Showing posts with label Resepi Murtabak Cream Crakers. Show all posts
Showing posts with label Resepi Murtabak Cream Crakers. Show all posts

22 January 2014

Murtabak Cream Crakers

Murtabak Lapis Cream Craker ni
sesuai utk minum petang
(dan kenyang sampai ke malam)
Bahan-Bahan inti
1 mangkuk daging/ayam dicincang
1 biji bawang besar -didadu 
2 ulas bawang putih - tumbuk 
1 inci halia - tumbuk 
1 sudu besar cili kisar 
1sb serbuk kari daging+ sedikit air (jadikan pes) 
garam
 2 biji telur

1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi.
 Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. 
Kacau hingga naik bau.
 2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi. 
3. masukkan daging/ayam,.
 4. perasakan dengan garam dan biarkan hingga daging kering airnya. 
Ketepikan.
Bahan² Untuk Topping
 Biskut Cream Crackers secukupnya
1 cawan susu UHT
1 biji telur (untuk lapisan terakhir)
keju

CARA
 Rendamkan krackers dalam susu
 Oleskan dulang pembakar dengar mentega.
 Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
Lapiskan dengan lapisan daging.
 Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.
Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
 Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
 Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis.
Bakar selama 45 minit pada kadar 190C.




13 January 2014

Limau Lempis..??

Ekspo pertanian dan keusahawanan
di Padang Awam Kulim

antara yg menarik perhatian ialah Limau Lempis ni
kacukan buah lemon dan limau nipis

 sayangnya tak ada buah yg dijual
utk dirasai bagaimana rasanya


limau kasturi yg sangat lebat ni
sangat2 'mengeramkan'...
kalaulah pokok kat rumah saya ni
berbuah lebat dan besar mcm ni
(mcm mana nak berbuah
tak pernah dijaga)
 orkid pun ada 

 





selain buah2an,bunga2an..
berbagai jenis barangan lain dijual
berbagai acara juga diadakan



mungkin kerana kerapnya berlangsung ekspo kat sini
atau org ramai berhati2 berbelanja
dek kenaikan harga barang2
kehadiran org ramai tak begitu meriah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.