22 February 2016

Resepi Daging Goreng Kunyit

Ni resepi dari Kelantan
daging goreng kunyit
boleh dimakan dgn pulut kuning
nasi impit atau ratah mcm tu ja

bahan2nya pun simple ja

-sekilo daging batang pinang
dipotong nipis2..basuh dan toskan

-2 labu bawang besar-potong bulat
-3 ulas bawang putih 
-seinci halia
-sedikit serbuk kunyit
-beberapa sudu sos tiram

Rebus daging bersama 2 cawan air
masukkan serbuk kunyit dan halia yg dipotong nipis
biarkan hingga kering airnya

lepas tu masukkan minyak masak
dan masukkan pula bawang putih yg dimayang/ditumbuk

kemudian masukkan sos tiram
tak perlu masukkan garam jika mengunakan sos tiram
masukkan bawang besar,cili merah
nak masukkan beberapa bji kacang panjang yg dipotong pun boleh jugak

siap...

10 comments:

  1. sedapnya..ratah mcm tu saja..
    sekrg ni femes nasi putih + ayam/daging/sotong goreng kunyit..ramai yg jual..

    ReplyDelete
  2. Sedap juga untuk akak berbuka puasa petang ni Kamsiah..
    Di rumah ada lagi daging :)

    ReplyDelete
  3. resepi mudah yg sedap sgt tu mkn dgn roti r nasi panas.

    ReplyDelete
  4. tak tahan bau daging goreng memang sedap aromanya... tu lum makan lagi...

    ReplyDelete
  5. Makan lauk macam ni yang tak sedar bertambah-tambah nasi tu... :)

    ReplyDelete
  6. sedapnye.. ni lauk peberet suami saya. :)

    ReplyDelete
  7. Kakak selalu juga buat macam ini
    Anak-anak kakak suka gulung dlm tortilla dan daun salad sedap!

    ReplyDelete
  8. ni antara resepi simple n lazat mudah lak nk bt heheheh

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.