28 January 2011

Forum Perdana Makin Hilang Taringnya...

Saya dah lama baca cerita
pasal si Fahrin Ahmad ni mengacara rancangan
forum perdana kat tv1
tp tak pernah menontonnya

dulu2 dizaman 'kegenilangan' forum perdana ni
mmg melekat kat depan tv...
dizaman Reduan Tee..Dato Hassan Ali sbg pengacara
Dato Hassan Din,Harun Din
dan beberapa nama hebat lagi
yg jadi ahli panel/tetamu jemputan
mmg seronok ditonton...

tup2 semalam...
terkejut sakan tgk forum perdana
dimulai dgn ketibaan Fahrin diiringi motor2 besar
laaa...ada nyanyian pulak
mcm kat konsert
maaf...saya tak kenal penyanyi /artis tu..

saya dan suami berpandangan...
laaa ni forum perdana ke?

maybe ni cara nak 'mendakwahkan' remaja kut...

ohhh...sayakah yg masih ketinggalan zaman..!!

14 comments:

  1. salam akak...

    la yeke kak..heheh..xlama lagi ustaz fahrin la plak..heheh

    ReplyDelete
  2. oo gitu ke kak. Saya tak pernah lg tgk Forum Perdana yg Fahrin Ahmad pengacaranya ni...

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Kamsiah

    Begitu pula ya jadinya.. lama dah tak lihat Forum Perdana...

    ReplyDelete
  4. salam..nk kasi pndapat sikit...

    rancangan yg fahrin jadi pengacara tu 'Forum Perdana' dan bukannya 'Forum Perdana Ehwal Islam'
    cuba teliti betul2 tajuknya dan faham apa yang saya cuba maksudkan..

    saya pun mula2 agak keliru dan terkejut..lama2 baru saya faham..rancangan 'Forum Perdana' fahrin tu sama sekali berbeza dan berlainan dengan rancangan 'Forum Perdana Ehwal Islam'yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

    mungkin silap RTM kerana memilih tajuk dan waktu tayangan yang hampir sama dengan 'Forum Perdana Ehwal Islam' dan membuatkan ramai penonton keliru.

    ReplyDelete
  5. bukan awak yang ketinggalan zaman tapi dorang tu yg kehilangan punca. Elok2 dah ada ustaz2 Mursyid pegi gam, band dan sebagainya...

    Kartun Yg Dapat Anugerah: "Best Political Cartoon Award"

    ReplyDelete
  6. @~ yus ~akak pun tak pernah tgk...sbb tak minat sesuatu rancangan yg mengunakan artis sbg medium pengantara

    ReplyDelete
  7. @Budak Jengka 88terimakasih byk2 atas info yg diberi...dari segi pengisiannya..mcm mana...samake dgn FPEI yg dulu...maaf kerana tak menontonnya sampai habis...

    ReplyDelete
  8. @Finazbegitulah bila politik dicampuradukkan dgn agama...agama dipolitikkan...

    ReplyDelete
  9. Salam....beri peluang pada ustaz fahrin. ambil yang positif saja...mesti ada yang positifnya kan..takkan semuanya buruk dan tak elok....

    ReplyDelete
  10. dah lama tak brapa nak layan forum tu, sebab kekadang nengok ustaznya yang tak berapa agresif seperti dipaksa-paksa menggagau tangan supaya kelihatan menarik... tak macam zaman dato' hasan ali dulu

    ReplyDelete
  11. Salam Kam,

    Akak last tengok Forim Perdana ni beberapa minggu lepas dipengerusikan oleh Redzuan Tee, kalau tak silap takut dia sesat di hujung jalan - mengenai seseorang yang umur dah lanjut tapi tersesat sedangkan selama ni dia seorang yang kuat beramal.

    ReplyDelete
  12. salam akak..
    ada sekali saya lihat Ana Rafali petik gitar sebelum "forum perdana" tu tamat.

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.