3 January 2011

Bumbung 5 & Pantai Kamloon


Anak sedara saya dah hampir habis
berkursus (setahun) di Bumbung Lima (Kepala Batas)
saya baru berkesempatan melawatnya
itu pun kerana mengidam sambal kelantan
anak sedara saya ni
anak kepada kakak saya yg tinggal di kelantan
so bila dia balik kelantan
sempat la jugak saya merenggek
pada kakak supaya dibuatkan sambal
utk saya...


tuan blog wajib enterframe...



ni la anak buah
yg dah 4,5 th tak jumpa


sepupu sepapat
-Alia,Eju,Eleena & Tasha

kata anak sedara saya ni
barang2 yg dihasilkan pelatih2
disini dijual dgn harga yg rendah
telur masin rm1 3 biji
ditemapt saya,sebiji 80 sen
pokok2 bunga
buah2an...semuanya murah..


inilah sambal yg diidamkan
dikelantan,sambalnya
tak mengunakan belacan
dan boleh disimpan berbulan lamanya
dan yg paling spesel saya dapat
ialah bubur asyura kelantan
yg diidamkan bertahun lamanya




dan sawah padi ni
terletak di depan Institut Pertanian tersebut
kiri kanan...belakang depan..
sawah padi terbentang menghijau



pertama kali anak2 saya melihat 'pokok beras'
secara live...
selama ni dok tgk dari jauh ja



Athilia cuba berlari...

oohhh...ni org ke orang-orang...



ada lagi tempat yg disinggah sebelum
balik rumah

Pantai Kamloon
tempat ni bila dilihat dari atas highway
sangat la cantik









Sedikit info tentang Pantai Kamloon

Pantai Kamloon Sepintas Lalu

Pantai Kamloon terletak dalam kawasan Kepala Batas,

berhampiran dengan projek Lebuh Raya Utara Selatan

yang bersempadan dengan Negeri Kedah Darul Aman.

Kemudahan Yang Ada

(i) Kawasan jogging Track - 5.5 ekar

(ii) Kawasan Riadah dan memancing – 40.0 ekar

(iii) Kawasan Lanskap dan jogging track yang

meyediakan laluan sepanjang 180 meter termasuk:-

 disediakan bangku taman di sepanjang

jogging track sebanyak 9 buah.

 tempat letak kereta yang dikhaskan di kawasan

lanskap dan jogging track sebanyak

26 petak dan 10 petak untuk motosikal.

 Kawasan lanskap dan jogging track

akan dihiasi dengan garden light sebanyak 18 unit.


Kawasan Riadah

Laluan pejalan kaki (boardwalk) sepanjang 1800m

yang menghubungkan wakaf dan pelantar memancing.

Di sepanjang laluan ini akan diterangi dengan decorative lights.

Kompenan Pembangunan Fizikal

(i) Pelantar Memancing

 Pelantar Memancing disediakan sebanyak

4 buah dengan keluasan 40.6 m.p.

(4.060m x 10.00 m) yang berbumbung.

(ii) Wakaf "A"

 Disediakan sebanyak 3 buah.

(iii) Wakaf "B"

 Disediakan juga sebanyak 3 buah.

 Dataran Letak kereta

 Keluasan dataran ialah 400m p.

dengan kemudahan laluan keluar masuk.


Bangunan Utiliti

(i) Bangunan utiliti disediakan untuk kemudahan

pengunjung ke taman rekreasi ini.

Kemudahan disediakan seperti berikut:-

 Tandas Lelaki dan Wanita.

 Bilik mandi dan Persalinan.

 Kaunter Bayaran dan Setor.

Saya tak menjelajah dan meneroka

keseluruhan tempat ni..


17 comments:

emieysandra said...

suka sgt dok kat bendang :)

maCy said...

macam seronok ;D

mohdandmeriam said...

salam Yah..hehe..dah orang kelantan sambal pun yg dibuat dikelantan juga sedap..hehe..anak makcik yg dilondon tak sedap kalau tak ada budu..so pergi cari jumpalah budu buatan thailand..berasa jugalah budu tu..sedap juga..

Kamsiah said...

@emieysandrakat utara ni masih luas kawasan bendang...

Kamsiah said...

@maCybudak2...bawak pi mana pun depa seronok

Kamsiah said...

@mohdandmeriammakcik...org kata takde rotan,akar pun berguna hehe...

cemomoi said...

nampak cam menarik, yang kat tepi highway tu ke?

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum kak!

sedapnya tengok sambal kelantan tu akak... makan dng nasi putih panas cicah dng ulam.. ada ikan bakar lagi terangkat hehe..

apa rasa sambal tu akak? biasanya kelantan rasa makanan manis kan.. sambal rasa manis tak?

si para para said...

wah tak boleh tahan tgk sambal belacan tu...

sahromnasrudin said...

as salam..pas nie kejr dgn Jabatan Pertanian..bagus tue..leh bantu para petani kiter

cikceriacorner said...

salam..akak..bestnye..cantik tempat2 tu..saya ingat pantai kamloon kat hong kong..heheh

Kamsiah said...

@sahromnasrudinanak sedara akka tu amik kursus pengurusan ladang/estet

Kamsiah said...

@si para paraohh..tu sambal tanpa belacan..kelantan mari..

Kamsiah said...

@MaizaC'Joebetul tu maiza...cicah ulam/ikan bakar...sambal kelantan diblend campur cuka sikit,plus garam dan gula..boleh tahan berbulan...

Kamsiah said...

@cemomoi
ha,ahh...betoi tu...nampak cantik dari atas highway kan...

mamawana said...

Cantik2 gambar...sedapnyer bubur asyura. bertahun gak tak makan...bubur lambuk selalu makan.

kak ina kl (1) said...

memang bagus bagi info cam ni..manalah tau kalau cuti cuti ke utara pulak


gi kelantan tak jumpalah pulak sambal ni