09 December 2010

Musim Hujan Dan Ubi

Musim bah datang lagi
teringat memori dulu2
sewaktu di alam kanak2
musim bah sinonim dgn segala ubi2
yg 'wajib' menjadi makanan harian

dikala itu...
(tak kenal kentang goreng atau pelbagai makanan segera)
dirasakan ubi2 yg direbus
adalah makananyg paling lazak
paling nikmat
kerana hanya itu yg ada utk dimakan


ini ubi gadong
sebelum boleh dimasak/makan
ia perlu direndam beberapa hari ditempat air mengalir
arwah emak akan merendamnya didalam sungai
ubi ini mengandungi sejenis sebatian yang beracun
iaitu alkaloid Dioscorine yang larut dalam air

biasanya mak akan masak ubi ni bersama pulut
kemudian digaul bersama kelapa muda...
baunya...aromanya...
membuatkan cepat2 bangun dari tidur


ubi kayu...
pastinya semua org kenal
jika 'mood' teramat2 malas
ubi ni boleh direbus
dan dimakan bersama kelapa yg digaul
bersama garam/gula
atau sambal ikan bilis

kalau 'rajin'..
boleh dibuat kerepek,bingka,pengat
atau disira...

dulu2..dan sekarang..
saya sukakan ubi kayu yg tak empuk
bila direbus..
emak kata,ubi tu ditenggelami air
so teksturnya berubah..
walau direbus selama mana pun
ia tetap tak empuk.

keledek...
biasanya emak cuma merebusnya utk dimakan
atau dibuat cek mek molek
ataupun 'kaki ayam'....sedapnya..

ini pulak ubi badak
biasanya emak cuma merebusnya saja
utk memakannya

ubi itik..direbus bersama kulitnya
nak makan...kupas ja..

ubi sarek..
biasanya dicampur dalam bubur asyura
atau dibuat pengat

sekarang...sekali sekala..
ada la sekali dua dalam setahun
menikmati ubi kayu rebus
lain2 ubi...usahkan nak makan..
jumpa ubi2 ni pun tak..
anak2 pun tak kenal
dan tak tau nak makan...



semua gambar adalah sumbangan en google

24 comments:

  1. K Kamsiah: saya mkn ubi kayu goreng semalam kak!

    ReplyDelete
  2. baru semlm kak saya makan ubi kayu rebus cicah gula/garam, fuuhhh sedapp, tambahan lak makan time panas2

    ReplyDelete
  3. Salam Kam,

    Bestnya tengok gambar-gambar pelbagai ubi tu.

    Sedap ubi kayu rebus cicah nyior makan dengan air kopi panas.

    Sayangnya anak-anak sekarang tak pandai makan ubi rebus macam kita dulu2.

    ReplyDelete
  4. @Kunang-Kunangitu la..anak2 skrg lbh kenal makanan segera..tau nak oder..smp depan pintu ja

    ReplyDelete
  5. sedapnya ujan2 nie mkn ubikayu rebus campur kelapa dan gula.. plus air kopi kan..

    ReplyDelete
  6. salam Yah..wow sedapnya makan ubi gadung dgn pulut tu n makan pengat sarek..tapi yah sekarang ni susah nak makan ..agaknya dah tak ada yg tanam kut..makan time panas2 dimusim hujan ni terangkat kaki..hehe..

    ReplyDelete
  7. @Cikgu Yus ya la cikgu..tp dok taman perumahan ni..mana nak cari..kena beli semua

    ReplyDelete
  8. @mohdandmeriamtu la makcik yam...ngidam lak nak makan pulut campur ubi gadong..dah berpuluh th tak merasa

    ReplyDelete
  9. Salam kam..
    Memang menarik..ubi ni memang makanan berkhasiat..boleh buat macam2 jenis kuih..menarik..pic2 tu..berbeza2 bentuk..

    ReplyDelete
  10. @azzey Assalam ubi ni memang sedap bila di buat kuih muih..laris..

    ReplyDelete
  11. Wahh bestnyer kalau ada kat kg time tengkujuh ni.. , time ni la ubi murah... dapat pula makan tengah panas2 tu dengan air kopii...yum yum...

    ReplyDelete
  12. time hujan,rebus ubi kayu,cicah sambal tumis,pastu pekena kopi...pergghhh!! best kak...

    ReplyDelete
  13. Salam Kamsiah, sedapnya ubi rebus..lama tak makan..byk betul species ubi ni...

    ReplyDelete
  14. musm ujan nimakan roti keras ngan air kopi best gak

    ReplyDelete
  15. saya cuma pernah makan ubi kayu dan ubi keledek je... yang lain tak pernah rasa lah kamsiah...

    ReplyDelete
  16. dulu suka makan ubi bakar dengan kawan kampung...

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.