03 August 2016

Perginya Seorang Ayah

Salam
Ayah saya telah kembali kepangkuanNYA jam 7 pagi
hari ahad lepas
menyusul pemergian arwah ibu ..setelah ibu pergi 14 tahun yg lepas
ayah meninggal pada usia 80 tahun akibat sakit tua

jenazah disemadikan jam 12 tengahari
saya dan adik bongsu sampai dikampung jam 4.30 ptg
tak sempat menatap wajah ayah buat kali terakhir

al fatihah...semoga ayah tenang disana..
gambar ayah sehari sebelum dia pergi buat selamanya
dirumah kakak sulung  yg menjaganya

Anakku jika kau bangun dari tidur

Kau lihat ayah tiada
Lihatlah ke dapur ibumu
Disitu ayah tinggalkan kedewasan
Sayangku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Pandanglah pada kamar lenamu
Disitu ayah tingalkan kerinduan
Manjaku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Hadirlah ke laman mainanmu
Disitu ayah tinggalkan kemesraan
Cahayaku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Duduklah di serambi papan
disitu ayah tinggalkan harapan
Masa depanku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Renunglah pada rumah kita
Disitu ayah tinggalkan cinta....

19 comments:

  1. Al-fatihah...takziah, kak..
    puisi itu..sarat dgn makna kehidupan..

    ReplyDelete
  2. Salam takziah buat Kamsiah sekeluarga ye
    Al-fatihah utk arwah, moga dia tenang di sana.

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah, semoga arwah ditempatkan bersama-sama para solihin..

    ReplyDelete
  4. SALAM TAKZIAH KHAMSIAH...ALFATIHAH..MOGA ALLAHYARHAM DICUCURI RAHMAT ROHNYA N DI SISI ALLAH DI KALANGAN SOLEHIN...AMIIN.

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah,
    Salam Takziah Kak.

    Moga arwah tenang di sana...

    Akak saya mohon copy and paste nukilan di akhir coretan. Sangat mendalam.

    ReplyDelete
  6. Sungguh airmata kakak tak boleh dibendung baca ini Kam
    Sebab bapak kakak sekarang pun sakit tua. Sedih sangat:(

    Moga allahyarham ayah tenang di sana bersama kalangan para syuhada.

    ReplyDelete
  7. salam takziah kak...

    alfatihah bt arwah ayah akka, moga rohnya dicucuri rahmat...

    sedih baca nukilan tuh kak... mendalam betul makna nya

    ReplyDelete
  8. Salam Takziah untuk akak sekeluarga..
    Al-Fatihah untuk arwah ayah & ibu akak ye..

    ReplyDelete
  9. sebak saya tengok gambar tu :(

    semoga ayah tenang disana. AL-FATIHAH.

    ReplyDelete
  10. Takziah..sedih sangat. Teringat saat ditinggalkan ayah dulu..sangat bermakna dan tersentuh nukilan di atas.

    ReplyDelete
  11. Takziah.
    Semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Al-fatehah buat kedua2 arwah.

    ReplyDelete
  12. Al fatihah..
    Salam takziah kamsiah..
    Akak pula yg berkaca2 mata ni..
    Terkenang arwah abah akak..
    Susuk badan sama kurusnya..

    Semoga roh arwah ayah kamsiah..
    Dicucuri rahmat Ilahi..
    Dan ditempatkan bersama para solehin..

    ReplyDelete
  13. Al fatihah.. buat arwah ayah kamsiah
    ky pun baru kehilangan bonda tercinta pada seminggu lagi berakhirnya ramadan..

    ReplyDelete
  14. takziah kamsiah. semoga arwah berbahagia di sana. sedih baca puisi tu

    ReplyDelete
  15. Innalillah...Alfatihah dan salam takziah buat akak sekeluarga

    ReplyDelete
  16. Takziah sis.. Semoga tabah dan redha melalui dugaan Alalh..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.