08 November 2013

Siong Raja Bersiong

(bayangkan kalau siong raja adalah sebesar ini)
Pada zaman dahulu Siong adalah sebuah kampung
 tetapi kini ia adalah sebuah daerah kecil di Baling.
 Taringnya di pintu masuk Mukim Siong
 melambangkan tempat di mana gigi taring Raja Besiong jatuh
 selepas ia dilemparkan dari Baling.



 Raja Bersiong gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia.
 Akibat kegemaran itu, gigi beliau telah ditumbuhi siong atau taring.
 Baginda melarikan diri setelah kegemarannya
 yang menjijikkan itu diketahui rakyat. 

Ketika Raja Bersiong lari daripada kepungan menteri dan rakyatnya, 
baginda terpaksa berhenti beberapa kali 
kerana menderita sakit gigi taring atau siongnya.

 Apabila kesakitannya itu tidak reda-reda, 
baginda mengambil keputusan untuk mencabut siongnya itu. 
Namun siong itu masih kejap dan tidak mudah dicabut. 

 Apabila siongnya itu akhirnya berjaya dicabut 
baginda terus membalingnya jauh-jauh, tanda marah. 
Tempat siong itu jatuh dinamakan ‘Baling’.
 Dari peristiwa Raja bersiong tersebut,
 lahirlah nama-nama tempat seperti Merbau Pulas, Kuala Pegang dan Kuala Ketil.

39 comments:

  1. salam jumaat k.kamsiah….baru tau asal usul nama2 tempat tu. laaaaa rupanya semua dr raja bersiong

    ReplyDelete
  2. wah...penuh sejarah rupanya tempat-tempat ni... bagusla.. boleh kita faham sejarah tempat ni..

    ReplyDelete
  3. kalu siong besar tuh..raja pulok mesti besar sungguh weyyhhh

    ReplyDelete
  4. betul..betul...betul....kampung saya tu

    ReplyDelete
  5. baru tahu asal-usul nama...zaman dulu, sangat simple..

    ReplyDelete
  6. cantik pulak tgk gebang bersiung mcm tu..tp nmpk mcm tanduk pun ye gak..

    ReplyDelete
  7. salam jumaat kak,
    lama dah tak dengar cerita raja bersiong..dulu waktu sekolah rendah baca buku cerita je

    ReplyDelete
  8. sis itu cite dogeng atau betul? kalau betul, lepas tu ape jd kt raja bersiong tu? hehehee..byk tanye pulak..

    ReplyDelete
  9. Walaupun berjiran sahaja dengan kedah tapi belum pernah sampai ke sini.

    ReplyDelete
  10. Salam kak...

    saya tak sempat nak ambil gambar siong ni hari tu...

    ReplyDelete
  11. Kalaulah siongnya besar tu entah besar manalah raja waktu itu agaknya:)

    ReplyDelete
  12. hahaha..tergelak saya baca komen kakzakie..

    ReplyDelete
  13. tu semua daerah2 yg biasa dgn diri saya kerana berjodoh dgn orang dari sana.. hehe

    ReplyDelete
  14. kalau besar tu siong KA lari dulu ler hehehe

    ReplyDelete
  15. Kononnya banyak tempat berdekatan Baling yg ada kaitan dengan cerita Raja Bersiung ini. Ketika Raja sampai di Merbau Pulas, baginda memulas2 siungnya yg susah dicabut itu. Sampai di Kuala Pegang, baginda memegang2 siungnya yang belum tercabut. Bila sampai di Siong barulah siung itu tercabut dan akhirnya baginda membalingnya ke arah pekan Baling....

    Entah betul ke tidak cerita itu, wallahualam....

    ReplyDelete
  16. Kat Kedah memang banyak nama-nama tempat yang ada lagendanya yang tersendiri.

    Contohnya nama tempat seperti Gajah Mati, Langgar dan Pokok Sena.

    Ketiga-tiga tempat ni dinamakan sempena kisah seekor Gajah Mati akibat Langgar sebatang Pokok Sena.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  17. owh gtu nama tempat tu dapat nama rupanya

    ReplyDelete
  18. Oooo, gitu ke alkisahnya.... seronok juga tahu asal usul nama tempat ni.. nanti boleh la main teka teki dgn anak2 bila lalu kawasan baling :)

    ReplyDelete
  19. terima kasih berkongsi kisah metos raja bersiung ini. rupanya ada tempat namanya Siong

    ReplyDelete
  20. Adakah ianya kisar benar atau hanya kisah ceritera rakyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahualam...saya tak pasti...tp dok baca cerita raja bersiong dari zaman sekolah lagi..

      Delete
  21. Kam..masa kecik2 dulu ummi takut sangat tengok cerita Raja Bersiong, rasa macam termimpi-mimpi, masa tu ada wayang pacak, gambarnya besar, soundnya pulak kuat, memang seram untuk budak2 kecik, sekarang kalau tengok memang tak takut langsung kot, hehe..

    ReplyDelete
  22. Olá,
    adorei seu blog, que interessante esculturas.
    Tenham um ótimo fim de semana.

    ReplyDelete
  23. salam kamsiah ..
    klu keulu lenggong tu memang melalui gerbang siong tu ..
    tk lalu kampong Memali ke?

    ReplyDelete
  24. ohhh...macm tu kisahnya..dari kecik baca kisah pasal raja bersiong ni..tapi tak tahu pulak ada kaitan ngan nama tempat..hehehe

    ReplyDelete
  25. saya tak penah sampai baling. sebenarnya banyak tempat kat kedah saya belum sampai lagi. rugiii...

    ni skrg baru google nak cari makan raja bersiong...

    ReplyDelete
  26. nama2 tempat disekitar Kedah macam baling n siong ni mmg diambil dr kisah raja bersiong kan..

    ReplyDelete
  27. Oooo... Siong ke? Selama ni IM ingatkan gading gajah... kah..kah..

    ReplyDelete
  28. sy pernah sampai di baling ni sebuah kg yg aman dan best suasana nye..tq follow sy, n sy dah follow akk ;)

    ReplyDelete
  29. Saya dilahirkan di Kupang, Baling ....hehehe

    ReplyDelete
  30. tu signboard 'kampung Lalang' kan makk.,ahHKs

    ReplyDelete
  31. real siong tu..hehehe... penuh bersejarah nama2 tempat nya tu kan?

    ReplyDelete
  32. Salam K.Kam...

    cma pernah tgk filem p.ramlee tajuk raja bersiung..
    Sama dgn ulasan yg bonda bagi tu..

    sejarah :)

    ReplyDelete
  33. mmg akan nampak replika ni kan...kalo nak ke kolam air panas legong tu..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.