28 January 2016

Follower Semakin Menurun..

Ada sesiapa tak yg mengalami masalah yg sama seperti saya
mula2 follower 2281
kemudian turun jadi 2234
aik..pagi ni tgk dah turun ke 1962 dah..

adakah ini kerja 'pembersihan' oleh blogspot..??

25 January 2016

Port Dickson N9

Uhhhh lamanya nak publishkan episod akhir percutian ni
sebabnya..balik dari bercuti saya mengalami batuk yg sangat teruk
sebelum bercuti lagi dah mula batuk2..
tp tak la teruk sangat
sampai sekarang pun batuk masih belum hilang2 lagi

Ok..selepas jalan2 kat Bandar Hilir Melaka
terus ke Klebang
utk cari coconut shake ni
yg dah jadi ikon klebang tu

semasa kami sampai..tak la ramai sangat pelanggannya
so dalam 10 minit dah siap..12 cup..



batuk pun batuk la..
janji dapat minum coconut shake yg super sedap ni

Sampai di PD lbh kurang jam 2 ptg..
panas lit2 kata org Kedah

suami menempah bilik di Sunrise Resort ni
terletak dipantai Teluk Kemang
Tasha dgn muka terpaksa bila diminta posing
depan bilik

waktu senja dipantai
dan waktu pagi sebelum kami bertolak balik

21 January 2016

Melaka River Cruise

Kami bertolak  dari Shah Alam pada jam 9 malam
sampai di Melaka jam 11 malam


sarapan di medan selera
kalau dah sampai Melaka
haruslah cuba asam pedasnya,kan..

cuti sekolah baru ja berlalu
so tak lah ramai pengunjung kat sini











diatas river cruise
bau air sungai tu kadang2 menusuk hidung..:(

perjalanan mengmabil masa lebih kurang 40 minit..

antara rumah2 yg terdapat disepanjang tebing sungai




20 January 2016

WW :Klebang Coconut Shake


Nahh..amik..
sekali order 12 cup terus..
alang2 sampai Melaka..nak merasa la jugak
coconut shake yg begitu popular tu

19 January 2016

KLIA2 Dan Alamanda Putrajaya

 dah tak tau nak melilau kat mana dah
kat Shah Alam tu

nak tunggu si anak habis kerja..jam 8 baru habis

so suami ajak lepak kat KLIA2


 Apa motif snap jellybunny ni pun tak tau la


mengisi 'tenaga' sambil menghilangkan lenguh2 kaki
 

Keluar dari KLIA2 jam 5 lbh
suami bawak ke Alamanda Putrajaya pulak
ini budak merenggek2 nak makan sushi
(pengaruh si kakaknya)
 
tak tau nak pilih yg mana satu

yang emaknya cuma minum sakura soda ja
 tgk2 bil....amboii rm40++

18 January 2016

Laman Seni,Shah Alam

Suami bercuti selama 10 hari
oleh kerana cuti sekolah hujung tahun lepas 
kami tak kemana2..
hanya terperap dalam rumah ja
so cuti hujung minggu-jumaat sabtu
yg bersambung pada hari ahad sempena yharijadi Sultan Kedah
kami mengambil kesempatan bawa anak2 bercuti

Bertolak ke Shah Alam JAM 4.30 PTG
utk pickup anak kat MSU

Esoknya meronda Shah Alam
sementara menunggu anak sulung habis kerja

antara tempat yg dibawa oleh  anak dara saya 
ialah Laman Seni ni



 beginilah keadaan bila si anak lebih tinggi dari maknya  











14 January 2016

Petai Goreng

Dah selalu sangat masak sambal petai
bersama udang,sotong atau ikan bilis
seringkali jugak petai dicampur dalam masak lemak cili api

kali ni saya kopekj2 isi petai
lepas tu hiris bawang putih,bawang besar,cili merah dan cili padi
tumis hingga layu..masukkan petai
lepas tu masukkan bilis yg telah digoreng garing

last2 petai yg habis..tinggal bilis ja..

13 January 2016

Alhamdulillah

Alhamdulillah 
permulaan tahun baru  yg begitu 'memuaskan hati'..

Pertamanya syukur pada ALLAH 
Anak2 sulung yg bekerja di IBM Cyerjaya
telah mendapat offer dari Petronas ICT
Insya ALLAH akan mula kerja bln 2 ni

keduanya suami telah mencapai umur 50
KWSP akaun kedua dah boleh amik  dah..Alhamdulillah

pc pun dah direpair
dah boleh berblog macam selalu...
insya ALLAH akan membalas kunjugan rakan2 semua

01 January 2016

Pisang Toman Dan Selamat Tahun Baru 2016




Salam...
Entri pertama ditahun baru 2016 
Lama menyepi dek kerana pc rosak
Dan masih belum diperbaiki lagi
Berblog melalui hp ni.. 
Terkial2 dibuatnya


Pisang toman nan sebiji
Pemberian tokeh kedai runcit
Alhamdulillah semoga kawan2 semua dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta kebahagiaan yang melimpah ruah di tahun baru ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.