Ingin saya paparkan disini
sebuah kisah yg meruntun hati
Pada hari kedua dikampung
(hari kedua pemergian ayah)
ayah meninggal dirumah kakak yg sulung
kami adik beradik berpakat utk kerumah kami yakni rumah ayah..
yg mana rumah kami adik beradik dilahirkan dan dibesarkan
utk pengetahuan..
rumah kami ni TELAH DISEWAKAN OLEH IBU TIRI
setelah dijual semua barang2 didalamnya
pretiais,mesin basuh dan segalanya dijual
tanpa sepatah pun bertanya kami adik beradik
(selain hasil buah2an,kelapa dll jugak dikebasnya)
bayaran sewa sebanyak RM50 SEBULAN..!!
YA ALLAH..kami adik beradik masih boleh bersabar
sebab dalam fikiran kami
mereka yg menyewa tu semata2 menyewa
Kedatangan kami disambut bau yg sungguh busuk
bau tahi itik dan ayam
yg beribu2 ekor
rupanya sipenyewa menjadikan halaman rumah sebagai tempat penternakan
dulu rumah ni punya halaman yg luas..pasir memutih
si penyewa sesuka hati membuat pagar dan gate
dan hanya sedikit laman yg saja yg tinggal
YA TUHAN..dah takde rupa rumah yg asal
bau tahi itik yg sungguh menusuk kalbu..!!
dibawah rumah terdapat beribu2 ekor ayam
halaman rumah dan becak dgn tahi itik dan ayam
masuk kebahagian dapur rumah
dah macam zoo rupanya
ada tenpat penetasan telur ayam
ada arnab,musang dan segala binatang lagi
baunya..tak usah nak ceritalah..
kami adik beradik pun bertanya pada isteri penyewa tersebut
sapa yg bg izin buat semua ni
makcik..katanya(merujuk pada ibu tiri saya)
"tak apalah kak..
pakcik pun dah takde
kami adik beradik sepakat nak duduk semula rumah ni
so kami bg tempoh sampai tahun ni ja utk akak
clearkan rumah ni..." kata anak sedara saya
siisteri mengangguk2 seolah faham dan setuju
petang harinya si suami datang kerumah kakak sulung saya
seolah2 tak puas hati kedatangan kami kerumah 'beliau'
katanya kami mcm samseng..
datang tak bg salam
samada isterinya tak dengar salam diberi
atau mungkin berbohong..hanya TUHAN yg tahu
sebak hati..airmata saya menitis
sungguh..saya rindu suasana rumah saya yg dulu
yg seperti ini
kali terakhir saya jumpa ayah-raya 2013
Sedih SA baca...kejamnya ibu tiri..sekarang akak adik beradik boleh ambil semula rumah tu...tiada hitam putih kan...rumah tu harta peninggalan arwah ayah akak...semoga akak adik beradik dapat kembalikan semuanya ke asal...
ReplyDeletemana nak dapat rumah sewanya murah cmtu.. ish2xx xpatut diorng buat lagu ni.. moga Akak sekeluarga dipermudahkan urusan..
ReplyDeleteYalah Kamsiah sedih akak baca cerita ni.Semoga dipermudahkan Kamsiah adek beradek dapat kan semula rumah tu.Sampai hati mak tiri buat sesukati tanpa berbincang kan.
ReplyDeletessah la klu keputusan dibuat tanpa perbincangan...mga segalanya baik baik saja...
ReplyDeleteAllahurabbi..
ReplyDeletetakpelah kak..bincanglah elok-elok semula..dgn penyewa tu..semua ada jalannya.. :(
Semoga segala urusan dipermudahkan..
ReplyDeleteya Allah...sedihnya baca kak... ingatkan dlm drama tv je ada mak tiri perangai jahat kt dunia nyata pun msh ramai lg rupanya...
ReplyDeletetak baik betul mak tiri akak bt gitu, bt rumah peninggalan family akak mcmtu sekali, org yg menyewa pun.... udahla byr murah jaga lah elok2... ni tidak...
geram betul walapun hanya membaca
Ye lah Kamsiah..
ReplyDeleteRumah kenangan tempat kita dibesarkan..
Mahu tak sedih dia buat macam tu..
Semoga dipermudahkan urusan kamsiah dan keluarga untuk mendapatkan rumah itu semula..
Assalamualaikum,
ReplyDeletesemoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik.
Takziah. Semoga roh arwah ayah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
masih ada drama kehidupan yang sebegini...
ReplyDeletesepatutnya setiap pusaka dinilai mengikut kaedah agama...
Yan mak tiri..tapi yan tak kejam camtu...huhu..
ReplyDeleteNape mak tiri akak camtu...nauzu illah
Semoga dipermudahkan urusan dan dapat diselesaikandenga baik.
ReplyDeleteMacam kisah dalam drama pula ya..
ReplyDeletememang sedih kalau rumah pusaka jadi mcm itu
ReplyDeletesabar ya kak.. semoga semua kembali pulih. sekiranya ada masalah lain laporkan pada pihak tertentu dan cuba gunakan tindakan mahkamah.
ReplyDeleteAllah.. Semoga akak kuat semangat dalam melalui ujian ini..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan akak..