28 October 2010

Jus Limau Kasturi + Asam Boi

Biasanya bila buat air limau kasturi
campur dgn asam boi
saya cuma belah dan perah ja limau kasturi tu
tp hari ni rajin la pulak

memula kupas limau kasturi
sebelum diblender
belah dua dahulu limau tu
buang bijinya
kalau tak,pahit rasa jus yg dibuat nanti..

asam boi


ditapis...ditambah gula
tambah ketul ais...sedia diminum

lagi satu cara menikmati limau dan asam boi ni
potong/belah liamu tersebut
masukkan asam boi ditengah2nya
mujarab diamalkan ketika pening/sakit kepala/loya2..
sedap...

post signature

27 October 2010

Air Tangan Ibu



Selalu kita dengar orang menyebut-nyebut tentang ‘air tangan’ ibu
Masakan hasil sentuhan tangan ibu lebih sedap dan berkat.
Walaupun ibu masak gitu-gitu saja,
letak bahan ala kadar tapi anak-anak
dan suami makan berselera.
Sedap macam mana pun makanan di luar,
sedap lagi masakan ibu di rumah.
Sebab apa?
Sebab ibu masak dengan hati dan perasaan.
Ibu niatkan di hati untuk sediakan hidangan yang
terbaik dari sentuhan tangannya sendiri
buat anak-anak dan suami.
Perasaan kasih dan sayangnya tertumpah di situ –
sambil dia memotong sayur, menyiang ikan,
menggoreng, menumis dan sebagainya.
Ini menunjukkan kerja-kerja mengurus
rumah tangga melibatkan jalinan emosi dan tautan hati.
Ia bukan sekadar kerja fizikal.



Bagi seorang wanita yang sudah berkeluarga,
sememangnya dia berkewajipan menyibukkan
diri mengurus rumah tangga dan
anak-anaknya dengan tangannya sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"… dan seorang isteri adalah pemimpin bagi
rumah suami dan anak-anaknya,
dan dia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka…"
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)



Walau sibuk membantu suami mencari nafkah keluarga
atau memberi sumbangan fardu kifayah kepada masyarakat,
sentuhan tangan isteri tetap perlu dalam kerja-kerja di rumah.
Ini terutamanya dalam kerja memasak,
menghidang makanan, melayan suami, mengurus anak-anak
dan sebagainya iaitu kerja-kerja yang melibatkan emosi.
Di situ saluran bagi isteri atau ibu menumpahkan
perasaan keibuan atau kewanitaannya


1. Penyediaan makan minum sekeluarga

Oleh kerana isteri dan ibu tadi memasak
"dengan hati dan perasaan",
suami dan anak-anak dapat merasa kasih sayang yang
ditumpahkan itu melalui hidangan yang dimakan.
Di samping ada keberkatan pada makanan itu
, ada kesan psikologi di sebaliknya.
Ia membuatkan suami dan anak-anak semakin
jatuh kasih pada isteri dan ibu mereka.

Lebih-lebih lagi jika sewaktu menyediakan makanan,
sambil basuh beras atau menanak nasi,
lidah isteri sentiasa basah dengan zikir dan selawat.
Disertakan pula dengan niat untuk dapatkan keredhaan Allah,
hidang makanan yang halal untuk keluarga,
membahagiakan keluarga atau lain-lain niat yang murni.
Pastilah bertambah keberkatannya.

Kesan ‘air tangan’ ibu akan lebih terasa bagi anak kecil
yang disuapkan makanannya oleh ibu.
Sesetengah ibu mengunyahkan makanan sebelum
disuapkan ke mulut anak agar kasih sayangnya dapat
berbaur sekali dengan air liurnya untuk dicicip oleh anak.

2. Hidang minuman untuk suami

Waktu suami balik kerja, sedang duduk membaca
di rumah atau baru selesai membersihkan halaman,
siapa yang selalunya hidangkan air untuk suami?
Perkara ini mungkin kecil tapi memberi kesan yang
besar pada hubungan suami isteri.
Tangan yang sering membawa hidangan minuman
itu sebenarnya tempat tumpahnya kasih sayang suami.

