05 October 2017

Laksa Tempurung @ Mad Arif Char Kueteow


Petang tadi semasa balik dari ambil Eleena
yg bercuti semester pertamanya
kami singgah makan kat sini
anehnya walau dah bertahun2 bertapak
tak tergerak hati utk makan kat sini sebelum ni

 laksa dihidang dalam tempurung
rm5 satu
yg ni Alia punya

close up sikit
ada udang,jejari ketam dan telur rebus
secukup rasa

ni yong taufu


dan yg ni char kueteow udang galah
kata waiter tu hari ni ada promosi
udang galah  atau lobster berharga rm7
harga biasa rm10

kedai makan ni terletak di

03 October 2017

Berbriyani Di Nasmir


Pertama kali datang ke Nasmir ni
masa mula2 ia dibuka dulu
dah berpuluh tahun dah...
masa tu masih igt lagi saya makan ABC durian...fuuhh...

Sekarang kembali kesini dgn 2 org anak dara tu-Alia dan Tasha
telah banyak pembaharuan yg dibuat


tengok harganya tak la mahal sangat


mangga lassi dan oren lassi
dihidang dalam bekas tembaga ni
nampak ja kecik tp mengah jugak la nak habiskan

roti nan cheese bersama ayam tandori

 
 ni dia briyani dah sampai
dihidang dalam periuk kecik
 walaupun kecik tp banyak nasinya
saya cuma mampu makan separuh saja
selebihnya Alia yg habiskan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.