14 April 2012

Kari Ayam Mamak


Salam
hari sabtu...hari yg sunyi sepi
cuma saya 3 beranak kat rumah

suami mcm biasa...
sabtu ke 2,4 &5...keje
anak dara sorg tu pulak
menyertai perkhemahan/xpdc
memanjat Gunung Jerai (pengakap)
3h/2m
esok baru balik

bila tak ramai ahli keluarga
mood memasak pun kureng sikit



hari ni cuma masak
Kari Ayam Mamak

anak mkn bersama nasi putih
saya makan bersama roti putih
Pada yg nak cuba
boleh ikut resepi ni
bau dan rasanya mmg umpphhh...

* 1 ekor ayam - dipotong ikut suka
* bahan A:

10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.

* bahan B:
1 biji bwg bsar, dihiris2.
4 tangkai daun kari,
1 batang kayu manis,
3 kuntum bunga lawang

* bahan C:

2 biji tomato,
2 btg serai diketuk
2 helai daun pandan


* bahan D:

8 sb serbuk kari ayam
1/2 sk srbuk kunyit
sedikit serbuk cili kering (yg tak suka pedas,tak payah masukkan)
dan gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat
* beberapa biji ubi kentang
* 3 cwn santan atau susu cair

* bahan E:

serbuk lada hitam,
serbuk lada sulah,
serbuk ketumbar,
serbuk jintan manis.
kuantiti, ikut yg anda suka)
* garam secukup rasa

CARA2:
1) tumis bahan A
sehingga naik bau kemudian masukkan bahan B
dan bahan C
Tumis hingga daun kari agak garing.

2- masukkan ayam dan ubi kentang.
Tutup periuk.
masa menumis ayam ni mesti anda akan
mula terbau aroma wangian masakan ni.
bau harum daun pandan dan serai

3- masukkan sedikit air,
dan tutup periuk semula
biarkan lebih kurang 5 minit atau
sehingga air aroma ayam tu keluar.

4- bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan D
dan bahan E
masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati.

selalu tutup periuk dan masak dgn api pelahan.

5-bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk,

barulah masukkan santan/susu cair dan garam.

13 comments:

Dieyna said...

nak ambil resepi ni... hehe suka try resepi gak ni, klau ana buat, ana akan publish entri yer hehe

fatin hanani said...

xkan makan ngan roti ja..hehe diet ehh hehe
mcm best..nnt nk try buat..:D

Acik Erna said...

assalam kamsiah..kari mamak tak guna santan kan..nak cuba jugak ni..terima kasih kamsiah

Aine Ainun said...

saya rasa, kalo saya masak kari x poWER macam mak saya=00
heheee, nk kari mak jugak=))

khairul said...

wife sy suka sgt buat kari ayam

etuza said...

Wah! mestu cuba ni, gemar jg makan ayam masak kari mamak ni.Tq

atuk said...

Assalamualaikum Kamsiah


telan air liur atuk....he he

Nads Couture said...

blog sgt best untuk dibaca..nice blog..

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,

Awwww...menggoda ni, dah lama tak pekena kari, huwaaar!

kasihredha said...

makan dgn roti jala sedap ni

thomas said...

memang bestlah kari ni makan dgn roti putih.

~~zana@pb~~ said...

Mesti sedap, tak pernah cuba kari ayam mamak ni.

from heart nisah idham~ said...

terliur saye kak, share resepi ye :)