Showing posts with label Siong Raja Bersiong. Show all posts
Showing posts with label Siong Raja Bersiong. Show all posts

08 November 2013

Siong Raja Bersiong

(bayangkan kalau siong raja adalah sebesar ini)
Pada zaman dahulu Siong adalah sebuah kampung
 tetapi kini ia adalah sebuah daerah kecil di Baling.
 Taringnya di pintu masuk Mukim Siong
 melambangkan tempat di mana gigi taring Raja Besiong jatuh
 selepas ia dilemparkan dari Baling.



 Raja Bersiong gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia.
 Akibat kegemaran itu, gigi beliau telah ditumbuhi siong atau taring.
 Baginda melarikan diri setelah kegemarannya
 yang menjijikkan itu diketahui rakyat. 

Ketika Raja Bersiong lari daripada kepungan menteri dan rakyatnya, 
baginda terpaksa berhenti beberapa kali 
kerana menderita sakit gigi taring atau siongnya.

 Apabila kesakitannya itu tidak reda-reda, 
baginda mengambil keputusan untuk mencabut siongnya itu. 
Namun siong itu masih kejap dan tidak mudah dicabut. 

 Apabila siongnya itu akhirnya berjaya dicabut 
baginda terus membalingnya jauh-jauh, tanda marah. 
Tempat siong itu jatuh dinamakan ‘Baling’.
 Dari peristiwa Raja bersiong tersebut,
 lahirlah nama-nama tempat seperti Merbau Pulas, Kuala Pegang dan Kuala Ketil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.