26 August 2016

Promosi Murah Di Tesco

Saya gemar ke Tesco sbb ia dibuka awal pagi
adalah dalam 2 kali sebulan kesana
utk membeli barang2 dapur


kelmarin kesana..ternampak buah strawberi montel2 ni
dari rm19.69 menjadi rm7.49 ja
amik la 2 pack
 close up sikit
tapak tangan Tasha..ngam2 2 biji..

Setiap minggu ada barang dijual dgn harga RM1 ja
dgn pembelian rm80...dapat la beli nescafe 1 pack(10 stick) rm1
kelmarin dapat coke ..minggu sblmnya dapat Joy pemcuci pinggan mangkuk..

25 August 2016

Pertandingan Sajak Sempena Hari Kemerdekaan

Selain jalur gemilang yg meriah berkibaran
sempena bulan kemerdekaan ni
pelbagai aktiviti berunsur kemerdekaan jugak diadakan disekolah

ni aktiviti ptg semalam di sekolah kebangsaan taman kenari
gigih Tasha menghafal sajak
utk masuk pertandingan ni


 2 org peserta kecik comel
jgn dipandang pada fizikal semata2
semangat mereka yg berkobar2 tu harus diberi pujian



dapat no berapa..?
tak tau lagi..
hari ni baru bawak blk hadiah katanya.

13 August 2016

Sweet Tamarind

Juga dikenali dgn nama asam Thailand,
asam Bangkok atau asam manis
berasal dari Thailand,selain buahnya enak dinikmati
pokoknya yg berdaun lebat
juga sesuai ditanam sbg pokok teduhan
 saya beli dgn harga rm12/kg
dekat Bukit Bunga semasa dalam
perjalanan balik dari Kelantan minggu lepas..
selagi tak dikupas kulitnya
selagi itulah isinya berkeadaan baik..

12 August 2016

Bunga Anak Burung

Salam jumaat yg penuh barakah

Sewaktu di Kelantan minggu lepas
terpandang bunga yg unik ni
selama ni dok tgk kawan2 post kt FB atau blog ja

dek kerana sibuk
lupa nak tanya kakak saya
apa nama bunga ni
sbb saya dok panggil bunga anak burung ja
seolah anak burung yg sedang bertenggek,kan..


11 August 2016

Pertama Kali Ke JPJ Kulim

Sejak berjauhan dgn suami ni
banyak perkara terpaksa saya uruskan sendiri
sakit demam..terpaksa ke klinik sendiri
urusan anak2 kat sekolah..terpaksa pergi sendiri

Alkisahnya roadtax kereta mati pada 4/8 yg lepas
suami masih ada kat rumah masa tu
sbb balik utk menghadiri kenduri anak sedaranya
dalam dok sibuk2 tu terlupa la pulak nk renew roadtax

sebelum balik ke Johor 8/8 tu
suami dah tunjuk cara2 nak renew roadtax kat Alia
kelmarin..10/8 baru saya dan Alia ke JPJ Sg Ular
nasib baik la hanya setengah km ja dari rumah
(dalam hati berdoa jgn la ada roadblock polis/jpj)

ooo mula2 kena beli insuran
10 minit..settle
menapak la kami 2 beranak ke JPJ 
yg terletak bersebelahan dgn kedai insuran tu ja
tunggu tak sampai 20 minit-settle

oohh..mcm tu ke prosesnya..senang ja

oleh kerana keluar rumah  jam 9.30 pagi
belum bersarapan lagi
kami ke Tesco Taman Selasih,Kulim

acara pertama tentulah mengisi perut yg berkeroncong
haha kami pelanggan pertama kt KFC tu

 
yg ni saya punya order
Alia punya oder..tak makan pun..tapau bawak balik

selesai membeli barang2 dapur
singgah beli big tea lagi 

05 August 2016

Sebuah Kisah Sedih Dan Sadis

Ingin saya paparkan disini
sebuah kisah yg meruntun hati

Pada hari kedua dikampung
(hari kedua pemergian ayah)
ayah meninggal dirumah kakak yg sulung

kami adik beradik berpakat utk kerumah  kami yakni rumah ayah..
yg mana rumah kami adik beradik dilahirkan dan dibesarkan

utk pengetahuan..
rumah kami ni TELAH DISEWAKAN OLEH IBU TIRI
setelah dijual semua barang2 didalamnya
pretiais,mesin basuh dan segalanya dijual
tanpa sepatah pun bertanya kami adik beradik
(selain hasil buah2an,kelapa dll jugak dikebasnya)

bayaran sewa sebanyak RM50 SEBULAN..!!

YA ALLAH..kami adik beradik masih boleh bersabar
sebab dalam fikiran kami
mereka yg menyewa tu semata2 menyewa

Kedatangan kami disambut bau yg sungguh busuk
bau tahi itik dan ayam
yg beribu2 ekor
rupanya sipenyewa menjadikan halaman rumah sebagai tempat penternakan
dulu rumah ni punya halaman yg luas..pasir memutih
si penyewa sesuka hati membuat pagar dan gate
dan hanya sedikit laman yg saja yg tinggal

YA TUHAN..dah takde rupa rumah yg asal
bau tahi itik yg sungguh menusuk kalbu..!!

dibawah rumah terdapat beribu2 ekor ayam
halaman rumah dan becak dgn tahi itik dan ayam


masuk kebahagian dapur rumah
dah  macam zoo rupanya
ada tenpat penetasan telur ayam
ada arnab,musang dan segala binatang lagi
baunya..tak usah nak ceritalah..

kami adik beradik pun bertanya pada isteri penyewa tersebut

sapa yg bg izin buat  semua ni
makcik..katanya(merujuk pada ibu tiri saya)

"tak apalah kak..
pakcik pun dah takde
kami adik beradik sepakat nak duduk semula rumah ni
so kami bg tempoh sampai tahun ni ja utk akak
clearkan rumah ni..." kata anak sedara saya


siisteri mengangguk2 seolah faham dan setuju

petang harinya si suami datang kerumah kakak sulung saya
seolah2 tak puas hati kedatangan kami kerumah 'beliau'
katanya kami mcm samseng..
datang tak bg salam
samada isterinya tak dengar salam diberi
atau mungkin berbohong..hanya TUHAN yg tahu

sebak hati..airmata saya menitis
sungguh..saya rindu suasana rumah saya yg dulu
yg seperti ini
kali terakhir saya jumpa ayah-raya 2013



03 August 2016

Perginya Seorang Ayah

Salam
Ayah saya telah kembali kepangkuanNYA jam 7 pagi
hari ahad lepas
menyusul pemergian arwah ibu ..setelah ibu pergi 14 tahun yg lepas
ayah meninggal pada usia 80 tahun akibat sakit tua

jenazah disemadikan jam 12 tengahari
saya dan adik bongsu sampai dikampung jam 4.30 ptg
tak sempat menatap wajah ayah buat kali terakhir

al fatihah...semoga ayah tenang disana..
gambar ayah sehari sebelum dia pergi buat selamanya
dirumah kakak sulung  yg menjaganya

Anakku jika kau bangun dari tidur

Kau lihat ayah tiada
Lihatlah ke dapur ibumu
Disitu ayah tinggalkan kedewasan
Sayangku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Pandanglah pada kamar lenamu
Disitu ayah tingalkan kerinduan
Manjaku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Hadirlah ke laman mainanmu
Disitu ayah tinggalkan kemesraan
Cahayaku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Duduklah di serambi papan
disitu ayah tinggalkan harapan
Masa depanku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Renunglah pada rumah kita
Disitu ayah tinggalkan cinta....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.