Showing posts with label Limau Lempis. Show all posts
Showing posts with label Limau Lempis. Show all posts

26 January 2014

Kailan Ikan Masin

 Ada beberapa cara memasak sayur kailan bersama ikan masin ni
ada yg mencelur kailan
kemudian dituang ikan masin yg digoreng bersama bawang putih 
dan sos tiram keatasnya

ada jugak yg mengorengnya spt sayuran lain
saya pulak..ikut mood dan tahap kerajinan la

bahan2nya pun ada yg menambah tepung jagung
ada yg menambah sos ikan

apapun..kailan mmg tinngi nilai khasiatnya
Kajian menunjukkan bahawa orang yang kerap makan kalian
dan sayur krusifer jenis lain akan kurang risiko mendapat kanser kolon,
paru-paru dan payudara.
 Selain itu, sayur kailan juga mengandungi Vitamin C
 yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan tisu,
 kesihatan kulit , menjaga kesihatan system penghadaman
dan perkembangan mata dengan baik.

bahan2:
-5 tangkai sayur kailan
(semasa menyiangnya,asingkan daun dan batangnya)
kalau kailan yg dibeli
pastikan direndam 10-15 minit

-ikan masin yg sesuai digunakan ialah
ikan tengiiri atau isi ikan talang

-3 ulas bawang putih-diketuk
-5 biji cili padi
(saya gunakan cili padi mengantikan cili merah)

-sos tiram atau sos ikan/nampla

goreng ikan masin dgn sedikit minyak hingga masak 
- kemudian  hancurkan isi dlm kuali tu jgk 
-masukkan bwg besar, dan putih dlm kuali tadi....
- kacau hgga layu kemudian masukkan batang kailan serta sos ikan dan sos tiram.... 
gaul sebati hingga batang lembut sedikit masukkan air,....
- kemdian sayur kailandan bolehlah dihidangkan

**jgn sesekali ditambah garam
kerana ikan masin dan sos tiram tu dah sememangnya masin**

13 January 2014

Limau Lempis..??

Ekspo pertanian dan keusahawanan
di Padang Awam Kulim

antara yg menarik perhatian ialah Limau Lempis ni
kacukan buah lemon dan limau nipis

 sayangnya tak ada buah yg dijual
utk dirasai bagaimana rasanya


limau kasturi yg sangat lebat ni
sangat2 'mengeramkan'...
kalaulah pokok kat rumah saya ni
berbuah lebat dan besar mcm ni
(mcm mana nak berbuah
tak pernah dijaga)
 orkid pun ada 

 





selain buah2an,bunga2an..
berbagai jenis barangan lain dijual
berbagai acara juga diadakan



mungkin kerana kerapnya berlangsung ekspo kat sini
atau org ramai berhati2 berbelanja
dek kenaikan harga barang2
kehadiran org ramai tak begitu meriah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.