29 September 2011

Ulangtahun perkahwinan ke 20....

Tanggal 29 sept begitu istimewa
kerana pada tarikh keramat ini
termeterainya sebuah ijabkabul
29/9/1991

perjanjian itu...
bkn sekadar goncangan tangan
yg dia menerima qabul dari tangan ayah

perjanjian itu...
merupakan perjanjian dilangit dan dibumi
perjanjian diatas nama ALLAH
atas nama agama Islam yg suci
bersaksikan para malaikat dan Rasul
bahawa aku adalah isterinya
dan dia adalah suamiku



selamat ulangtahun perkahwinan ke 20 my beloved...


saat manis berbulan madu tetap segar diingatan




18 September 2011

Ladang Anggur Tasik Beris

Di utara ni
yang saya tahu
ada 2 tempat yg menanam anggur
iaitu di Perlis dan Sik,Kedah

Pertama kali datang kesini
ladang anggur Tasik Beris









tiket berharga rm3






bandingkan harga kat sini
dgn kat pasar malam atau kedai buah hehe











 empangan beris yg mendamaikan..







07 September 2011

Di kaki Genting

Otw balik dari Gambang
melepakan penat sesambil menyedut udara segar'
di kaki genting highlands

Genting strawberry park ni baru ja dibuka





tiap kali saya berspek hitam
anak saya kata mcm
artis yg baru keluar dari mahkamah syariah







utk keluar dari tempat ni
anda terpaksa melalui deretan kedai cenderamata
yg merambangkan mata...

labu yg sangat besar
kalau dimasak
mau boleh diagih2kan satu kampung


degil...
dah dilarang sentuh
tp saya bkn setakat sentuh
siap peluk2 lagi


ni labu ke timun...


bunga2an....setiap wanita mesti sukakannya





06 September 2011

Universiti Malaysia Pahang

Ahad...4/9
selesai bersarapan terus ke UMP...
hanya beberapa minit dari homestay
pendaftaran bermula jam 9 pg
tp ramai yg datang awal


khemah yg menempatkan para ibubapa/waris
proses pendaftaran yg lancar
tak sampai setengah jam
semuanya dah siap

bergerak ke kolej kediaman
oohhh..rupanya yg mendaftar awal
dapat rumah kediaman yg paling dekat

ni kolej kediaman 2(utk lelaki)


senior yg banyak membantu



bantal peluk busuk pun bawak jugak...
1 bilik 2 org
satu rumah 8 org (4 bilik)

disinilah beliau akan berdikari
bermula kehidupan sbg mahasiswa
menimba ilmu utk masa depan

05 September 2011

Kulim-----Kuantan


Jumaat...2 hb 9
seawal jam 3 pagi kami bertolak ke Gambang,Kuantan
utk menghantar anak sulung ke UMP
suami sengaja bertolak awal supaya kami mempunyai sedikit lebihan masa
utk meronda sekitar bandar Kuantan

saya cuma tido sejam lebih ja sblm bangun pukul 2.30 utk bersiap
anak2 ada yg tak tido
sibuk packing barang

dalam perjalanan
masing2 pening kepala,loya,
dek tak cukup tido..
Alhamdulillah...sebaik lepas solat subuh di R&R Tapah
pening dan loya saya terus hilang


kami tiba di Gambang sekitar pukul 12 tengahari
setelah duduk dalam kereta lbh kurang 9 jam
otak cuma terbayang bantal dan tilam ja

ni homestay yg disewa


anak2 masing2 keberatan utk keluar
dek keletihan

meronda bandar Kuantan
destinasi pertama-pantai ni



destinasi kedua
Taman Esplanade













tangga yg cantik dan unik
sayangnya ia kelihatan usang dan menakutkan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.