03 September 2021

Khasiat Bebuas

Selesai saya memblend sambal belacan
Suami tanya nk makan ulam tak
Ulam apa..saya tanya
Ada pucuk cabang tiga,/tenggek burung
Kt belakang rumah.
Banyak pucuknya..

Haa..pergi la ambil kata saya

Tp yg dibawa masuk bukan pucuk cabang tiga
Rupanya pucuk bebuas
Hmmm bebuas pun bebuas la
Jgn cik abg yg membuas sudah..


Bebuas, pecah piring, singkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. 
Bebuas ialah sejenis tumbuhan renek yang asalnya tumbuhan liar tetapi kini banyak di tanam di halaman rumah. 

Pucuknya biasa dijadikan ulam oleh masyarakat melayu kerana rasanya yang agak pahit dapat menambah selera makan serta teksturnya yang rangup dan menyelerakan. 

Selain daripada di makan sebagai ulam bersama sambal belacan, pucuk bebuas juga boleh dijadikan kerabu. 

Bebuas merupakan tumbuhan yang senang membiak melalui kaedah keratan batang. 

Ia tidak memerlukan penjagaan yang teliti dan mudah hidup subur jika mendapat cahaya matahari dan air yang cukup



Pokok bebuas terkenal dengan khasiatnya yang dapat membuang angin dalam badan dengan cepat jika dimakan mentah sebagai ulam. 
Angin dalam badan akan menyebabkan penyakit seperti sakit pinggang, sakit belakang, lenguh-lenguh sendi dan kembung perut.
 Secara tidak langsung amalan menjadikan pucuk bebuas sebagai ulam dapat membantu mengelakkan masalah tersebut.




 

9 comments:

  1. Ada pokok ni merimbun di belakang rumah
    tapi jarang2 buat ulam sebab rasanya agak pahit/kelat

    ReplyDelete
  2. Dekat rumah atok ada pokoknya tp dana tak pernah buat ulam, nanti nak cuba la kalau balik kh

    ReplyDelete
  3. bebuas biasanya dlm hutan n antara daun nasi ulam

    ReplyDelete
  4. Tenggek burung pun saya tak tahan pahitnya, kalau Bebuas ni rasanya tak mampu kot. Huhu

    ReplyDelete
  5. First time dengar bebuas ni, banyak jugak khasiatnya, baru saya tahuuuu.

    ReplyDelete
  6. Bagus makan ulam-ulaman. Banyak khasit dan menyihatkan. Tak pernah lagi jumpa bebuas di LD.

    ReplyDelete
  7. Ulam tenggek burung tu saya suka. Bebuas ni tak pernah nampak pulak. Sedapnya ada ulam dan sambal belacan. Tambah ikan goreng. Dah cukup untuk saya :)

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.