ya ALLAH ya TUHANKU yg MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIH,
jika rezekiku masih berada atas dilangit maka KAU turunkanlah ia.. jika rezekiku masih berada didalam bumi,maka KAU keluarkanlah... jika rezekiku masih berada jauh dariku,maka KAU dekatkanlah... jika rezekiku masih lambat,maka KAU percepatkanlah.

15 April 2012

Mengidam Buah Yang Sukar Diperolehi


Pernah tak...
sesekali terasa begitu teringin
utk menikmati makanan
yg dimakan ketika masa kita kecik2 dulu

yang mana skrg makanan tersebut
amat sukar diperolehi
atau telah pupus terus

antara yg saya idamkan
(lbh dari org mengidam)

-Buah Mencupu

generasi skrg mungkin
tak pernah mendengar namanya

di sebelah Pantai Timur buah ini dikenali dengan gelaran buah cuppu ,
sebelah utara pula buah ini dikenali dengan nama buah ceropu
ada juga yang memanggil buah ini buah mencupu.


sekali tgk mcm pisang kaki,kan.
rasanya yg masam manis...emm
buah yg muda(kaler hijau) tu
sedap dibuat sambal

dizaman kanak2 dulu
saya suka panjat pokok ni
dan makan buah ni diatas pokok
pokoknya ala2 pokok manggis
senang dipanjat
dan org yg lalu takkan nampak
kita berada diatas pokok

hmmm...rindunya suasana itu..


11 comments:

Deru Ombak said...

Assalamualsikum Kamsiah,,

Kalau dekat saya dah hantar sekotak.. Pokok saya tengah berbuah dengan lebatnya..

izan mama mia said...

pertama kali dengar buah nama camni....

Tirana Mutiara said...

Tak pernah tahu pun ada buah ni..hehehe..

ratusiput said...

mmg tak pernah dgr kak nama buah tu.unik.apa rasa dia kak...?

umialya / tini said...

sedapnya, masam2 manis

etuza said...

Aduhai malangnya orang kampung macam saya tak kenal langsung. Mak ayah macam x ada memberitahu,bagi nampak buah macam ni. Sekali lihat macam buah tomato. Inilah kuasa Allah penuh kejutan.

adol ihsan said...

Salam..

Saya pernah makan buah ni, tapi sekarang memang susah nak dapat.. :)

Norzie hany said...

Tak pernah tengok,dengar dan makan buah ni.

LIPISLADY said...

Sallam Cik Kamsiah,

Kakamah pun kadang2 teringin sangat nak makan
buah mencupu ini, dan kakmah pun ada pengalaman macam
cik kamsiah, makan buah mencupu muda atas pokoknya,
sambil bawak bekal garam, saampai putih bibir dan melekat
kena getah mencupu ini, ahh kenangan manis..

NenetPenne (NP) said...

my mum suka buat sambal dgn buah ni
kalau ada lebihan ikan masin... dia akan amik ikan tu, taruk cili padi sikit dan tumbuk dgn buah cuppu ni...haaa sedap...
tapi kat Kelantan pun i dah tak jumpa buah ni....

aizamia3 said...

buah ni boleh buat jeruk ke kak..?