Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut.Adab-adab menziarah orang sakit.1. Mendoakan kesembuhan dan perkara yang baik-baik kepada pesakit.2. Memilih waktu yang sesuai untuk melakukan ziarah, jika di hospital tentulah terpaksa mengikut masa melawat yang ditetapkan. Bagi pesakit yang berada di rumah elakkan melawat pesakit ketika waktu tengahari dan malam. Waktu sepatutnya berehat.3. Menghadkan masa. Tidak mengambil tempoh masa yang lama ketika ziarah. Mengambil kira keselesaan pesakit dan keluarga.4. Tidak banyak bertanya atau bercakap, kita melawat orang sakit bukan ziarah untuk berborak kosong.5. Menzahirkan kebimbangan sebagai tanda keprihatinan terhadap orang yang sakit.6. Menjaga pandangan dari pada perkara-perkara yang diharamkan terutama sekali aurat-aurat pesakit.إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ، فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَMaksudnya: “Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.”[Riwayat Muslim (919)]
Amir Dan Ayu Di Pantai Saujana PD
6 hours ago
great sharing
ReplyDeleteYa doakan dan beri kegembiraan pada pesakit.
ReplyDeletedoakan jugak semoga pesakit diberi kesembuhan.
ReplyDeletePERKONGSIAN BERMANFAAT
ReplyDeleteAlhamdulillah. Satu perkongsian yang sangat baik.
ReplyDelete