya tak la sesusah mana
yg perlu...rajin je..:)




memula masak santan yg diambil dari 2 biji kelapa
masukkan gula,garam dan daun pandan


kemudian masukkan beras pulut

yg telah direndam beberapa jam


ambil sedikit,ratakan diatas daun pisang


letakkan pisang yg telah dibelah dua
jgn gunakan sebarang pisang
kerana tidak semua pisang sesuai digunakan
saya gunakan pisang abu


kemudian balutkan pisang tersebut dgn lapisan pulut tadi
saya suka letakkan lapisan pulut yg tebal...


lepas tu...ikat elok2...
jgn terlalu ketat atau terlalu longgar.


ni sebelum dikukus..


dan ni pulak selepas dikukus...sedia utk dimakan...
tp lbh sedap makan lepas ia betul2 sejuk...
post signature

9 comments:

  1. lebih sedap sekiranya didakap sehari semalam ketika tidur sblm dimakan... :D

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Wah sedap nih. Kalau ikat tak kejap, ayaq masuk, cepat basi.

    ReplyDelete
  3. Kam, saya memang suka pulut dapat inti pisang ni..Dah lama mencari resepi. Nanti nak cuba buat. Selain pisang abu, pisang apa lagi yang sesuai? Pisang raja ok ke?

    ReplyDelete
  4. z...tu bkn dakap pulut pisang dah tu....

    ReplyDelete
  5. adimuz..kalau ikat tak kuat...terbuka nanti bila dikukus sbb pulut tu mengembang..kalau direbus...masuk air...betul tu,cepat basi

    ReplyDelete
  6. Salam..:)
    Tak pernah mkn...mesti sedap kan...

    ReplyDelete
  7. tirana...pisang abu yg paling sedap dan sesuai...

    ReplyDelete
  8. Salam
    Apa khabar? lama kita x kunjung. Harap masih dalam kenangan.
    Kuih traditional pulut n pisang.
    Hemm macam nak beli ni terliur..memang pakar memasak apa ja kamsiah ni..tahniah ya.

    ReplyDelete
  9. kamsiah..nama bukan main romantik kan..akak memang suka ni..tapi tak pernah lagi buat sendiri..beli aje..tapi tak jumpa kat sini..kalau pi kelantan tu..macam2 kuih akak makan memang sedap2 semuanya..yang akak paling suka..sotong yang ada isi pulut tu..dengan bunga tanjong..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●