27 November 2010

Happy B'day My Sweetheart

27 Nov 2006
due date beberapa hari lagi
tp 'dia' terpaksa keluar menjenguk dunia
dek BP saya yg tinggi
187/90
(setiap malam dok ber BBQ-
udang,sotong,ayam,ikan)

doktor memberi beberapa pilihan

induce:
saya tak mahu kerana dah merasa
ketika bersalin anak ke 2 dulu
lagipun kata doktor,jika di induce,
BP saya mungkin akan bertambah naik
dan nyawa baby akan terancam

ditahan kat wad:
saya jugak tak mahu kerana
memikirkan keadaan dirumah

akhirnya saya memilih 'caesarean'
setelah bertanyakan berapa kosnya?
berapa hari kena stay
kat wad dan mcm2 lagi


beberapa minit selepas menjenguk dunia
dgn berat 3.5 kg



beberapa minggu..dahinya mcm si ayah..
tiap kali kwn/sedara mara menziarahi
itu la yg di cakapkan
'laaaa...mcm ayah dia...'


dah pandai meniarap
2,3 kali jugak la jatuh dari katil


dah pandai 'menyepah2kan' rumah


pantang nampak swimming pool...


mula berjalan ketika usianya 11 bulan
berat badannya masih lagi biasa-biasa...







dan menjadi luarbiasa ketika
mencecah setahun lbh...


so sweet..


tak mau disuap
walaupun terkial2
mengunakan sudu dan garfu




belajar bersolat


tak sempat pakai baju ke..?






setiap kanak2 mesti sukakan aiskrim ,kan...







Hari ni...
27 nov genaplah 4 tahun
'sibongsu' menghidup udara di bumiNYA


kek yg ke dua dibeli

24 November 2010

Petua Mengelak Mengumpat


Satu tabiat yang langsung tidak baik tetapi
paling banyak dilakukan oleh manusia atas muka bumi
ini ialah suka mengata orang
atau lebih mudah dipanggil mengumpat.
Selalunya orang akan bercakap begini:

1-"Aku bukan nak mengata ...
tetapi sekadar berpesan pada korang
supaya tak terkena sekali dengan dia.."

2-"Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar.."

3-"Aku rasa bersalah nak cakap pasal hal ini,
tetapi aku dah tak boleh tahan..."


Pokok pangkalnya mengata jugak namanya.
Seperti jugak kita ingin beritahu sesuatu rahsia pada seseorang.
“Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang lain!”
“Rahsia” itu pasti akan sampai ke
telinga beberapa orang lain.
Apakah itu rahsia?
Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita
mengata orang,
ia ibarat makan buah mempelam cicah asam.
Bendanya masam, tetapi memang
sedapdan syok bila diratah.
Yang menjadi tak sedap apabila buah mempelam
kita pula yang diratah (diketahui) orang.

Petua Mengelak Mengumpat


Ibnu Abbas pernah berpesan -

1. Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain,
maka cubalah dahulu
engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan
cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri

2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni
kemurkaan Allah S.W.T;
seksa orang yang mengumpat dan takut
ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.

3. Sibukkan diri mengubati kekurangan diri
supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati.
Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain.
Sabda Rasullah S.A.W,:

“Berbahagialah seseorang yang disibukkan
oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.”

4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan
dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah
yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.

IMPLIKASI atau PADAH akibat Mengumpat

i. Punca pergaduhan, perselisihan,
salah faham dan berkaitan.
ii. Tidak bertegursapa membawa kepada
terputusnya hubungan siratulrahim.
iii. Perpecahan ummah.

KENAPA SESETENGAH ORANG SUKA MENGUMPAT?

a. Ingin Melenyapkan Kemarahan -
Apabila marahkan seseorang,
dilepaskan dengan menceritakan keburukan/kelemahan
orang yang dimarahi atau didendami.
Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan.
Punca di sini ialah kemarahan serta dendam dalam hati.

b. Kemegahan Diri –
Dia ingin disifatkan dirinya lebih tinggi martabat,
lebih megah, dan lebih mulia dari orang yang
diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

c. Dengki -
Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan.
Jadi dia mencari jalan atau mengambil peluang
(capitalize) atas kelemahan dan keburukan orang tersebut
, agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.

d. Saja Suka-Suka –
Yang ini lebih teruk.
Bergurau senda untuk ketawa-ketawa yang tidak
ada munafaatnya iaitu memeriahkan suasana
gurausenda dengan menyebut keburukan orang lain
dengan tujuan untuk menjadi bahan ketawa.
Selalunya dari segi meniru
perlakuan orang yang diumpati.

e. Menghina Orang -
Iaitu menganggap hina,
rendah/lemah terhadap orang lain.
Ini disebabkan kerana perasaan angkuh,
sifat tinggi diri yang tiada terbatas serta
ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh.



