21 January 2018

Alhamdulillah Sudah Selamat Terima Menantu


Assalamualaikum
Masih ada kah yg sudi singgah diblog ni
lama menyepi dek ujian kesakitan yg diberikan olehNYA

Alhamdulillah..
pada 8/12 yg lepas
telah berlangsung majlis akad nikah anak bujang saya
bersama pilihan hatinya

Kami bertolak ke KL pada 7 /12
bermalam di kondo anak di Cheras
seperti biasa saya gagal melelapkan mata
gambar ni dirakam jam 3.30 pagi
hehe nasib baik tak terakam yg tak sepatutnya..


Alhamdulillah tepat jam 5.50 petang
dengan sekali lafaz
sahlah bergelar suami pada Raihana Baharum
bertempat di kem Sg Besi
 
 
pelukan sayu seorang ibu
utk berkongsi sianak yg dikandung selama 9 bulan
dgn insan lain

kata Alia,selepas 24 tahun baru dia
merasa mempunyai seorang kakak

esoknya berlangsung kenduri di dewan templer,kem sg besi



yg perempuan berbaju hitam tu anak kpd sepupu saya
yg tinggal di Thailand nun..
sayangnya beliau datang setelah saya pulang..

 Ana..mak harap kamu dapat menjaga anak mak
sebagimana mak menjaganya selama 26 tahun
mak tak pernah memarahinya
apalagi memukulnya..

Badri..dibahu kamu sekarang terpikul satu tanggungjawab yg amat besar
bkn hanya makan minum siisteri yg wajib dijaga
perkahwinan lebih daripada itu
ianya menuntut sebuah pengorbanan,saling melengkapi,saling memahami..


6 comments:



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.