02 February 2016

Resepi Ayam Masak Bali

Assalamualaikum
Tuan blog baru ok dari batuk2..
huhu hampir 2 bulan  dok batuk2
segala petua diamalkan
ubat batuk habis sebotol
akhirnya ok jugak...alhamdulillah...

Ni resepi ayam masak Bali
dah jadi viral kat FB..
tp sebab takde selera makan...
dok tgk ja la kawan2 dok tayang

Bahan2: 
5 biji bawang besar 
8 ulas bawang putih 
1 inci halia
 1/2 inci belacan
(blend semuanya) 

 1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan* 
1 camca teh penuh kunyit serbuk* 
3/4 camca teh garam*
(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap) 

6 batang serai, diketuk
4 pelepah daun kari 
1 camca besar kicap lemak manis 
 1/3 cawan cili kisar
 1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
 Garam secukup rasa
1/2 cawan air

Car2:
 Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing,
 Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak
dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minya. 
Tumis serai hingga harum,
 masukkan daun kari dan masak sekejap.
 Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar.
 Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak. 
Masukkan gula dan garam secukup rasa. 
Tambah ayam, gaul rata dan tuang air.
 Masak hingga pekat. 
 Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap
 Rasa dan jika ok boleh matikan api.





16 comments:

  1. saya batuk pun tak baik2 lagi ni. ayam bali ni memang viral. dah ambik resepi tak tak berkesempatan nak buat lagi

    ReplyDelete
  2. SA pun ari tu 2 minggu batuk...musim ni kak...wah..sama la SA pun dah cuba buat..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Kena try ni.. asek dok tengok ja..

    Thank you for the sharing... ^_^

    ReplyDelete
  4. alaaa semua org dah masak ayam ni saya je belum >_< hehee..nak kene cuba jugak nie!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah sembuh batuk Kamsiah..
    CH yg masih ada batuk ni..
    InshaAllah nanti sembuhlah tu..

    CH pun dah cuba ayam masak bali ni..
    Wangi jer bau aroma daun kari dan serai tu :)

    ReplyDelete
  6. Ramai dah yg paparkan dlm blog tapi kakak juga tak terbuat lagi
    Nantilah anak-anak balik semua kumpul kakak masak:)
    Nampak sedap sebab aroma daun kari dan serai mesti sedap.

    ReplyDelete
  7. Suka dengan bau daun kari dan serai dalam ayam masak bali tu.. sedap kak.. ;)

    ReplyDelete
  8. nmpk kawan post rasa nak buat..tapi tak terbuat lagi..asik gantung periuk jer..

    ReplyDelete
  9. tak tahu pulak masakan ni jadi viral..belum jumpa pun lagi kat facebook saya..heheh.tapi kan saya selalu juga sejak dulu masak sambal ayam buat macam ni..tumis serai dan letak daun kari..hahah...tak tahu pulak namanya ayam bali..ekekek..

    ReplyDelete
  10. Masa zaman anak dara dulu saya diserang batuk berpanjangan. Ada sorang jiran bg petua. Minum kicap dengan cili padi..Ya ampun, tak berani cuba saya..

    ReplyDelete
  11. NAk try la weekend ni. Org sibuk cerita pasal Ayam Bali. Take Care Kak!!~

    ReplyDelete
  12. selalu gak tngok org dok share resepi ni.. tp xberkesempatan nk buat je lg..

    ReplyDelete
  13. sedapppp..
    hai , ain datang singgah dan follow sini
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  14. Assalam. Cuaca tak menentu.. mcm2 penyakit sampai. Jaga kesihatan..

    ReplyDelete
  15. asalam..hebat resipi ini..terbaik dari Madam K

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.