29 April 2011

Mengkuang Dam

Mengkuang Dam
tempat popular utk jogging atau
aktiviti riadah lain
juga glemer sbg tempat fotoshot pengantin
selain tempat berdating
dan jamu mata (buat dosa)
tgk amoi2 berseluar pendek

hari minggu atau cuti umum
mmg tempat ni 'sesak'
dan ikan2 kekenyangan
dek ramainya org yg datang
menjamu ikan dgn roti









26 April 2011

Anak2 dulu vs anak2 sekarang....

Anak2 zaman sekarang
genius,berdikari,cepat matang
hidup di era IT
lahir ja dah 'kenal' semua tu



mereka lebih kenal permainan online
buat keje sekolah /folio
wajib guna internet
yg dah remaja
dah pandai shopping online



Saya membesar dgn segala
permainan tradisional
congkak,galah panjang,layang2
batu seremban,bermain rakit
dan sebagainya
lelaki,perempuan..semua bercampur..
mandi sungai bersama
panjat pokok bersama...

anak2 sekarang..
jika ditanya semua tu
mengeleng kepala..tak kenal
usahkan nak bermain..lihat pun tak pernah

tapi...salah mereka kah?
Tidak...!!

Masa dan keadaan telah mengubah semuanya..

dulu..mak ayah tak bimbang
melepaskan anak2 perempuan
bermain dgn kawan2 lelaki sekampung
tiada cabul mencabul
tiada buli membuli

sekarang...
anak2 perempuan saya
'wajib' berada didepan mata 24 jam
kecuali kesekolah atau aktiviti sekolah

nak ke pawagam...minta maaf la
nak shopping sendiri..pun minta maaf la
saya tak izinkan..
kalau keluar...wajib semua sekali..

bukan tiada kepercayaan terhadap mereka
tetapi...tiada kepercayaan terhadap
manusia2 diluar sana...
bkn saya prejudis terhadap semua org
tetapi..susahnya menjumpai manusia baik skrg

(batu seremban...popular dikalangan anak2 perempuan dulu2)

22 April 2011

Buah Melaka

Dah lama saya dok mengidam buah melaka
bila di beli,4 biji 30 sen
sebesar guli...
kadang2 keras mcm batu
(banyak campur tepung gandum la tu)

Gula melaka di beli di Kelantan
masa balik hari tu

Di kelantan
buah melaka di panggil buah mulong

Bestnya...bila digigit...gula melaka
tu cair dalam mulut...
kelapa utk menyalutnya mesti kelapa yg muda

21 April 2011

Bilik Operasi


Desktop-saya punya hehe
Lappy kiri-my son punya
Lappy kecik tu-anak pompuan punya

semuanya sedang beroperasi

17 April 2011

2nd Time @ Puncak Mutiara Cafe

Ni kali kedua kesini
puncak mutiara cafe
kali pertama dulu
terasa jauh dari rumah

kali kedua...
bila tgk jam
rupanya hanya setengah jam dari rumah ja

keluar rumah pukul 6.30 ptg
dek kerana hari minggu
dan kami diberitahu
pada jumaat,sabtu dan ahad
melimpah ruah pengunjung kesana
terpaksa di letak kerusi,meja tambahan

meronda setelah order makanan



menikmati hidangan waktu senja

saya cuma pilih yg ringan ja
fish & chip

mebeles...

puding tapai with ice cream
(saya punya !!!)


hubby punya-briani kambing..



budak ni nak balik pun
minta snap pic dia lagi

08 April 2011

Roti Jala + Kuah Durian

Salam
biasanya saya buat roti jala
bersama kari ayam

tapi bila ada lebihan durian
(nampak mcm takda sapa nak makan)
oppss..saya tak gemarkan durian yg isinya lembik
atau masak ranum
saya lbh suka durian setengah masak/mengkal

santan,gula melaka 2 keping
sikit garam & daun pandan
dan sikit tepung jagung

roti jala ni senang dibuat
tp amik masa yg lama utk siapkannya

06 April 2011

Solok Lada

Lada a.k.a cili a.k.a cabai
ni dibeli di Kelantan
masa balik kampung baru2 ni

3 minggu terperap dalam peti ais
masih segar lagi

cili ni mmg digunakan
utk buat 'solok lada'
ditempat lain saya tak pasti
ada ke tak varieti ni

tp biasa saya tgk
'mereka' mengunakan cili lain
utk buat solok lada
ohh..hoho tak sedap dan tak cantik

semasa membelinya
katakan lada utk buat solok
so penjual akan pilih lada yg lurus dan besar

belah dan buang bijinya
dan rendam dalam air garam sekejap
(utk mengurangkan rasa pedas)

pastu toskan...

antara bahan utk 'disumbat' dalam lada tersebut
isi ikan,
kelapa(seeloknya kelapa yg masih muda)
bawang merah
halia dan serai
sedikit gula melaka

inilah hasilnya..
sesetengah org mencampurkan sebiji telur
supaya melekat dgn elok

dah siap
sedia utk direbus atau kukus



cuma rebus beberapa biji ja
kerana hanya saya sorg yg makan solok lada

selebihnya masuk dalam tupperware
simpan dlm peti ais
bahagian dingin beku

cuma keluarkan bila terasa nak makan

05 April 2011

Udang cili api belimbing buluh

Salam
saya biasanya bersarapan penuh
pada hujnung minggu ja
iaitu pd hari hubby cuti
sarapan kat luar
kadang2 bersama anak2
kadang2 berdua ja

hari2 biasa...skip bekpes
tp lunch awal
dalam pukul 11 gitu
masak pun awal jugak la
mcm hari ni

menu hari ni
serba kuning

udang masak cili api
campur belimbing buluh
nyummy...
cendawan goreng-kuning jugak





sambal-pembuka selera
ulam -pucuk mengkudu
yg teramat lah pahitnya


ikan goreng wajib ada...

04 April 2011

Cucu saudara ke 6

Baby ni adalah cicit ke 6 MIL
saya dan hubby....dah lama
berpangkat 'datuk'...
datok sedara...
tua nya rasa
bila di panggil Tok Su

Yang bestnya...
baby yg belum diberi nama ni
lahir betul2 on due date
1 April


Bermain dan melayan anak2 /cucu2
sedara ja la nampaknya
anak sendiri...
cukuplah 4 org ja...
dah tutup kilang dahhh...!!

02 April 2011

Jeruk & kerabu mempelam

Mempelam ni pemberian my biras

6 biji dibuat jeruk
dan 2 biji dibuat kerabu




masukkan kedalam bekas
gaul berasa gula dan garam

tunggu sehingga airnya keluar
baru sedap dimakan
kerana gula & garamnya telah sebati


sila jamu mata
dgn kerabu mempelam yg mebeles ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.