27 January 2020

Panggilan Dalam Keluarga

Walaupun dah 28 th duduk kt kedah
menjadi orang kedah
saya masih tak faham
dgn panggilan yg diberi dikalangan adik beradik

Apa maksud atih,andak,tam pun saya tak tau hehe
cuma bila dh dapat cucu ni 
baru nk amik tau sikit2

 ni sapa yg jaga sapa ni..


Alia tak mau anak buahnya
memanggilnya " makngah Alia"
Dia mahu Arash memanggilnya Auntie Alia

Eleena pulak tak mahu dipanggil "maklang  Eleena"
Huhh tak glemer katanya..

Hanya Tasha yg belum bersuara
dan menyatakan bantahan utk dipanggil " maksu"

Hai macam2 melayan karenah anak2 ni

Saya sendiri nk dipanggil apa..?
Opah...tak mau la..
atuk..tak mau jugak..
tokma kut ...

26 January 2020

Projek Lauk Pauk Frozen

Sementara cuti,anak2 ada kt rumah ni
saya mengambil kesempatan
memasak lauk pauk utk difrozenkan
sorg menyiang ayam,potong daging
sorg bahagian masak
4 jenis lauk sekejap ja siap

 Ayam dan tasha berpisah tiada

 Ikan patin masak tempoyak
gulai daging campur potato dan kacang panjang
 sambal terung
untung ada anak dara kt rumah...

24 January 2020

Sunk Into The Womb

Sebuah filem adaptasi dari kisah benar
yg berlaku di Osaka,Jepun
Mengisahkan seorang isteri dan ibu yang bertanggung jawab dan penyayang diabai suami.

Anak sulung perempuan Sachi berusia
 dalam 3 hingga 4 tahun
 dan Sora berusia lebih kurang 1 setengah tahun dalam cerita tersebut.

 Seorang ibu yang tidak berpendapatan mula mencari kerja untuk menyara anak-anak 
tetapi tersilap langkah kerana bergaul dengan kawan lama yang agak sosial.
 Sepanjang ibu bekerja,
 Sachi menjaga diri sendiri dan adiknya Sora. 
Sehingga ibu tersebut terlalu lalai dan mula membawa lelaki balik ke rumah.
 Sachi mula pandai meniru
 (make up dan dress up seperti ibunya ke kelab).
 Dia juga meniru aksi ibunya dengan lelaki lain dengan melakukan aksi itu ke atas adiknya Sora. Nauzubillahiminzalik.

 Sehingga suatu hari,
 ibunya pergi kerja dan tidak balik-balik ke rumah selama 3 hari.
 Nasi yang digoreng pada pagi terakhir sebelum si ibu pergi amat menggunung. 
Seolah-olah memang disediakan untuk 3 hari.

Sepanjang ketiadaan ibu,
Sora tidak berhenti meragam.
 Maka Sachi lah yang membuat susu, menyuap makan, mendodoikan adiknya.
 Sehingga bekalan air masak habis, Sachi berebut susu dengan adiknya sendiri.
 Agak sedih scene ini.
 Si adik kehausan sehingga mencapai Clorox untuk diminum tetapi kakaknya melarang.
 Bermalam sendiri dalam kegelapan dan kepanasan, perkataan “Mama” tidak lekang dari mulut Sachi berharap agar ibunya balik.
 Sachi menelefon ibunya dengan telefon mainan namun semuanya hampa. “Ma hari dah lewat, baliklah,” sambil menjenguk keluar jendela tetapi masih hampa.
 Malam itu dia dodoikan adiknya Sora dengan lagu Happy Birthday, tetapi Sora telahpun mati.
Mungkin kelaparan.
 Maka keseorangan lagi Sachi.

Siang dengan rumah yang agak semak, mayat Sora sudah berulat di muka.
 Sachi sentiasa berada di sisi adiknya.
 Makanan dalam sampah sudah habis dimakan.

 Tetapi perut masih lapar.
Akhirnya Sachi makan mainan playdoh atau tanah liat dan minum air paip.

 Siang itu juga si ibu balik tetapi tanpa perasaan dan sepatah kata,
 dia membersihkan mayat Sora dan membungkus mayat tersebut.
 Memenuhkan tab mandi dan melemaskan anaknya Sachi. Allahu..
 Tak dapat dijangka punca ibu seperti ini,
 mungkin tiada tempat mengadu, tetapi kita sebagai orang Islam ada Allah tempat bersujud.

 Sesiapa yang belum tengok boleh tengok cerita ini. 1001 pengajaran.
Membungkus mayat anak2nya


Filem ni diterbitkan pd 2013
tp sekarang baru viral di fb..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.