20 November 2010

Si kembar 3

Hari ni raya ke 4..
masih ada yg beraya lagi ke?
saya sibuk memenuhi undangan kenduri kawen...

ni kisah si comel kembar 3
anak kepada sepupu suami saya
saya pernah paparkan cerita mengenainya

pertama kali melawatnya sewaktu
ketiga2nya beberapa hari dilahirkan..
ada yg tak sampai 1 kg beratnya

Raqieb,Raqeem dan Rayyan
yg mana satu ehhh...


baby2 ni menahan mengantuk yg amat sangat
tp dipaksa posing hehe
debab dan beratnya nak dukung...

dan setelah 8 bulan
lihatlah betapa cepatnya si kembar ni membesar
sayangnya ketika berkunjung kerumah my MIL raya rabu lalu
emaknya cuma bawak 2 org ja


post signature

19 November 2010

Sekitar Sambutan Aidiladha

Aidiladha yg paling sederhana disambut
tetapi anak2 seronok kerana bercuti terus
lepas raya...

Lepas solat raya,terus balik ke kampung


kereta anak cucu
nasib baik la laman luas
sebelah kiri tu rumah
SIS yg sulung
dulu,rumah SIS &MIL tak la sedekat tu
tp bila dok renovate sikit2..
dah hampir bercantum dah kedua2 rumah tu

menjamu selera sebelum melapah daging korban
saya cuma masak 3 kg nasi dagang ja
tu la hidangan utama pagi raya

pasangan kembar yg nak enterframe jugakkkk...


rehat..dah tak larat bermain dah...

tahun ni MIL korban seekor lembu

sapa la yg nak makan kepala dan lidah lembu tu...


my son yg pertama kali buat keje ni

eeiiii...ada jugak org yg makan otak dan mata lembu...

anak2 dara yg rajin menolong
daging korban tu dibuat kenduri
gambar masa makan tak sempat nak snap..


post signature

15 November 2010

Puding Biskut Meri





bahan2 dan cara:

Bahan2:
-20g agar2
-5 cawan air
-gula secukup rasa
-250g butter
-2 biji telur
-2 senduk tepung kastard
-1 tin susu cair
-biskut
(apa2 brand-saya gunakan biskur merri munchys)
biskut coco puff pun sedap jugak
-sedikit pewarna hijau

cara:
masak agar2 bersama air
kemudian masukkan gula
diikuti dgn butter

blender/mixer telur bersama
susu cair dan tepung kastard
masukkan kedalam agar2 tadi
kacau sehingga pekat
bahagikan pd dua adunan
dgn satu diwarnakan hijau

sendukkan 1 bahagian hijau..
ratakan didalam bekas...
letakkan biskut tadi
kemudian sendukkan
adunan kuning pulak...
buat la mcm tu sampai habis...
kalau nak cepat sejuk..
masukkan dalam peti ais...




12 November 2010

Tart Blueberry

Tart blueberry ni
org yg bagi..
tersangat la sedap dan comei
tp harganya...boleh tahan
10 biji rm13

cheese dan inti blueberry


dek kecomelannya,sayang pulak nak makan...


post signature

11 November 2010

Menjeruk Rasa...

Jeruk buah-buahan ni
husband kata pemberian kawannya
sekali pandang mmg cantik,menarik
kalerful...
buah2annya pulak saya cuma kenal
beberapa jenis ja
betik,mempelam,kedondong,pala
selebihnya..saya tak kenal
buah apa yg digunakan

tp rasanya yg terlalu manis,melekit
terbantut selera nak makan
sebab saya mengurangkan makanan yg terlalu manis

akhirnya jeruk ni dibasuh berkali2
direndam air panas...kemudian air sejuk
baru lah kurang kemanisannya


*tajuk tiada kena mengena dgn gambar/entry*

post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.