16 February 2017

Kapitan Briyani House

Semalam Rabu..Alia cuti
so hari Rabu lah  digunakan utk settle segala urusan
menemani si emaknya beli barang2 dapur,
atau keluar makan2
dan disebabkan Tasha balik sekolah jam 4 ptg
boleh la kami berlama2an sikit kat luar

selesai urusan di bank
Alia ajak makan di Restoren Kapitan Briyani House 
di Taman Saujana,Lunas
(berhampiran Secret Recepi)


 kami 3 org sepakat memilih briyani chicken tandoori

 walaupun nasinya nampak sikit
tp termengah2 jugak saya utk menghabiskannya
nasi tu bila dituang keatas pinggan full jadinya

lepas makan kami mintak tapau 3 bungkus lagi
totally rm70 lbh utk 6 nasi briyani
3 jus buah
 dan 2 paket buah jambu yg dibubuh serbuk asam

rasanya yg ni lebih murah
dari yg saya makan masa kat Johor tempohari..sepinggan rm40..

5 comments:

  1. Murah juga harganya...ayamnya pun nampak besar. :)

    ReplyDelete
  2. Oh Alia cuti hari rabu. Ambil peluang shopping sambil mengisi perutlah ye:)
    Yg RM40/- tu kakak rasa memang dia memancung tu sebab harga biasa tak adalah sampai RM40/-

    ReplyDelete
  3. Besar nampak ayam tandori tu Kam...puas makan tu.Rasanya berbaloi dengan harga 70 tu dengan apa yang Kam beli tu.
    Lain kali ke Johor hati2 ya....

    ReplyDelete
  4. Nampak mcm sedap je,nanti pergi try masa kerja di Kulim

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.