24 November 2010

Petua Mengelak Mengumpat


Satu tabiat yang langsung tidak baik tetapi
paling banyak dilakukan oleh manusia atas muka bumi
ini ialah suka mengata orang
atau lebih mudah dipanggil mengumpat.
Selalunya orang akan bercakap begini:

1-"Aku bukan nak mengata ...
tetapi sekadar berpesan pada korang
supaya tak terkena sekali dengan dia.."

2-"Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar.."

3-"Aku rasa bersalah nak cakap pasal hal ini,
tetapi aku dah tak boleh tahan..."


Pokok pangkalnya mengata jugak namanya.
Seperti jugak kita ingin beritahu sesuatu rahsia pada seseorang.
“Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang lain!”
“Rahsia” itu pasti akan sampai ke
telinga beberapa orang lain.
Apakah itu rahsia?
Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita
mengata orang,
ia ibarat makan buah mempelam cicah asam.
Bendanya masam, tetapi memang
sedapdan syok bila diratah.
Yang menjadi tak sedap apabila buah mempelam
kita pula yang diratah (diketahui) orang.

Petua Mengelak Mengumpat


Ibnu Abbas pernah berpesan -

1. Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain,
maka cubalah dahulu
engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan
cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri

2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni
kemurkaan Allah S.W.T;
seksa orang yang mengumpat dan takut
ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.

3. Sibukkan diri mengubati kekurangan diri
supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati.
Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain.
Sabda Rasullah S.A.W,:

“Berbahagialah seseorang yang disibukkan
oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.”

4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan
dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah
yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.

IMPLIKASI atau PADAH akibat Mengumpat

i. Punca pergaduhan, perselisihan,
salah faham dan berkaitan.
ii. Tidak bertegursapa membawa kepada
terputusnya hubungan siratulrahim.
iii. Perpecahan ummah.

KENAPA SESETENGAH ORANG SUKA MENGUMPAT?

a. Ingin Melenyapkan Kemarahan -
Apabila marahkan seseorang,
dilepaskan dengan menceritakan keburukan/kelemahan
orang yang dimarahi atau didendami.
Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan.
Punca di sini ialah kemarahan serta dendam dalam hati.

b. Kemegahan Diri –
Dia ingin disifatkan dirinya lebih tinggi martabat,
lebih megah, dan lebih mulia dari orang yang
diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

c. Dengki -
Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan.
Jadi dia mencari jalan atau mengambil peluang
(capitalize) atas kelemahan dan keburukan orang tersebut
, agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.

d. Saja Suka-Suka –
Yang ini lebih teruk.
Bergurau senda untuk ketawa-ketawa yang tidak
ada munafaatnya iaitu memeriahkan suasana
gurausenda dengan menyebut keburukan orang lain
dengan tujuan untuk menjadi bahan ketawa.
Selalunya dari segi meniru
perlakuan orang yang diumpati.

e. Menghina Orang -
Iaitu menganggap hina,
rendah/lemah terhadap orang lain.
Ini disebabkan kerana perasaan angkuh,
sifat tinggi diri yang tiada terbatas serta
ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh.



27 comments:

  1. orang kiter.. mmg xleh lari dah...

    mengata tuh menjadi pekara wajib, xsenang duduk kalu xmengata....

    ReplyDelete
  2. salam...


    maka dgn itu, hentikanlah mengumpat..xde baiknya...

    ReplyDelete
  3. salam akak...

    maka dgn itu, elok la jauhi perbuatan suka mengumpat...

    ReplyDelete
  4. salam kamsiah,
    kami laki2 selalu gelarkan stesen Bloomberg atau CNN, sbb boleh dapat sumber crite2 baru bile pegi kedai runcit.
    sedikit sebanyak bagus juge ade wartawan2 sambilan ni, sekurang kuarng kite tau juge perkembangan kwn2 kite nih ..
    tk gitu ..

    cume org yg ngumpat ni tk tau ape mksud nyumpat kot .. tu yg sedap jer bercerite ..

