11 October 2011

Kerabu Beka a.k.a Bonglai

Buah beka a.k.a bonglai
sejujurnya selepas kawen (20 th)
saya tak lagi menikmati buah ni

sebelum kawen...
kat rumah saya ada pokok ni
kalau tak pun
di kampung saya
banyak terdapat pokok ni
tak jadi masalah kalau teringin nak makan

saya percaya
generasi muda sekarang
ramai yg tak mengenali
pokok/buah ni

sementelah pula pokok ni hampir pupus

banyak sebenarnya 'kebaikan' serta khasiat buah beka ni

antaranya :
Akar manis, astringen, pahit, acrid, penyejuk,
ekspektoran, pencernaan,
mengeluarkan angin dalam badan ,
hipotemia , diuretik , anti-mikrob , anti-kulat
, anti-radang & tonik , perut kembung & cirit-birit .

Batang kulit kayu yang ditumbuk ditempekkan
untuk mengubati kudis dan untuk merawat artritis.

Air rebusan daun diberikan dalam merawat sakit perut,
ulser, sakit sakit sendi dan limpa yang bengkak.

Buah-buah yang matang berguna dalam merawat batuk,
bronkitis, buasir, sakit kuning ,
pencernaan yg terganggu, cacar, buasir dan taun.


Oroxylum indicum (L.) Vent.

selain buah,pucuknya jugak sedap dibuat ulam/kerabu




ni kerabu beka style kelantan
terdapat sedikit perbezaan
dari segi bahan2
kelantan punya..tak menggunakan belacan
menggunakan ikan yg dibakar /rebus,
kerisik,bawang merah,garam,gula,cuka
dan santan

sementara utara punya style
tak menggunakan ikan dan cuka
sebaliknya menggunakan kerisik,bawang besar
santan,cili padi,garam,gula
dan limau nipis


11 comments:

  1. la knp K.ani x pernah tgk buah ni apatah lg makan buah ni! Kalau jumpa nak jugak merasa ni..... :)))

    ReplyDelete
  2. Terhebat..Tapi sayang sekali tak pernah rasa dan makan... Kenal pokok tu pun tak...hua.hua

    ReplyDelete
  3. Pernah tengok dalam tv bulan puasa lepas.. tapi kalau tengk dgn mata sendiri mau ingat pokok hutan biasa je..

    ReplyDelete
  4. wah! dah lama tak makan ni...salai2 bagi layu sikit...pastu buat kerabu..memang sedappp! selalu makan kelantan style...style lain belom pernah makan,

    ReplyDelete
  5. salam kak.. dah lama x jenguk blog cute akak..
    akak.. lady x pernah la tengok pokok ni..

    ReplyDelete
  6. first time dengar ni kak..nampak macam sedap bila buat kerabu lagu tu...

    ReplyDelete
  7. saya x pernah tengok lagi buah nie kak...

    ReplyDelete
  8. Salam Perkenalan kak..

    Alin pernah tengok buah ni tp tak penah makan pun..dia macam kacang peas kan?

    ReplyDelete
  9. oh tak pernah tengok apa lagi makan buah ni...memang hampir pupus ni...nampak sedap pulak tengok bila dah dibuat kerabu tu yea...

    ReplyDelete
  10. penah tengok mak buat kerabu tapi xsuka bau bnda ni..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.