3. Raikan suami dan anak-anak di muka pintu

Isteri sendiri patut
meraikan suami yang hendak keluar bekerja
Anak-anak yang hendak melangkah keluar ke sekolah
juga perlu diraikan di muka pintu oleh ibu mereka.
Begitu juga sewaktu suami dan anak-anak balik.
Cara ini akan memberi kesan psikologi yang amat
mendalam di hati suami dan anak-anak.


4. Mandikan anak
Sentuhan lembut tangan ibu pada tubuh anak waktu dimandikan
juga dapat mentautkan emosi ibu dan anak.
Ada petua orang tua-tua yang
menggalakkan ibu atau bapa
membiarkan air mandiannya jatuh
ke tubuh anak ketika mereka sama-sama mandi.
Supaya anak jadi rapat dan mudah dengar kata.

5. Kejut anak bangun tidur

Mengejutkan anak untuk bangun Subuh adalah sebahagian
dari agenda dalam pengurusan rumah tangga terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat awal remaja.

Sentuhan tangan ibu yang dirasai oleh anak di permulaan
hari pasti ada keberkatannya dan berbekas di hati anak.
Terutama apabila dibisikkan sekali doa,
zikir atau selawat di telinganya.

6. Menyelia kerja anak-anak
Anak-anak perlu dilibatkan dalam
kerja pengurusan rumah tangga.
Paling tidak kerja yang melibatkan keperluan
mereka sendiri dan memenuhi keperluan ibu bapa
sebagai khidmat bakti mereka.
Ini memerlukan sentuhan peribadi
seorang ibu dalam menyelia kerja anak-anak.
menunjuk ajar itu terjalin hubungan intim ibu-anak
sambil anak dilatih berdikari dan berbakti.

Sabda Nabi s.a.w.: "Semoga Allah memberikan kasih
sayang kepada orang tua yang
mendidik anaknya untuk berbakti kepada dirinya." (Riwayat Abu Asy-Syeikh)



"Di sebalik kejayaan seorang lelaki
pasti ada wanita di belakangnya".

Oleh itu jangan pandang kecil pada seorang suri rumah
yang kerjanya setiap hari hanya mengurus rumah tangga.
Namanya mungkin tidak pernah disebut-sebut orang.
Dibayar gaji apatah lagi diberi anugerah
Tetapi kejayaannya membereskan urusan-urusan rumah tangga
melalui sentuhan peribadinya harus diberi penilaian yang tinggi.
Kerana bermula dari suasana rumah tangga yang beres itu,
dia mampu membentuk jiwa anak-anak yang cemerlang
dan menjadi pendorong utama di
belakang kejayaan suami di luar rumah.

post signature

26 October 2010

Aku Masih Setia

(jika inginkan tudung bawal terbentuk cantik
sebelum di iron,golek2kan/tonyoh2kan lilin
dibahagian muka/kepala/bahagian yg hendak dilipat
bila di iron,lilin tu akan cair,pastu mengeras
senang dibentuk)


Opppss...kedengarannya mcm tajuk lagu pulak...
entri kali ni pasal 'kesetiaan' saya
setia pd apa?siapa?

Saya ingin bercakap mengenai tudung
'tudung segera' yg digilai hampir kebanyakan wanita sekarang
Ariani la,,Fareeda la...
ntah..mcm2 jenama

Sebenarnya saya tak pernah membelek2
apatah lagi utk membeli serta memakai tudung segera ni
begitu jugak dgn anak2...
ohh..saya ditanya oleh kakak ipar
yg perasan saya dan anak2 tak pernah memakai tudung mcm ni

saya tak minat...!!!
tak berkenan material tudung tu
rekaannya,lip lap lip lap nya
pendek kata...bkn selera saya

bukan sedikit yg menjadi 'mangsa' tudung segera ni
maaf jika cakap
ada yg singkat...seperti dipakai rahib
ada yg berbonggol ala2 sanggul..

biarlah dikatakan ketinggalan
saya masih setia dan selesa
mengenakan tudung bawal
yg kainnya tak 'melekat' di dada


ohhh...terpulang la pd selera masing2..:)

"bertudung tak semestinya seseorang tu telah menutup aurat
tp utk menutup aurat,seseorang tu wajib bertudung..."

