23 November 2015

UNTUK RENUNGAN AYAH / BAPA / WALID / PAPA / DADDY

UNTUK RENUNGAN AYAH / BAPA / WALID / PAPA / DADDY
1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah di atasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..( tak kiralah berapa isteri ).
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Di datangi anak ketika diperlukan sahaja.
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi dan di kuasai oleh kaum ibu sahaja.

10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang prihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAH yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri dan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang prihatin dengan urusan pengasuhan yang dikuasai oleh ibu-ibu dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat.

19 comments:

  1. ciri2 ayah yg perfect dambaan anak2...

    ReplyDelete
  2. Teringat kata2 seorang ustaz: ramai ibu bapa bukan memelihara anak tapi menternak anak. Ibu bapa ramai yang cuma memberi perlindungan - kediaman yang bagus, pakaian yang baik dan makanan yang mengenyangkan tanpa memahami keperluan lahiriah anak-anaknya. Lalu bila besar lahirlah anak2 seperti sekawan lembu jantan yang ganas dan lembu betina yang miang...nauzubillah, semoga mereka bukan anak2 kita...

    ReplyDelete
  3. Assalam...terima kasih kongsi info dan sudi singgah blog kak Zai.
    Info yang menarik.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. arwah ayah dah berikan didikan yg terbaik..
    kalau ada salah silap tu bukan salah didikan.. tapi salah diri sendiri =(

    ReplyDelete
  5. suka post ini. kalo kat fb dh share dah. hehehe
    boleh di jadikan panduan pada semua lelaki.

    ReplyDelete
  6. Salam n happy Monday. tq berkongsi ilmu yer. Sesuatu utk kita fikir2kan bersama

    ReplyDelete
  7. Asalam..takut tanggungjawab sebenar tersasar sebagai ayah dan ibu.terima kasih perkongsian sebegini ya Madam Kamsiah...

    ReplyDelete
  8. perkongsian yang sangat menarik (^___^) besaq sebenaqnya tanggungjawab ayah ni

    ReplyDelete
  9. Entri yg sangat terkesan dan kakak suka
    Sama-sama kita sebagai isteri juga jadikan renungan.

    ReplyDelete
  10. Setuju sangat. memang payah nak mendapat seorang 'ayah'. ya. Baik dulu dan sekarang.

    ReplyDelete
  11. Rindu pula kat ayah bila baca entry ni kak...sob sob sob..

    ReplyDelete
  12. Saya nak copy paste ni kak. Nak letak kat fb.

    ReplyDelete
  13. Asalam..pagi Jumaat hari ini..semoga kaluarga Madam sihat semuanya ya.amin

    ReplyDelete
  14. Belum lagi diberi peluang untuk bergelar ayah...

    ReplyDelete
  15. perkongsian yang peringatan yang baik kak kamsiah...teringat akan diri ini juga baru menjadi ayah...semoga dapat mengamalkan pesanan kak kamsiah

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.