Kakak ke dua saya yg tinggal di Gua Musang
bgtau nk datang ke Kedah
melawat cucu baru nya
dia tanya kut2 saya nk pesan apa2 utk dibawa
Bagaikan org mengantuk disorong bantal
pantas ja saya senaraikan barang2 yg susah
nk dapat kt Kedah ni
-lada buat solok
-laksa kuah lemak
-petai jeruk
-tempoyak
-budu
-keropok
Dibawa juga kuih akok yg super sedap
Tak sangka dia turut bawakan inti
solok lada sekali
Saya cukup pantang kalau beli nasi kerabu
ada solok lada tp tak mcm solok lada
kelapa dan sikit ikan bersepai2
Bg saya kalau mahu hasil yg terbaik
guna isi kelapa yg kulitnya masih hijau
ditumbuk bersama ikan rebus
bawang merah,sikit halia
garam dan gula
Saya buat kesemuanya lada yg diberi
simpan dlm tupperware
frozenkan
Nak makan baru kukus atau rebus
yg ni dikukus sbb nak amik gambar
saya lbh duka yg direbus bersama sedikit santan..









Pintu Kayu Durian