03 October 2015

Resepi Kek Karamel

(A)-
Gula Hangus 2 sudu besar gula  
*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..
biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)
Ketepikan dulu 

 (B) -
 Bahagian Atas 
1 cawan susu sejat 
1 cawan susu pekat manis 
1 sudu teh esen vanila 
3 biji kuning telur 
2 biji telur 

 (C) - 
Lapisan Kek 
140 gm tepung gandum
 *Ayak bersama baking powder 
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur 
135 ml air biasa 
1 sudu teh baking powder
 45 ml minyak masak (minyak jagung)

 D)
 Merinque
 6 biji putih telur 
70 gm gula kastor 
1 sudu teh krim of tartar

 Cara-cara :

Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan. 
Kacau semua bhn (B) perlahan2.... Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan. 
Pukul bahan (C) *campurkan semua bhn kering dlm bekas..tuang bahan cecair yg sdh dicampur bersama ke dlm bhn kering..kacau sebati menggunakan handwhisk 
Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang , bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)

 Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati guna kaedah kaup balik..
jangan terlebih kacau nanti kek mendap or bantat. 
Bahagikan kepada beberapa bahagian ,letak pewarna n paste kalau suka..
Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus dan keremel tadi (A + B)..
selang seli warna, letak ditengah2 loyang, . 
Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas)
 - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak 
*Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja,






22 comments:

  1. Dah lama tak buat kek karemel ni kamsiah..
    Tergoda lak tengok kamsiah :)

    ReplyDelete
  2. pernah cuba buat kek ni..tapi tak jadi...

    :-)) cantik kek puding akak

    ReplyDelete
  3. Asalam..sangat sempurna, memang pandai memasak kremel..lemak lah nampak..kalau jual harga kualiti..

    ReplyDelete
  4. Etza bagi mark ya.( tara!!! 98% - Grade A )

    ReplyDelete
  5. Teknik mskkn gula dlm loyang then masakkn dia mmg best, dulu Cikna masakkan gula smpi kekuningan pastu msk dlm loyang t'kena kat jari sakitnye nauzubillah, Perit....

    ReplyDelete
  6. Saya pernah dengar perkataan 'bantat' dari lawak Jamali Shadat dan Hamid Ghurka dulu.

    Saya baru saya faham maknanya...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kak.
    Tapi pemalas betui saya nak buat kek ni hehe.

    ReplyDelete
  8. sedap nyer..kite buta kayu dalm bab masak kek

    ReplyDelete
  9. tak prnah makan lagi tp nampak sedap lepas tengok ni.. boleh cuba kalau ada kelapangan

    ReplyDelete
  10. Salah satu kek yg kakak suka
    Sebab ada karamel dia itulah yg menambah sedap.

    ReplyDelete
  11. sedapnya sis... thanks for sharing... leh try buat ni... hehe

    ReplyDelete
  12. alahai sedapnya dah la cntik kejadiannya..
    suka makan :)
    tp nk buat kemain renyah.
    pnh 2 kali j try buat..

    alhamdulillah, dh boleh buka kmbli akaun nuffnang

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak rasa airtangan isteri seperti ini...

    ReplyDelete
  14. Tiba2 rasa tersangatlah lapar....

    ReplyDelete
  15. Luce delicioso y con lindos colores.
    Abrazos ticos.

    ReplyDelete
  16. Asslm
    Cantik menarik sedap tertarik.....

    ReplyDelete
  17. Salam singgah petang sis....sedapnya sis....

    ReplyDelete
  18. boleh tgk sambil telan air liur..nak sendiri..mmg x lah...x pandai walaupun ada resipi huhuh

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.