18 October 2010

Petik Cendawan..Masak Cendawan...Makan Cendawan

Mungkin ada diantara kekawan
yg dah tau
especially kekawan lama blog ni
my hubby buat part time tanam cendawan






ni bkn indon maid hehe
anak sedara hubby yg menolong memetik dan memasarkan
cendawan


'segar dari ladang...'
selepas dipetik
terus dipotong tangkainya supaya cendawan
tidak lg 'mengembang'...

antara menu lunch ari ni
cendawan goreng
sayur campur pun sodappp...

post signature

15 October 2010

Cucuq Udang Kuah Kacang

Kekawan makan apa
utk minum petang,ptg ni?

adunan ni disediakan tghari tadi lagi
petang baru digoreng
sesambil jamu kekawan anak yg datang
menyiapkan kerja sekolah bersama




saya suka menggunakan daun bawang
mengantikan daun kucai
sbb cucur udang akan lbh wangi
dan ranggup

pesan anak saya
jgn letak banyak daun,taugeh atau bawang
budak2 mmg tak suka mkn sayur...


kuahnya..kuah kacang dan sos cili
haha..kuah kacang tu
kuah satay yg tak habis...
disimpan dlm peti sejuk

post signature

Sama Tapi Jangan Serupa

Dah berapa kali saya bertukar layout/background blog?
jawapannya...tak terkira...
sebabnya...
saya tak boleh tgk background
blogger lain sama mcm saya punya hehe..
teruk,kan..!

maka dgn itu
saya sanggup mengadap pc
edit segala html
supaya tak sama dgn org lain...
saya tak suka 'cat' rumah saya mcm org lain
saya tak suka dekorasi dlm 'rumah' saya
mcm rumah org lain..

hmmmm...sama boleh
tp jgn serupa..



post signature

pelukpeluk

14 October 2010

Rebung...Satu Nostalgia

Rebung...satu nostalgia....
dizaman kanak2 dulu,saya amat suka
mak masak rebung yg fresh
nak masak,pergi amik rebung kat perdu buluh
mak masak simple ja,masak lemak putih
tp cukup membangkitkan selera
rebung tersebut dicincang dulu
dicelur,kemudian baru dimasak
kdg2 dicampur dgn pucuk asin2

satu hari mak dan ayah takde kat rumah
dan saya teringin nak buat masak lemak rebung
siap dgn parang dan cangkul sekali
tp alangkah terkejut 'beruk' saya
hingga lari lintang pukang
cangkul dan parang tercampak kemana

kerana berhampiran perdu buluh tersebut
ada seekor beruk(jiran punya) ditambat
beruk tu gunanya utk memanjat kelapa
sekali beruk tu menyerigai
mau tak cukup tanah saya lari

hari ni..
nak makan rebung
bila2 masa ja boleh dibeli
yg fresh,yg dijeruk
atau yg dah dimasak

rebung ni dah lama tersimpan dlm peti ais
anak2 saya merunggut
rebung tu busuk katanya..

Ianya sedap dimasak bersama udang
ayam,daging,perut lembu atau tulang
jika masak bersama udang
saya gunakan perencah ikan (Baba's)
jika dimasak dgn ayam,tulang,daging
gunakan perencah utk ayam/daging
jgn lupa masukkan seinci hali
kerana rebung ni berangin(org kata)

post signature

09 October 2010

Kari Ikan Mamak

Beberapa hari lepas
saya mencuba kari ayam mamak punya style
hari ni cuba pulak kari ikan style mamak
mmg best...
yg penting,ianya 'sihat'
sbb tak menggunakan santan

bahan:


2 ketul isi ikan
atau kepala ikan lagi best
1 paket serbuk kari ikan
(gunakan lebih jika mahu kuahnya pekat)
5 biji bwg merah dan 3 ulas bwg putih - blend
3 biji bwg besar - hiris
air asam jawa mencukupi untuk kuah
3 biji tomato - belah 2,
beberapa biji bendi,
4 biji cili hijau dibelah dua
sedikit daun bawang
dan daun sup dipotong-potong 1 inch panjang
garam dan perisa secukup rasa
1 sudu kecil halba campur
dan 2 tangkai daun kari
5 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bwg yg diblend

bersama-sama halba campur dan daun kari sehingga kekuningan.

2. Rempah kari dicampur dengan bawang yang

telah ditumbuk serta ditambah air dan sedikit air asam jawa.

Masukkan 3 biji bwg besar yang telah dihiris.