    .. pernah kene tempias umpat ...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.
    Bermacam helah digunakan, tapi maksudnya sama; mengumpat.

    Elak-elakkan diri dari melakukan perkara tercela ini.

    TQ

    ReplyDelete
  6. Yang ianya..orang yang kuat mengumpat ni,tanda kurang iman....

    ReplyDelete
  7. Salam kak..

    sihat ka tu...
    biasanya mula2 tu cakap tapi bila dah lama... terlajak lama2 jadi soksek2 lak.. ermm..

    may ALLAH S.W.T always bestow love and mercy on you n your family.. INSYAALLAH... luv u.. :)

    ReplyDelete
  8. Salam..:)

    Kdg2 dalam mengingatkan diri jauhi umpat..tup2 terjoin lakk secara tk langsung..bila ada yang membuka 'ruangan gossip2nya'!!!nak buat dekk jekk..dikatakan sombong lakk..aduhaii..

    ReplyDelete
  9. Yup. Stuju dgn pendapat semua org. Pelik kan? Yg kuat mengata tu plak kaum perempuan. Jarang jmp lelaki suka mengumpat org len. Tidak hairanlah sekiranya di akhirat nanti, kaum wanitalah yg akan mendominasi neraka jahanam. Insaflah wahai sekelian org yg hobinye mmg suke mengumpat org len. Takde faedahnye. Dosa je yg dpt. Sy bertugas di pejabat, so mmg jmp org2 yg hobinye sebegini. that's y saya menjauhkan diri saya dr mereka. Better lari dr sm2 turut membuat dosa. yg baiknye dtg dr Allah dan yg buruknye dr kelemahan diri sy sendiri. (^.^)

    ReplyDelete
  10. Salam Kamsiah..

    Terima kasih .. peringatan buat kita semua...

    ReplyDelete
  11. Salam

    Selalunyer tiap kali bersalaman bermaaf2an nak raya, dlm serius n gurau, mama ucap Terima Kasih kat semua kengkawan kat opis. Terima kasih krn mengumpat saya sebab banyak pahala yg saya dapat. Rugi lorrr...penat kita solat sunat, zikir, sedekah itu ini senang2 pahala nak bagi kat org. I'm soryyyyy.........

    ReplyDelete
  12. @BLADE EDGEjalan terbaik..jgn berkumpul lama2...layan fb,blog lg baik,kan...

    ReplyDelete
  13. @aby
    yg mengumpat dapat dosa,yg diumpat dapat pahala...pahala amalan si pengumpat..

    ReplyDelete
  14. @Admin P@Porg kata,dlm hidup ni ada 2 benda yg best..
    1-makan free(org blanja)
    2-mengata org(jugak free)

    ReplyDelete
  15. @MaizaC'Joemaiza...mcm tu la biasanya..mula2 sikit2..lama a-z diceritakannya

    ReplyDelete
  16. @Pn Kartiniha tu la cikgu...kita buat tak layan,atau melarikan diri..kita yg akan jd mangsa umpatan pulak..

    ReplyDelete
  17. @Mawar MerahAlhamdulillah mawar..ada kekuatan utk menjauhi perkara dan org2 mcm ni..mmg ada dimana saja...

    ReplyDelete
  18. @Anip™lelaki borak pasal apa bila berkumpul..keta?keje?

    ReplyDelete
  19. @Werdahsama2 kak..kdg2 dengar pun dikira amik bahagian jugak,kan..

    ReplyDelete
  20. @mamawanabetul la mama..pahala amalan sipengumpat akan dapat kat org yg diumpat tu..

    ReplyDelete
  21. salam kamsiah..terima kasih..akak suka sangat n3 ni..

    ReplyDelete
  22. Nasihat yg berguna! Ada orang sampai tahap ketagih. Sehari tak mengumpat tak buleh dok diam..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.