11 February 2011

Pewarna semulajadi

Makanan yg berwarna warni
memang cantik dipandang
menambat selera
mengoda mata

Tapi saya pasti
ramai yg sedia maklum
akan bahaya pewarna tiruan dalam makanan
seperti menyumbang kepada hiperaktiviti
dalam kalangan kanak-kanak;
mungkin turut menyumbang kepada
gangguan visual dan pembelajaran,
kerosakan saraf;
mungkin menjadi penyebab kanser.

Disekeliling kita
berbagai tumbuhan boleh digunakan sebagai pewarna
semulajadi...


Roselle...mengeluarkan warna merah kehitaman
boleh gantikan pewarna merah


pulut kuning..
lebih sedap jika direndam dgn serbuk kunyit
daripada mengunakan pewrana tiruan kuning...

pandan...sapa yg tak kenal
harum dan mengeluarkan warna hijau
sesuai utk semua jenis kuih muih



asin-asin atau cekur manis
selain sedap dimasak lemak bersama keledek
jika ditumbuk atau blend
mengeluarkan warna hijau



pokok/bunga telang
mengeluarkan warna ungu kebiruan
di kelantan....digunakan utk mewarnakan nasi kerabu
masukkannya semasa nasi tgh mendidih




ni daun lemuni
mengeluarkan warna biru kehitaman jugak


nasi daun lemuni






Bunga keembung atau balsam
Buahnya yang matang akan meletup
dan menebarkan biji benih di sekitarnya.
Sesetengah tempat memanggil
nama pokok ini sebagai Pacar Air.

Mengeluarkan warna kuning kemerahan
pucuk yg muda boleh ditumbuk
dan dipakai sebagai inai
(pilih pucuk pokok keembung
yg berbunga merah)
keembung ada beberapa warna
antaranya merah,ungu ,putih...







dragon/pitaya fruit
berbagai warna
sedap dibuat jus
atau dimasukkan kedalam jeli/agar2
tak perlu warna tiruan


17 comments:

  1. As salam kamsiah..akak baru je buat kuih ketayp tadi..guna daun pandan untuk warna hijaunya.dapat sekali bau wanginya..

    ReplyDelete
  2. Assalam kamsiah,

    Gud info. Tak tahu plak daun pucuk muda pokok keembung tu boleh memberikan warna kuning dan jadi inai. best tu...

    ReplyDelete
  3. Kak, baru saya tahu pokok bunga telang tu dibuat tuk warna nasi kerabu..

    ReplyDelete
  4. @kak Ernakak,kita boleh bezakan kaler daun pandan dgn kaler tiruan kan...yg daun pandan tu kalernya lembut ja...wangi pulak tu

    ReplyDelete
  5. @mamawanapucuk keembung tu lbh senang nak tumbuk berbanding daun inai...

    ReplyDelete
  6. @Afida Anuarfida...masukkan bunga tu semasa nasi tgh mendidih

    ReplyDelete
  7. pokok rosella tu kat tepi umah saya pun ada, anak2 slalu amik makan, sedap

    ReplyDelete
  8. salam kak kamsiah...

    pewarna semulajadi yang sangat menarik hati terutama bunga telang tuu....yang sangat elok utk menjadi pewarna biru nasi kerabu....nasi yang menjadi kegemaran saya...hehe

    ReplyDelete
  9. salam kamsiah ..
    pandai pula cari pewarna asli yer ..
    mesti kueh atau masakan atau bertambah sedap klu guna pewarna asli kan ....
    sekadar bg tau,
    aby buka blog baru khusus utk kucing sahaja ..
    singgahla di...
    http://dorobeescattery.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. kita tak ada kilang yang mampu buat pewarna bukan tiruan.

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum Kamsiah

    Baru dapat tahu bunga keembung tu boleh dibuat inai.. lama tak makan gulai lemak pucuk cekur manis dengan keledek..

    ReplyDelete
  12. @abyhehe...bkn apa..sekarang semua nak yg segera ja...mati pun segera dek byk makan bahan2 segera..:)

    ReplyDelete
  13. @Insan Marhaenbuat sendiri kat rumah..yg perlu cuma sedikit kerajinan...tp hasilnya memuaskan

    ReplyDelete
  14. @Werdahdulu2..saya tak percaya..tp bila dicuba...mmg merah mcm inai biasa tu

    ReplyDelete
  15. cntik sungguh buah2an n makanan yg dientrikan..
    info berguna..thnks ziarah yaa

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.