Tumis hingga pecah minyak

3.Masukkan secawan air

4. Setelah mendidih masukkan tomato yg telah dipotong

5. Lepas tu masukkan bendi dan cili hijau

6. Masukkan ikan

Perlahan kan api dan biar ikan masak perlahan-lahan.

Tujuannya supaya isi ikan tidak pecah.

7. Apabila ikan sudah masak, masukkan daun sup dan daun bawang


Sambal Terung

Bahan:
2 biji terung panjang
ikan bilis(digoreng hingga garing)
5 ulas bawang putih
dan 6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
10 biji cili kering
sedikit belacan

semua bahan diblender,kecuali ikan bilis
tumis hingga naik bau
kemudian masukkan setengah cawan air
bila mendidih,
masukkan terung yg telah dipotong menyerong
bila kuahnya telah pekat
(dan terung telah layu)
masukkan ikan bilis dan sedikit garam..


post signature

07 October 2010

Kari Ayam Mamak

Dah lama rasanya saya
tak buat entri pasal makanan/resepi
kali ni nak share dgn kekawan
kari ayam mamak punya style..
mmg sedap dan fulamakk..aromanya...



* 1 ekor ayam - dipotong ikut suka
* bahan A:

10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.

* bahan B:
1 biji bwang bsar, dihiris2.
4 tangkai daun kari,
1 batang kayu manis,
3 kuntum bunga lawang

* bahan C:

2 biji tomato,
2 btg serai diketuk
2 helai daun pandan


* bahan D:

8 sb serbuk kari ayam baba's
(atau sebarang jenama)
1/2 sk srbuk kunyit
sedikit serbuk cili kering (yg tak suka pedas,tak payah masukkan)
dan gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat
* beberapa biji ubi kentang
* 3 cwn santan atau susu cair

* bahan E:

serbuk lada hitam,
serbuk lada sulah,
serbuk ketumbar,
serbuk jintan manis.
kuantiti, ikut yg anda suka)
* garam secukup rasa

CARA2:
1) tumis bahan A
sehingga naik bau kemudian masukkan bahan B
dan bahan C
Tumis hingga daun kari agak garing.

2- masukkan ayam dan ubi kentang.
Tutup periuk.
masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni.
bau harum daun pandan dan serai

3- masukkan sedikit air,
dan tutup periuk semula
biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.

4- bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan D
dan bahan E
masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati.

selalu tutup periuk dan masak dgn api pelahan.

5-bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk,

barulah masukkan santan/susu cair dan garam.

Sunggud sedap..!!
dimakan bersama roti putih,roti jala,sebarang jenis nasi...




post signature

05 October 2010

Balik Kelantan (Part 3)

Hari terakhir di kampung
terpaksa balik pada hari sabtu
sbb anak2 bersekolah pada hari ahad

sebelum berangkat pulang
singgah di pusara arwah emak
telah 6 tahun emak pergi



sepi seorang ayah
meniti hari2 tua
meskipun ada penganti
tak sama dgn yg telah pergi

Alamakkk...terbabas ke Terenganu la pulak..
sebenarnya dari kampung saya ke Jerteh
cuma mengambil masa lbh kurang setengah jam saja
saja ronda2...perabih minyak kereta




Saya tak pasti apa nama masjid yg cantik ni
apa yg best ttg terenganu...?
saya suka trafficnya yg tak sibuk...tenang ja...
kalau dibandingkan dgn Kulim...jauh bezanya


persinggahan wajib-Bukit Bunga,Jeli
biasanya kat sini saya beli beras pulut,beras wangi dan beras nasi dagang
ori dari Thailand

apa yg berketul2 tu?
najis gajah ditepi lebuhraya
pernah sekali terserempak dgn gajah ditepi jalan
jgn pelik jika anda melalui lebuhraya timur-barat
anda akan jumpa signboard 'gajah melintas''kijang melintas'
.
berhenti rehat dan makan di Tasik Banding








Dataran Juang Tentera Darat
saya tak tau samada tempat ni dibuka utk
org awam atau tak
tp semasa kami berposing sakan kat situ
siap panjat2 kereta kebal tu lagi
takde pulak tentera yg datang melarang


waktu ni matahari terpacak diatas kepala
mata pun takleh buka luas2..



senarai nama perajurit yg terkorban
semasa operasi darurat kedua(1968-1989)
mereka berkorban hingga ke titisan darah terakhir

post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.