Cinnamon Roll atau Roll Kayu Manis
ataupun roti kayu manis
sedap dimakan waktu petang bersama teh/kopi o..
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
1 camca besar penuh susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
1 biji telur ,
6 gram instant yeast
20 g lemak sayur (shortening)
125 ml air suam
BAHAN TABUR
1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
3 camca besar gula perang (brown sugar)*
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*
(*disatukan dan gaul rata2)
1/2 cawan kismis,
UNTUK DOH
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
Satukan semua bahan lain kecuali mentega,
masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat
doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 30 minit).
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
UNTUK CINNAMON ROLL :-
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara.
Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat).
Sapu dengan mentega cair,
tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2.
Akhir sekali ratakan kismis.
Gulung seperti swissroll,
gulung ketat2.
Potong kepada 10 bahagian sama besar.
Sapu telur rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit.
tq Kamsiah..nmpak sdap.
ReplyDeletesaya peminat kayu manis...
ReplyDeletetq for sharing the recipe:-))
thanks for the recipe..memang susah nak cari yg sedap kat bakery...
ReplyDeletesedap tuh..tambah2 hok buat sendiri..bulih make byk2..hehe
ReplyDeletesedapnya nampak....
ReplyDeleteEhh.... cantiklah macam bahulu gulung pulak dah kan... Baca resepi pulak mesti sedap sebab ada perisa kayu manisnya.
ReplyDeleteKulit kayu manis memang baik dimakan untuk kesihatan kerana ia dapat menurunkan kandungan gula dalam darah...
ReplyDeletesalam singgah.. sedapnya roti cinnamon... belum pernah buat walau dah banyak kali tengok
ReplyDeleteSedapnya...
ReplyDeleteSedapnya... Mesti harum dapur akak..
ReplyDeletemintak sepinggang hehehe. makin cantik la gambar2 akak, props menyerlah.
ReplyDeleteRajinnya... tq berkongsi resepi..
ReplyDeleteSedapnya...
ReplyDeleteTeringin nak buat tapi mcm susah sangat..hihihi..