04 October 2011

DugaanNYA...(part 1)

Salam utk semua
terimakasih pada yg sudi singgah
dan memberi komen terhadap entri saya yg terdahulu
walaupun saya tiada 'dirumah'
kunjungan kalian amat dihargai..

pagi...Rabu 28/9
ketika suami bersiap2 utk menghadiri kursus
di Shah Alam
saya menerima berita dari adik'
ayah saya di kampung kemalangan
ketika pulang dari masjid
ayah saya tu sebelah siangnya
guru KAFA kat sekolah
malamnya pula mengajar Al Quran
utk golongan dewasa/tua....

kata adik saya
keadaan ayah agak teruk
sikunya terkeluar
ada luka besar didahi
ada ada darah beku dalam kepala

Tuhan....
perasaan ini hanya DIA yg tahu

akhirnya...khamis saya pulang ke kampung
menumpang kereta adik
dan anak2 terpaksa ponteng sekolah



singgah berehat di hentian Titiwangsa
sayangnya tiada awan cantik seperti saya lihat dulu
(kali pertama melihanya
seolah berdiri di atas awan)



beberapa buah trak askar juga berhenti di situ






Tasha dan sepupunya
(anak kpd adik saya)




selepas mandi dan makan'di rumah anak saudara
terus ke HUSM Kubang Kerian

ketika saya sampai
ayah baru selesai
menjalani pembedahan
memasukkan sikunya
keadaannya amat lemah
tp masih mampu bertanya saya
"bila sampai..."

nurse sedang memasukkan air
sungguh...hati mana yg tak pilu melihat
org tua menghadapi kesakitan begini
sebenarnya dilarang mengambil gambar
didalam wad tanpa kebenaran pihak hospital
tp anak saya curi2 mengambilnya


9 comments:

  1. Salam, semoga saat ini ayah semakin sembuh..jauh juga tu dari Kulim ke Kelantan..

    ReplyDelete
  2. Asalam..sedeliaih nampak ni ya. Ya Allah sembuhkan beliau dgn segera. Amin.
    Jika tak keberatan..cubalah beli IG6 produk elken ya.Produk ni ada dua jenis tablet dan capsul. tablet botol kecil ada 120 biji. Makan terus 4 biji, beli juga ester C di elken ja ada ni ya. yakinlah cepat sembuhnya luka tu. Apapun jika bukan ahli memang agak mahal. Namun etuza pengguna dan ramai org kampung kekawan guna ya. Jika tak keberatan ini no ahli saya 000500057703 carilah stokis di Perlis di kangar tel N0 04 9771427. Etuza syorkan ja ya, kerana Dia suka hambaNya yang mahu berusaha.Asalam

    ReplyDelete
  3. Mujurlah selamat ya..kita kena sabar dan berdoa padaNya ..

    ReplyDelete
  4. Owh..ayah kak xcident ye?? semoga cepat pulih laa. Sbg anak yg baik..mana lah senang hati selagi ayah atau mak kita tak sihat...

    ps; kak..timakasih sbb bgtau blog sy ada malware detek..jenoh sy tanya kengkawan lain tp dorang takde apa pulak. akhirnya ada sorang bloger tu kata dia pun dpt msj malware detek kalo bukak blog sy. Dia siap tanya kalo2 sy ada taruk minahkiwi.blogspot kat blog list???. Alhamdullillah, bila dh buang blog tu dari blog list..baru ok, mm..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.